Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Travel Jogjakarta (Part 1) – Satay Klatak Pak Pong Tempat Makan Sedap Di Jogjakarta

Percutian ke mana ya saya nak ceritakan kali ni…banyak sangat entry pasal travel tertunggak sampai tak tahu nak tulis yang mana satu..hehehe. Ok lah, kali ni jom ikuti percutian saya ke Yogyakarta, Indonesia yang mana saya telah kesana pada awal March 2018. Dah masuk tahun 2019, baru le nak buat entry ni, nasib baik gambar-gambar masih ada lagi untuk saya flash balik memory saya ni.

Untuk pengetahuan anda semua, saya ke Yogyakarta atas tajaan saya sendiri, tak ada yang sponser..kena bagitahu ni, maklumlah bila saya travel je..ramai lak ingat ada yang sponser saya, tak tak..saya guna duit sendiri ok. Setahun kumpul sikit-sikit tau!

Ok, berbalik dengan percutian saya ke Yogyakarta, kami ke sana berempat, group kecil tapi best. Masing-masing bertanggungjawab buat homework kemana kita nak pergi, pemandu pelancong mana yang kita nak gunakan dan masing-masing bekerjasama cari tempat penginapan yang murah dan selesa.

Travel Yogyakarta

Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Yogyakarta (turut dikenali sebagai Jogjakarta atau Jogja) merupakan sebuah bandar di pulau Jawa di Indonesia dan majoriti penduduknya beragama Islam. Bila berada disini, selain nak melihat keindahan dan tempat menarik di bumi Yogyakarta, sudah semestinya makanan keutamaan kami, kiranya jalan-jalan cari makan dan dalam masa yang sama melawat tempat yang menjadi tumpuan kaki travel jika kesana.

Kami tidak ada masalah berjalan dan cari tempat makan best-best di Jogja sebab kami dibantu oleh pemandu pelancong iaitu Pak Sumardiyono yang memang sporting dan sanggup melayan kerenah kami berempat dari kami sampai hinggalah kami pulang.

Sesampai sahaja kami di bumi Jogja, benda pertama yang kami suruh pak Sumardiyono buat adalah membawa kami ke tempat makan yang famous di kalangan pelancong iaitu ke Warung Satay Klatak Pak Pong. Kami tahu mengenai restoran ini pun melalui mereka-mereka yang per ke restoran ini dan ramai kata sedap dan harus makan satay Klatak di sini.

Satay Klatak Pak Pong Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta

Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Satay Klatak ni dalam bahasa melayunya adalah satay Kambing muda, so istimewanya mestilah satay kambing dia yang sedap dan lain dari yang pernah saya rasa di Kuala Lumpur.

Sempat lagi saya melihat cara mereka buat dan bakar satay Klatak ni. Cara mereka buat dan bakar satay simple aje, hanya menggunakan garam dan mungkin ada juga sedikit lada hitam sahaja tapi rasa di cukup sedap, manakala pencucuk dia bukan daripada lidi seperti satay di sini tetapi besi (sebab tu jugaklah daging dia lembut)

Di sini juga turut menawarkan pelbagai hidangan kambing dengan pelbagai jenis cara masakan. Kalau nak sayur-sayur bukan sini tempatnya..hehehe.

Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Rasanya pula memang sedap dan lembut, dimakan pula dengan sos kicap dan bawang hiris, fuhh sedap sesangat. Serious anda yang datang ke Jogja memang kena cuba makan di satay Klatak Pak Pong ni. Buat peminat kambing, rugi tau kalau tak cuba.

Saya ni memang memilih sikit kalau makan kambing sebab takut rasa hamis, tapi satay Klatak ni memang tak ada rasa hamis, sampai saya siap terfikir masa balik nanti nak singgah lagi ke sini dan nak bungkus bawak balik Kuala Lumpur kalau sempat (tapi tak sempat pun..sedih..hhuhu)

Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Tulang kambing yang turut menjadi rebutan para pengunjung di Warung Pak Pong

Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Isi daging kambing yang cukup besar

Satay Klatak, Satay Klatak Pak Pong, Jogja, Yogyakarta, Travel Yokyakarta, Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta, Satay Klatak Di Yogyakarta, Jogjakarta, Satay, Indonesia, Travel

Bila saya tulis entry ni pun saya dah terbayang-bayang kesedapan satay kat sini. Ni yang buatkan saya cam nak kesana lagi ni. Kalaulah dia orang buka cawangan kat Malaysia ni kan best, saya rasa sure menderu orang datang makan. Harap-harap adalah nanti cawangan dia kat sini, bolehlah sesiapa yang tak merasa pergi Jogja dapat makan satay Klatak ni.

Kalau anda nak cuba satay Klatak ni jika anda ke Jogja bolehlah singgah ke :

Jl. Imogiri Timur KM 10 (Stadion Sultan Agung),
Bantul, Yogyakarta

Bukan hanya Satay Klatak sahaja makanan yang sedap di Jogja ni, banyak lagi makanan mereka yang sedap untuk dicuba. Nanti bila saya free, saya akan cerita lagi tempat-temapt makan yang sedap-sedap yang saya dah cuba makan semasa saya di Jogja. Mana tahu kot-kot anda ke Jogja, boleh lah singgah tempat makan yang saya dah pergi ni. So nantikan entry saya yang seterusnya ya..:D