Pengalaman Kena Serangan Sakit Batu Hempedu @ Gallbladder Stone

Pengalaman Kena Serangan Sakit Batu Hempedu @ Gallbladder Stone

Pengalaman Kena Serangan Batu Hempedu @ Gallbladder Stone | Wahh…rasa lamanya tak berupdate blog ni, naik tepu pulak otak bila nak mulakan semula. Mana yang dah jadi friend facebook saya, sure tahu perkembangan saya dan kenapa saya lama tak update blog ni. Mana yang belum tahu tu, nak habaq yang saya baru aje keluar dari hospital kerana jalani pembedahan buang hempedu.

Buang Hempedu?? Ya…buang hempedu terus, bukan hanya batu karang tapi dengan hempedu terus di buang. Kiranya ini merupakan pembedahan ke 2 yang besar bagi saya yang pernah saya buat seumur hidup, yang pertama czer dan kedua yang ni lah…buang hempedu.

Kiranya ini juga pengalaman duduk di wad paling lama dalam sejarah saya, 11 hari tu, eshhh…lama betul rasanya. Naik tepu otak dan badan duduk lama-lama dalam wad. Nasib baik lah doktor, nurse dan pekerja-pekerja Assunta baik-baik, terubat juga hati, time bosan-bosan boleh le borak-borak dengan nurse-nurse yang berkerja masa tu.

Kalau tak jalan-jalan, saya duduk layan tengok movie korea aje lah. Sepanjang saya berada di wad, tak pernah lah saya keseorangan lagi, Aeysha sentiasa ada menemani saya siang dan malam, manakala Jen akan datang bila dah selesai kerja dia untuk hantar keperluan saya setiap hari.

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

Di temani Aeysha dan melayan movie korea..hehehe

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

Ni sebelum pembedahan boleh le jenjalan tapi kena angkut drip kehulu kehilir

Mesti anda nak tahu kan apa puncanya sehingga saya di tahan di wad sebegini lama? Ok, pada awalnya saya sangka saya hanya mengalami sakit gastrik biasa atau angin. Saya ni memang dari anak dara ada masalah perut, makan sikit je berangin,kembung perut dan senak. Jika makan banyak sikit, saya akan muntah dan seperti ada makanan tersekat di dada. Silap makan aje, perut akan sebu gila. Kerap jugak sakit belakang dan rusuk.

Pernah ke klinik, doktor bagi ubat gastrik dan kalau teruk cucuk aje, so bila ambik ubat gastrik atau cucuk memang lega lah sakit tu. Jadi setiap kali sakit perut atau tanda-tanda seperti diatas, mesti saya akan bersangka saya kena serangan gastrik. Kisahnya selama ini saya silap, bukan sahaja gastrik tapi saya juga alami penyakit yang lebih teruk dari gastrik.

Tak disangka, tarikh 8hb sept 2017, serangan angin dalam perut saya lain macam sikit, dada saya seperti di himpit sesuatu sampai saya rasa dah tak boleh bernafas. Perut rasa macam nak meletup, sakit yang amat. Peluh jantan betina semua keluarlah, rasa macam nak berguling-guling saya dibuatnya, nak berjalan pun memang rasa tak boleh, kalau boleh nak merengkok aje. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Nasib baik ketika itu ada orang di rumah so saya terus di bawa ke Hospital Assunta sebab itu sahaja hospital yang berdekatan dengan rumah saya di Petaling Jaya.

Gallbladder Stone @ Batu Hempedu

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

Semasa di bilik kecemasan. Sempat lagi tangkap gambar walau dalam kesakitan

Serious sakit yang saya alami teruk sehingga terus di hantar ke dalam wad kecemasan. Selepas di masukkan drip dan macam-macam ubat, barulah lega sedikit kesakitan saya. Bila doktor datang, macam-macam jugak lah saya di soal siasat. Saya cerita lah dari A to Z, dari start saya sakit, apa yang saya makan hinggalah sejarah penyakit yang saya selalu alami iaitu selalu sakit ulu hati, selalu dapat gastrik, selalu muntah sebab gastrik, kiranya semuanya berkenaan dengan perut.

Dr. Jeeta yang ambil kes saya terus buat x-ray, ultrasound dan ambil darah malam tu jugak untuk mencari tanda-tanda jangkitan, halangan pada mana-mana saluran, penyakit kuning atau demam.

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

kredit : google image

Akhirnya terbukti saya alami Gallbladder Stone atau dikenali batu hempedu.

