Pada 30hb May 2014 saya berpeluang menghadirkan diri ke majlis review buffet ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort. Saya hadir atas undangan salah seorang members club tersebut iaitu Datin Meliza.

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd , Santapan 29 Malam

Diberi nama Santapan 29 Malam bermaksud bilangan malam terakhir puasa sebanyak 29 malam. Dengan nama yang begitu unik dan suasana yang begitu santai saya pasti sesiapa yang datang berbuka puasa di The Palm Coffe House , Tropicana Golf & Country Resort ini pasti berpuashati dan gembira untuk menjamu selera.

Sementara menunggu sahabat saya Datin Meliza dan suami Dato Zainuddin datang , saya sempat meninjau-ninjau juadah yang dihidangkan pada malam itu. Juadah-juadah inilah yang akan dihidangkan sepanjang 29 malam bulan ramadhan.

Saya berpeluang melihat chef dan pekerja membawa hidangan Nasi Arab Kambing yang menjadi hidangan utama keseluruhan hidangan. Diarak mengikut alunan musik benar-benar menarik perhatian saya ketika itu.

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd , Santapan 29 Malam

Sedang enak menjamu selera Nasi Ayam Kambing , Datin Meliza dan suami serta anak datang. “Maaf lah ya datin dan dato , saya dah tak tahan tengok kambing tersebut so saya terus ambik dan makan dahulu, tak sempat dah nak tunggu you all sampai”…kata saya pada mereka..hehehe

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd , Santapan 29 Malam

 

Owhh ya, saya sempat jugak pergi ke meja rakan media, dapatlah saya berborak sekejap dengan rakan blogger otai-otai kita iaitu Melastik Bintang , Anarm , Eizil , Ishak Ismail dan Nur Iman Nazuki. Syiokk betul dapat jumpa mereka tapi malu pulak nak tangkap gambar sama-sama..hehehe.

Ok berbalik pada menu makanan. Fuhhh memang banyak sungguh hidangan makanan yang ada sehingga saya dah tak tahu nak ambik apa. Apa yang ada dan terlintas dihadapan mata itulah yang saya ambik.

Tak rugi sesiapa yang datang berbuka puasa disini nanti, memang banyak pilihan makanan. Dengan harga yang berpatutan dan rasa pula sedap memang berbaloi sangat.

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd , Santapan 29 Malam

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd

 

Yang bestnya kita dapat makanan yang fresh-fresh dimasak dari kuali, sempat lagi saya menunggu kueh teow goreng yang dimasak oleh chef disana. Memang laku sungguh kueh teow goreng yang kakak ni masak..cepat habis.

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd

Kredit Gambar – Tropicana Golf & Country Resort

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd

Kredit Image – Tropicana Golf & Country Resort Bhd

 

Ada itik panggang , ada sotong kangkung , ada bakso dan macam-macam lagi yang tak tertulis saya dibuatnya disini sebab banyak sangat. Anda boleh sahaja lihat menu yang menjadi chef’s specialties dibawah ini.

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd

Santapan 29 Malam Menu

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd

Sambil menjamu selera  anda juga dihidangkan dengan persembahan yang menghiburkan sepanjang malam.

 

Santapan 29 Malam | Tropicana Golf & Country Resort Bhd

Bersama sahabat baik Datin Meliza, kami enjoy menikmatan juadah yang disediakan..

 

Anda juga tidak perlu risau untuk bersolat kerana kemudahan bilik sembahyang disana memang disediakan. Tak perlulah anda terkejar-kejar untuk menunaikan solat dirumah dan kemudian berkejar kesini dengan menempuh kesesakan. Pihak Tropicana sudah sedia maklum tentang itu dan menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk anda disini.

Insaallah jika ada rezeki tahun ni , saya pasti akan datang berbuka puasa di sini semula. Setiap tahun saya pasti akan datang berbuka disini bersama sahabat baik saya ini iaitu Datin Meliza dan keluarganya.

Jika anda ingin membuat tempahan dan merasai kesedapan hidangan buffet ramadhan Santapan 29 malam di The Plam Coffee House, Tropicana Golf & Country Club Resort ini , anda boleh hubungi talian 03-78041531 atau 03 – 78048888/ext 306/307/325 untuk keterangan lebih lanjut.