Sebagai ibu bapa baharu dan muda, ramai yang mendapat perbagai petua dan tradisi sehingga tidak tahu mana satu yang hendak diikuti, jadi baru-baru ini pihak Astro telah memperkenalkan segmen terbaru mereka iaitu eBu BabyPedia yang menyasarkan golongan ibu dan bapa muda. Untuk siri terbaru eBu BabyPedia dibawah payung eBu, telah menyingkap perjalanan saat manis Lisa Surihani dan Yusri bergelar ibu dan bapa dan mengupas kebenaran yang terselindung disebalik tradisi yang terdapat di seluruh dunia.

Lisa Surihani Dan Yusry Dalam eBu BabyPedia, eBu , eBu Babypedia

eBu BabyPedia menghimpunkan perbagai petua serata dunia serta amalan turun temurun dalam membantu ibubapa untuk menjaga cahayamata mereka dengan sempurna. Antaranya termasuklah petua kehamilan masyarakat Melayu, Cina, India, Afrika, tip-tip kesuburan, pantang larang serta adat istiadat traditional dan sebagainya.

Lisa Surihani Dan Yusry Dalam eBu BabyPedia, eBu, eBu Babypedia

Naib Prasiden Perniagaan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, “Kami di Astro sentiasa berusaha untuk memberikan kandungan yang terbaik buat penonton kami. Oleh yang demikian kami pun mewujudkan eBu. Perjalanan melangkah kedunia keibubapaan merupakan fasa yang mengembirakan serta mencabar. eBu rata-rata memberi penekanan dan pendedahan terhadap kemahiran keibubapaan, tip-tip berguna serta informasi penting yang boleh dijadikan rujukan dalam persediaan mereka untuk menerokai fasa baharu ini.”

Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Perniagaan GenNext, Astro memberikan ucapan

Tambah Yasmin lagi, “eBu Babypedia merupakan satu program yang cukup istimewa kerana kami menyentuh perbagai pantang larang serta tip-tip berguna yang boleh dimanfaatkan ibu-ibu mengandung diluar sana. Kami mendapatkan pandangan dari pakar serta membuat penyelidikan yang teliti demi memastikan kandungan eBu Babypedia tepat dari segi faktanya dan sahir agar boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu muda.”

eBu merupakan dedikasi Astro untuk ibu-ibu diluar sana terutama perjalanan mereka melangkah kealam keibubapaan, sebuah fasa yang bukan sahaja mengembirakan tetapi mencabar diri mereka.

eBu bukan sekadar hiburan semata-mata, ianya bertindak sebagai pekara penting yang boleh dijadikan rujukan dalam persediaan mereka untuk menerokai fasa baharu ini.

Segmen eBu akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria selama 13 minggu dengan setiap episod mengenengahkan topik-topik kehamilan yang menarik. eBu Babypedia juga menampilkan pengacara dan pelawak terkenal tanahair, Jihan Muse dan Bell Ngasri yang pasti akan mencuit hati penonton dengan telatah dan gelagat mereka melakonkan semula isu-isu yang dipaparkan secara santai dan cukup bersahaja.

Bukan setakat bersiaran di televisyen tetapi pendekatan 360 darjah slot ini juga akan mengabungkan integrasi perbagai lagi platform lain yang sedia ada, selaras dengan hasrat eBu menjadi ‘One Stop Parenting Centre’ di Malaysia.Radio Sinar FM juga telah pun memulakan segmen eBu  di radio tersebut  pada jam 11.00 pagi setiap Rabu dimana perbagai topik menarik berkaitan motivasi dan pengalaman bergelar ibu serta berkongsi pengalaman bersama pendengar-pendengar.

eBu juga tidak ketinggalan untuk turut sama berinteraksi di media sosial menerusi akaun Facebook, MyeBu dan Instragramnya, @my.eBu. untuk maklumat lanjut mengenai eBu boleh layari www.eBu.com.my.

Jangan lupa, saksikan program eBu Babypedia yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu jam 9 malam di Asrto Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123.