SACC CONVEC Meraikan Anak-Anak Yatim Dan Asnaf

SACC CONVEC Meraikan Anak-Anak Yatim Dan Asnaf

Bulan Ramadan bulan seribu rahmat dan bulan yang amat yang dinanti-nantikan.Umat Islam sama-sama merebut peluang untuk melaksanakan pelbagai amal ibadat yang sunat dan fardhu untuk menyempurnakan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan serta mengumpulkan pahala berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

SACC Convec Sdn Bhd mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk meneruskan amalan kemasyarakatan melalui satu program CSR (Tanggungjawab Sosial Kemasyarakatan) dengan meraikan 22 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Puncak Desa Kepong dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam.

SACC CONVEC Meraikan Anak-Anak Yatim Dan Asnaf Di Majlis Berbuka Puasa

Ramadan Buffet 2019, SACC Convec, Meraikan anak-anak yatim dan asnaf, Majlis Berbuka Puasa, Bulan Ramadan, Program CSR

SACC Convec Sdn Bhd turut memberi sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim yang hadir dengan sokongan tajaan ADABI Consumer Industries Sdn Bhd. Adalah menjadi matlamat program ini untuk membantu sedikit sebanyak, setidak-tidaknya menyokong mereka menjadi insan yang penting kepada negara dan pemimpin pada masa hadapan.

“Setiap tahun saya menantikan program ini kerana inisiatif sebagai memberi peluang kepada saya, warga kerja sacc dan kita semua untuk menambah amalan dan banyak membawa keinsafan kepada diri kita,” kata Nasrudin Abu Bakar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd ketika ditemui di majlis sederhana tetapi penuh meriah.

Tetamu jemputan yang hadir disajikan juadah set Ramadan edisi istimewa – Sajian Nelayan yang disediakan oleh Westside Bistro @SACC.

Ramadan Buffet 2019, SACC Convec, Meraikan anak-anak yatim dan asnaf, Majlis Berbuka Puasa, Bulan Ramadan, Program CSR

Orang ramai turut berpeluang untuk merasai kelazatan dan variasi pilihan menu masakan Melayu ataupun masakan Cina ini bermula 7 Mei hingga 2 Jun 2019.

Ramadan Buffet 2019, SACC Convec, Meraikan anak-anak yatim dan asnaf, Majlis Berbuka Puasa, Bulan Ramadan, Program CSR

Di antara hidangan yang disajikan adalah udang masak lemak cendawan kulat, sotong kalio, Ikan tilapia stim cara teochew, ketupat sotong, chilli crab dan banyak lagi. Dengan harga bermula RM30.00 untuk seorang dengan minima set untuk 4 orang, pengunjung dapat menikmati pakej set Ramdan yang ditawarkan.

Orang ramai yang bercadang untuk berbuka puasa di Westside Bistro @ SACC, boleh hubungi 03 5511885, 013 2502858 atau layari http://www.sacc.com.my/sajian-nelayan/ untuk tempahan dan sebarang pertanyaan. Pastikan juga anda mengikuti Westside Bistro di laman FACEBOOK | INSTAGRAM untuk maklumat lanjut dan terkini.