Sedikit info yang anda patut tahu bila ke Hatyai
  • Booking hotel awal-awal, jangan last minute. Kalau kita bertanya pada agent tentang kekosongan bilik hotel disana kebanyakkan mereka akan cakap dah penuh. Kalau kita walk-in pun begitu, merka akan kata ada bilik tapi yang harga paling mahal, mereka akan suruh kita ambil bilik yang paling mahal.  Bila kita check on line sendiri on the spot (masa itu jugak), kita akan tengok banyak bilik kosong yang murah ( ada pulak ). Tak  tahu lah kenapa mereka buat begitu.
  • Sebelum pergi out-station kita kena buat survey tempat dan makanan yang kita inginkan. Supaya kita tak terlepas pandang dan membuang masa tak tahu mana nak pergi.( Ini kalau pergi sendiri tanpa agent )  Macam akak, akak siapkan iternery  awal-awal, tempat mana yang sepatutnya akak pergi dan makanan halal dimana. Akak suka baca review di Internet dan masuk forum. Senang bila dah berada disanakita akan tahu hala tuju kita.
  • Kena pandai tawar menawar, harga yang mereka letak 50% dari yang kita boleh tawar. Misalnya kalau mereka letak RM100, kita akan bukak harga pada mereka RM50..dari situ kita akan start tawar menawar dengan mereka. Check atau masuk forum dan survey kedai mana yang paling murah dan harga barang-barang yang murah agar kita tak mudah tertipu.
  •  Kena pandai pilih barang. Kalau kita nak barang yang bagus, kita kenalah bayar lebih sikit. Tapi kualiti yang kita dapat memang bagus. Kadang-kadang mereka tidak letak di luar barang-barang yang bagus ni. Macam akak ada tanya beg great A, terus pekedai tu ambik didalam tunjukkan pada kita. Beg ni pun kena check betul-betul takut great yang diberi tak sama dengan harga yang kita minta.
  • Kena lah masuk dan survey dua tiga kedai. Comparekan harga barang-barang. Kadang-kadang satu kedai ni lebih mahal atau murah dengan satu kedai yang lain.
  • Setiap tempat yang kita pergi, tak kira dalam negara atau luar negara pasti ada barang-barang yang tempat itu keluarkan. Kita perlu tahu sebab jika barang-barang ini dari negara mereka, harga barang itu pasti murah. Macam di Hatyai, akak beli Triumph dan Dove kerana akak tahu barang-barang ini memang keluaran Thailand. Macam jugak kalau kita ke Paris, barang keluaran nya ialah LV atau ke US barang keluaran ialah Coach. (barang-barang akak selalu beli kalau kesana)
  • Makanan di Hat Yai memang kita kena berhati-hati terutama di Hotel. Makanan di sana bercampur, ada yang halal dan tidak jadi kena tengok dan tanya samada halal atau tidak. Jadi di sini kita kena tengok dekat makanan tu ada perkataan pork atau tidak.  Terjadi pada akak, terambik nasi goreng bercampur pork. Disebabkan tak baca tulisan dekat makanan tu. Nasib baik tak makan…huhuhu ( penting untuk muslim )

 

 

YANG PERLU ANDA TAHU DAN BUAT KETIKA DI HAT YAI
  • Satu perkara yang buat sedih bila disana ialah bila akak tengok mereka menggunakan binatang untuk mencari rezeki. Yang Pertama –  akak lihat, ada peminta sedekah ikat kucing  sebelah dia, tak bagi kucing tu pergi jauh-jauh. Dengan alasan sesiapa yang melihat kucing tu akan berasa simpati. Tak kesusah kucing tu nak buang air atau nak cari makanan sendiri. Yang Ke 2 – ada yang menggunakan gajah untuk mencari rezeki. Mereka ini akan pergI ke orang ramai dan menjual makanan gajah iaitu tebu dan kemudian kita boleh bagi gajah tu makan. Tapi disini akak lihat mereka akan mencangkuk sesuatu benda yang tajam dikepala gajah tu supaya gajah tu berbunyi dan kita akan kesihan.  
  • Part ni akak memang sedih sangat lah, kenapa harus menyiksa binatang.Tapi kita tak boleh buat apa-apa, just tengok aje lah. ( Akak menangis tau tengok masa tu, sedangkan orang bergembira tengok gajah tu )

 

YANG PERLU ANDA TAHU DAN BUAT DI HAT YAI
YANG PERLU ANDA TAHU DAN BUAT KETIKA DI HAT YAI
TENGOK MATA DIA BUAT KITA SEDIH SANGAT, MACAM MEMINTA SIMPATI AJE
  • Dan terakhir dari akak, kalau masuk toilet tu kita kena siapkan air dalam botol sebab dalam toilet tak ada air. Macam akak memang sentiasa siapkan botol kosong dalam beg, kemudahan mencuci. Toilet dia ada yang macam ni ye.. Jadi berhati-hati takut tergelecek…hehehe

 

Jadi ini sahajalah sedikit info yang anda patut tahu bila ke Hatyai Ini adalah dari pengalaman akak dan apa yang akak buat bila nak pergi kesatu-satu tempat.
tags :  Hat Yai Trip , Yang perlu anda tahu di Hat Yai, Yang perlu anda buat ketika disana.