Dalam beberapa hari kebelakangan ini perasaan rindu bertandang di kalbu , makin di tahan makin hati bertambah sayu dan pilu .

Hari ni perasaan rindu terhadap anak saya itu dah tak boleh di tahan lagi . Wajahnya..suaranya sudah jelas diruang mata ini.

Sepatutnya saya terfikir nak jumpa dia minggu lepas tapi saya tak nak kacau dia sebab takut ada peperiksaan , saya tahan niat dihati dahulu biar dia habis kan peperiksaan dia.

Hari ini bila saya pergi ke sekolah untuk berjumpa dia , alkisahnya peperiksaan bermula dalam minggu ini dan dia sedang menduduki peperiksaan . Hurmmm terpaksa lah saya tunggu sehingga waktu rehat untuk berjumpa dia.

Walau hanya seketika dapat berjumpa dia , terubat juga segala rindu di hati ini . Dapat cium , peluk , tatap wajahnya dan mendengar suaranya buatkan hati ini merasa puas dan lega .  Alhamdulillah dia sihat dan kelihatan gembira .

Mudah-mudahan dia sentiasa berkeadaan begitu , sentiasa berkeadaan sihat walafiat.

Ibu dan anak melepaskan kerinduan , Rindu anak

Ibu dan anak melepaskan kerinduan ( image from google )