Sambutan Hari Pengasas Ko 2017

Sambutan Hari Pengasas Ko 2017

Sambutan Hari Pengasas Ko 2017 Anjuran Dr.Ko Skin Specialist telah berlangsung di LeMidi, T117A, 3rd Floor, (BSC) Bangsar Shopping Centre. Hari Pengasas Ko kembali untuk tahun kedua, ia diadakan untuk memupuk semangat tanggungjawab social masyarakat dan menyumbang kepada badan kebajikan yang memerlukan.

Artis tempatan Idris Khan dan Dynas Mokhtar turut hadir memeriahkan lagi Sambutan Hari Pengasas Ko 2017  demi memberi sokongan dan membantu menyebarkan maklumat tentang aktiviti kebajikkan yang dijalankan khusus membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser.

Charity Event "One For One 2017", Hari Pengasas KO, Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia,Yayasan Beautiful Gate, Hari Pengasas Ko 2017,Sambutan Hari Pengasas Ko,Dr.Ko Skin Specialist,Dato Dr Ko Chung Beng,Idris Khan, Dynas Mokhtar

Turut hadir pada majlis sambutan, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia, En. Amin Mohd Ali Sidek berkata, beliau amat berterima kasih pada pihak yang sanggup bekerjasama dan menghulurkan bantuan serta amat mengalu-alukan kerja kebajikan sebegini demi membantu mereka-mereka yang memerlukan.

Charity Event "One For One 2017", Hari Pengasas KO, Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia,Yayasan Beautiful Gate, Hari Pengasas Ko 2017,Sambutan Hari Pengasas Ko,Dr.Ko Skin Specialist,Dato Dr Ko Chung Beng,Idris Khan, Dynas Mokhtar

Sambutan Hari Pengasas Ko 2017 Anjuran Dr.Ko Skin Specialist

Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar kulit Dr Ko akan menyambut Hari Pengasas Ko 2017 bersama golongan kurang bernasib baik dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat.

Hari Pengasas Ko 2017 diperkenalkan sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berlainan setiap tahun.”Kami ingin memupuk semangat tanggungjawab social dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan,” kata Dato Dr.Ko

Pada tahun lepas, Dato Dr.Ko telah menyumbang RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Tahun ini beliau menyasarkan untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia.

Dengan setiap transaksi di Klinik Pakar Kulit Dr Ko, Dato Dr Ko akan menyumbang RM1 kepada badan kebajikan yang terpilih. Promosi khas turut ditawarkan kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko Chung Beng selama ini.

Charity Event "One For One 2017", Hari Pengasas KO, Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia,Yayasan Beautiful Gate, Hari Pengasas Ko 2017,Sambutan Hari Pengasas Ko,Dr.Ko Skin Specialist,Dato Dr Ko Chung Beng,Idris Khan, Dynas Mokhtar

Dato Dr Ko Chung Beng turut berkata ;

Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Sebagai doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan diri mereka. Saya percaya, setiap orang mampu mengubah hidupnya, namun masih terdapat kumpulan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Marilah kita sama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia”

Sepanjang 19 tahun sumbangan beliau dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau bermurah hati mengetepikan bayaran bil dan juga menampung kos pengangkutan mereka.

Pada masa akan datang, kami merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak badan kebajikan dan badan bukan kerajaan(NGO),” tambah beliau.

Ko Founder’s Day (Hari Pengasas Ko) tahun ini juga turut menerimaan tajaan dari Make A Wish Creations sebuah syarikat perancang majlis dan Le Midi, sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Italia.

Charity Event "One For One 2017", Hari Pengasas KO, Persatuan Ibu Bapa dan Anak Anak Sakit Kanser Malaysia,Yayasan Beautiful Gate, Hari Pengasas Ko 2017,Sambutan Hari Pengasas Ko,Dr.Ko Skin Specialist,Dato Dr Ko Chung Beng,Idris Khan, Dynas Mokhtar

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pengasas KO, anda boleh layari :

www.foundersday.koskinspecialist.com