Untuk pengetahuan anda semua, gallstone atau batu hempedu ni merupakan zarah keras yang telah berkembang dalam pundi hempedu. Pundi hempedu ni merupakan organ yang berbentuk buah pir kecil dan terletak diatas abdomen diantara dada di bawah hati kita.

Terdapat perbagai jenis batu hempedu ni, ada yang sebesar bola golf dan sekecik-kecilnya bersaiz pasir. Pundi hempedu boleh membentuk satu batu empedu besar, beratus-ratus batu kecil, atau kedua-dua batu kecil dan besar.

Kesakitan mendadak yang saya alami di bahagian atas abdomen kanan, dada dan perut berlaku apabila batu hempedu tergelincir keluar dan telah menyekat saluran saluran hempedu saya. Patutlah sakit yang amat waktu serangan tersebut melanda.

Maka bermulalah malam-malam saya di wad Melati bilik 6118. Bukan Dorm Melati cerita hantu tu ya…hehehe.

Dahsyatnya Penangan Sakit Batu Karang

Malam 8hb Sept 2017 tu jugak saya dimasukkan ke wad dan saya diarahkan berpuasa sehinggalah 9hb Sept 2017, untuk jalani prosedur endosckopic iaitu memasukkan kamera dari tekak saya.

Scop ni dibuat untuk melihat saluran mana yang tersumbat di sebabkan batu karang dan ada apa-apa lagi tak yang serius di hempedu saya. Kena berpuasa sampai lah scop dibuat. Memang dah tak pikir lapar dah, perasaan takut menguasai segalanya.

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

Kena berpuasa je saya ni, nak buat scop pertama dan kedua pun kena puasa

Bila result keluar, doktor kata ada beberapa batu yang dah terlepas dan patut di buang, Hempedu saya pulak dah tak berfungsi untuk mengeluarkan jus hempedu yang bertakung di dalamnya dan ini mengakibatkan jus hempedu bertakung yang makin lama akan menjadi pekat dan padu yang mana akhirnya terbentuk menjadi kristal.

Bila dah jadi kes sebegini, makna batu karang dan hempedu kena buang untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

X-Ray yang diambil ketika scop dilakukan. Tiub di masuk ke tekak dan masuk berlegar-legar mencari sasaran..hehehe. (saya nak explain pun tak tahu)

Sebelum nak buang hempedu, doctor ada terangkan pada saya, mereka perlu clearkan terlebih dahulu batu karang yang tergelincir tersebut. Jika tidak dibersihkan saluran tersebut risau akan mengganggu pembedahan untuk buang hempedu, bila saluran tersumbat kalau jalani pembedahan juga risau bermacam kompilasi yang bakal berlaku.

Saya cakap dengan doctor, doctor buat ajelah apa yang terbaik supaya saya tak sakit lagi, memang saya dah tak sanggup alami sakit bila dapat serangan tersebut. Kalaulah saya tahu betapa seriousnya penyakit gallbladder stone ni, memang dari dahulu saya akan jaga supaya tak lah seteruk sekarang. Sehingga gallbladder saya tak boleh lagi diselamatkan.

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

Bukan tak boleh jalan, tapi memang prosedure kena begini, ditolak dari dalam bilik hingga ke bilik scop atau pembedahan.

11hb Sept 2017

Hari ni buat scop yang ke dua. Kali ni, doc nak nak clearkan batu karang yang tersumbat di saluran hati. Bagi saluran tu bersih bersih sikit..hehehe. Tapi yang ke dua ni risau jugak lah sebab doktor nak potong sedikit saluran tersebut untuk mudahkan pengambilan batu karang tersebut, huhuhu risaunya lahai waktu tu, dari bilik di tolak ke bilik ot akak nangis jew..hehe.

Sampaikan nurse sepanjang jalan kata, tak ada apa lah kak, bukan major operation, simple aje ni..tapi saya tak kira..saya tetap nangis. Ngada ngada kan!

Alhamdulillah, scop ke 2 untuk clearkan saluran berjaya dilakukan. Memang waktu buat scop ni saya di tidurkan tapi bukan tidur yang macam major operation tu, masa sedang buat scop, saya tersedar, walau dalam mamai-mamai tu dengar jugak lah nurse suruh saya bertenang dan tahan sedikit aje, mungkin waktu tu saya mengerang dan meronta saya pun tak sedar.

Sedar sepenuhnya bila dah berada di wad. Bila ingat balikk terasa ngeri sangat dan terbayang-bayang kesakitan yang saya alami ketika itu…tak tahu masa scop ditarik atau apa..tapi memang saya terasa sakit sangat.

