Restoran Burger And Lobster Yang Pertama Di Asia Kini Di Genting | Restoran Burger And Lobster ini merupakan cawangan pertama yang di buka di Asia dan telah beroperasi di pusat beli belah Sky Avenue, Resorts World Genting.

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

Walaupun baru beroperasi tetapi sambutan amat menggalakkan sejak hari pertama ia di buka. Masa saya disana untuk menikmati makan malam, saya lihat para pelanggan sudah beratur panjang semata-mata untuk menikmati hidangan Burger And Lobster disini. Belum masuk dah terasa kemeriahan!

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

Restoran Burger And Lobster

Di Restoran Burger & Lobster ini hanya menyediakan menu burger dan lobster yang popular dari Nova Scotia, Kanada. Penyediaan makanan pula berasaskan konsep traditional.

Bagaimana nama Burger Dan Lobster ini di ilhamkan? Ok mengikut cerita, mereka sebagai rakan kongsi buat permulaan yang seorang ingin membuka restoran burger dan seorang lagi ingin membuka restoran lobster, dari perbincangan akhirnya mereka sepakat dan mengabungkan menjadi satu restoran dan terhasillah nama Burger & Lobster.

“Lobster premium” Restoran Burger & Lobster adalah seberat 600-700 gram yang dihidangkan dalam menu yang dibawa khas dari Nova Scotia, Kanada melalui KLIA sebelum di hantar ke Resorts World Genting setiap minggu. Oleh kerana pesanan di buat setiap minggu, lobster tersebut begitu laris serta mampu dijual dengan harga yang berpatutan.

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

Dari segi dekorasi, pelanggan dikelilingi peralatan menangkap lobster, malah salah satu dinding restoran dihiasi dengan 104 replika peti traditional menangkap lobster sama seperti digunakan oleh nelayan Nova Scotia.

Kombinasi kayu oak, jubin seramik Portugal dan pencahayaan dalaman yang malap, memberi gambaran kepada pelanggan tentang suasana para nelayan menenangkan diri selepas seharian dengan tugasan penangkapan mereka.

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

Menu Istimewa Di Burger & Lobster Genting

Pilihan menu lobster terdiri daripada 3 pilihan iaitu The original, The Big Boy dan Chili lobster. Lobster akan dikukus atau dipanggang bersama pilihan mentega yang dicairkan ataupun mentega lemon dan bawang putih yang terkenal di restoran tersebut. Chili Lobster pula, hanya di sediakan di Malaysia sahaja demi memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

The Original

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

Chilli Lobster

Pengalaman makan lobster di restoran Burger & Lobster ni memang…. perghhh sangat.. memang balik rumah asyik teringat-ingat je lah, rasa lobster yang fresh dan cara masakan mereka memang lain dari yang lain. Korang memang patut cuba!

Manakala menu burger di sini pula diperbuat daripada 100% daging lembu Australia yang sudah semestinya halal, dengan kepingan dagingnya diapit bun brioche berbijan dan ditambah pula dengan daging salai, keju, salad, tomato, bawang, jeruk khas serta sos rahsia Burger & Lobster.

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

The B&L Burger

Bagi yang tak makan banyak, boleh memilih burger bersaiz mini iaitu B&L Burger yang dihidangkan bersama isi lobster, Tiger Tiger (gulungan mentega udang tempura, mayones pedas dan buah avocado) dan The Classic yang merupakan burger yang bersaiz kecil.

Tak pernah lagi saya makan burger daging di campur dengan lobster, terasa pelik pulak, tapi bila makan…yumm yummm..nak lagi dan lagi, sampaikan anak saya order lagi satu burger B&L ni, dia kata sedappp, serious memang sedap!

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

Lobster Roll with Japanese Mayonnaise

Salah satu menu terkenal Burger & Lobster merupakan ketulan lobster segar gulung yang disediakan dalam 3 gaya berbeza. Pengunjung boleh memilih menu Chilli dan The Original yang dihidangkan sejuk bersama bun panjang brioche beserta kentang goreng dan salad.

Harga dia? Memang mahal sedikit lah buat saya, tapi walaupun harga hidangan di sini sedikit mahal, ianya sangat-sangat berbaloi dengan rasa yang kita perolehi. Memang puashati walaupun harga sebegitu. Sesekali bermewah mewah untuk diri sendiri dan keluarga tak ada salahnya, ya tak!

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

Restoran Burger And Lobster, Burger & Lobster, Burger And Lobster Genting, Resorts World Genting, Aky Avenue

Menu Dan Harga Di Burger & Lobster, Genting (perghhh nangis tengok kan..tapiiii sangat berbaloi dengan harga yang dibayar)

Kalau anda berada di Sky Avenue Genting, jangan lupa singgah di Burger And Lobster yang terletak di Aras 1, Sky Avenue, Genting Highland. Waktu operasi sekitar pukul 11.ooam hingga 10.00pm setiap hari dan 11.00am hingga 11.30pm pada hujung minggu.

Website :
 
Atau
 
Hubungi 03 61011118