Menu tengahari untuk hari ini memang ringkas sangat. Walaupun ringkas sambal tempoyak petai dan pucuk ubi ni tapi sedap tau, wahh puji diri sendiri ni. Sebenarnya masakan ni emak sis yang suka masak. Kali ni sis pulak yang masak sebab tempoyak yang mak bagi masih ada.

Nak kata pandai masak tu tidak lah pandai mana nya , untuk lepas makan sendiri-sendiri tu boleh le. Kiranya macam main-main masak aje ni…janji semua barang ada. Mana yang tak ada, buat tak tahu aje..hahaha boleh gitu.
Dekat bawah ni recepi Sambal Tempoyak Petai Dan Pucuk Ubi yang sis buat. Suka-suka aje buat ni , ni semua penangan Masterchef selebriti le ni. Kita pun terikut-ikut pulak nak jadi chef..hahaha
SAMBAL TEMPOYAK PETAI
BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL TEMPOYAK
Bahan-bahan yang sis gunakan :
Pucuk ubi kayu
daun kunyit
Serai
Petai
Tempoyak
Cili Api
Kunyit Hidup
Pati santan
Garam secukup rasa
* pucuk ubi , daun kunyit , serai – dihiris halus ( kalau ada daun kaduk pun sedap jugak )
* petai – ada yang suka belah dua tapi sis belah dua dan kemudian hiris tebal-tebal.
  ( semua bahan hirisan ni ikut suka nak letak banyak mana )
SAMBAL TEMPOYAK PETAI
BAHAN-BAHAN YANG TELAH DIHIRIS
Bahan-bahan tumbuk :
10/15 Cili padi ( ikut suka )            –  tumbuk lumat
1 inci Kunyit hidup                         –           “
Ikan Bilis ( ikut suka )                    –   ditumbuk jangan sampai lumat
*lumat – hancur
SAMBAL TEMPOYAK PETAI
BAHAN-BAHAN YANG SEDIA DIMASAK
Cara memasak :
– Masukkan santan kedalam kuali bersama dengan bahan-bahan yang ditumbuk. Kacau hingga mendidih.
– Kemudian masukkan bahan-bahan yang dihiris , kacau dan dibiarkan hingga empuk.
– Masukkan tempoyak dan garam secukup rasa, kacau lagi hingga mendidih dan masak.
SAMBAL TEMPOYAK PETAI
SAMBAL TEMPOYAK PETAI DAN PUCUK UBI BERSAMA IKAN BILISYANG TELAH SIAP DIMASAK
Inilah hasil yang dah siap dimasak. Makan pulak dengan nasi panas bersama ikan masin , fuhhhh memang sedap hingga menjilat jari lah.
Tags : # sambal tempoyak petai dan pucuk ubi , #sambal tempoyak petai , # menu tengahari sambal tempoyak petai dan pucuk ubi.