12hb Sept 2017

Sejak dari awal berada di wad ni, tangan ni dah tak tahu berapa kali di cucuk untuk ambik darah. Pagi petang siang malam tangan di masukkan antibiotik dan ubat. Memang satu penyiksaan dibuatnya. Dahlah susah nak cari urat di tangan saya ni, tak dapat kiri dicari pula sebelah kanan..pasrah aje lah.

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

Sejak masuk wad sampailah dah habis pembedahan tak tahulah dah berapa banyak darah di ambil.

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

Check BP, check demam memang dah tahu dah pukul berapa nurse akan datang…hehehe

Doktor pula dalam sehari ni dua kali datang melawat tapi kali ni bersama dengan Doktor Jaya iaitu pakar bedah untuk lakukan pembedahan laparoskopik. Kali ni doktor ada bagitahu jika saya tak buang hempedu saya dengan segera, kemungkinan bermacam risiko akan terjadi, samada batu akan terkeluar lagi dan macam-macam lagi lah.

Doktor Jaya juga memberitahu ketika pembedahan nanti beliau juga turut dibantu oleh Doktor Vijay dan pakar bius Doktor Lam. Doktor Jaya juga turut menerangkan proses yang akan mereka lakukan ketika pembedahan.

Pembedahan memang nak dilakukan dengan segera, tetapi bacaan enzim hati saya tak turun-turun sejak buat scop so terpaksa tunggu sampai turun. Setiap hari darah saya di ambil untuk melihat kestabilan hati saya. Macam-macam pulak jadi bila nak cepatkan pembedahan ni.

13hb Sept 2017

Hari ni sekali lagi Doc Jaya dan Doc Jeeta datang ke wad dan memberitahu pembedahan akan dilakukan pada tarikh 14hb Sept 2017. Bila dengar sahaja pembedahan akan dilakukan pada tarikh tersebut, masa tu rasanya darah tak naik kemuka dah, terus seram sejuk badan dibuatnya.

Doktor Lam pakar bius juga turut datang melawat saya dan pekenalkan siap dia dan apa tugas dia semasa pembedahan nanti. Saya suka sangat doktor Lam ni..memang pakar bius yang sedaya upaya melayan saya dan menenangkan saya, mungkin ini salah satu cara untuk pesakit tak dapat high blood pressure dan menyusahkan untuk lakukan pembedahan.

Kemudian satu-satu surat persetujuan saya kena sign, surat mengatakan saya faham apa yang diterangkan dan jika ada sebarang kompilasi, saya faham tentang risiko yang berkemungkinan dialami ketika dalam pembedahan, semua tu kena sign tau. Lemah longlai tangan ni nak sign.

Malam nak tidur pun susah. Masa ni banyak jugak airmata mengalir, risaukan anak-anak. Pikir bagaimanalah kalau saya tak ada, kesian dekat Aeysha. Siap pesan kat dia, kalau mama tak ada pandai-pandailah jaga diri sendiri. Memang waktu tu suasana pilu lah sangat, tapi saya je yang nangis, si Aeysha boleh pulak dia tenangkan saya dan suruh saya be strong…ummm bertuahnya anak…hehehe.

Gallbladder Stone, Batu Hempedu, Gallbladder, Gallstone, Hempedu, Batu Karang, Pundi Hempedu, Pengalaman Sakit Batu Hempedu, Buang Gallbladder, Assunta Hospital, Petaling Jaya, pembedahan laparoskopik, prosedur endosckopic, Pembedahan Gallbladder Stone

Makanan yang diidam sebelum pembedahan. Alhamdulillah dapat rasa walau tak makan banyak mana pun.

Nak tenangkan hati, malam tu jugak saya request makanan yang bermacam-macam, dan saya dapat kesemua makanan yang di request. Bukan apa, nanti lepas pembedahan teringin nak makan semua makanan tersebut tapi tak dapat makan pulak. Kena pantang macam orang mengandung katanya…ummm.

Macam mana kesudahan pembedahan telah dilakukan dan apa risiko setelah saya membuang hempedu saya? Mesti anda nak tahu kan? Ok nanti saya ceritakan segalanya dan tunjuk gambar batu karang serta hempedu yang di keluarkan dari perut saya ni. So sabar ya, now nak berehat sebentar…da tak larat nak memikir..hehehe.

Akhir kata maaf jika ada ayat-ayat yang tak betul tentang bahasa-bahasa perubatan ni dan proses yang dilakukan. Saya hanya ikut pemahaman dan pengalaman sebagai orang biasa dan sebagai pesakit. Apa-apa yang tak faham anda boleh aje google, banyak aje info-info tentang Gallbaldder Stone ataupun batu hempedu ni.