Alhamdulillah dalam bulan ramadhan 2014 ni banyak rezeki untuk buat food review. Terima kasih pada yang sudi menjemput dan untuk food review kali ini pula saya telah di jemput oleh blogger Tengku Syukri dan Feeya Fariesya untuk beriftar di Restaurant Ayam Kampung Section 2 Wangsa Maju.

Restaurant Ayam Kampung Section 2 Wangsa Maju , Flamo, Restaurant Ayam Kampung

Bersama beberapa orang blogger, kami telah ke Restaurant Ayam Kampung, Wangsa Maju pada 14hb Julai 2014. Nak cari restaurant ni pun senang kerana dia betul-betul berhadapan dengan Masjid Usamah bin Zaid.

Restaurant Ayam Kampung Section 2 Wangsa Maju

Restaurant Ayam Kampung Section 2 Wangsa Maju, Blogger di restaurant ayam kampung, Restaurant ayam kampung

Dalam kepala saya ni kalau dah nama Restaurant Ayam Kampung pasti hidangan untuk kami adalah ayam kampung, tapi tekaan saya meleset. Kami tidak disediakan menu ayam kampung tapi kami telah dihidangkan dengan makanan special yang terbaru dari mereka iaitu daripada jenama FLAMO.

Sebenarnya Restaurant Ayam Kampung ini juga menyediakan makanan tengahari yang mana mereka menyediakan perbagai lauk pauk untuk makan tengahari termasuk masakan ayam kampung dan perbagai hidangan lagi.

FLAMO yang berdaftar di bawah Restaurant Ayam Kampung yang membawa branding Flamo, product makanan terkini yang dibawa khas dari Beijing, Guang Zou, Yunnan, Xin Jiang dan Shenzen ke Malaysia.

Nampak tak Kiosk di bawah ni…haaa inilah Kiosk FLAMO yang terletak di depan Restaurant Ayam Kampung Section 2 Wangsa Maju yang akan membuat hidangan special untuk kami nanti.

Kiosk Flamo, Restaurant Ayam Kampung Wangsa Maju , Restaurant Ayam Kampung

Hidangan special tersebut adalah Chicken Satay,Beef Satay, Mutton (JUMBO) Satay.

Chinese-style satay yang di marinate semalaman dengan tepung jagung, telur, jintan manis dan bawang semalaman, keesokan harinya baru dibakar dan dihidangkan dengan cili kering dan jintan manis untuk memberi sedikit kepedasan memang betul-betul menarik minat saya untuk makan dan makan lagi. Memang sedap sangat..terutama satay kambing dia..fuhhh sedap sangat lah (dalam hati lepas makan nak order dan nak bawak balik tapi segan le pulak..hehehe).

Terdapat juga satay cendawan dan kucai, yang tak pernah lagi saya makan. First time makan memang saya kagum akan kesedapan makanan tersebut.

Satay Kambing di Restaurant Ayam Kampung, Restaurant Ayam Kampung

Satay Daging Flamo, Restaurant Ayam Kampung

Satay Ayam FLAMO , Satay ayam di Restaurant ayam kampung

Satay cendawan Flamo, Satay cendawan di Restaurant Ayam Kampung

Kucai satay FLAMO, Kucai satay di Restaurant ayam kampung

Satu lagi hidangan yang anda harus cuba jika ke Restaurant Ayam Kampung ini ialah Yunnan Mi Xian, anda boleh pilih samada nak yang kering atau berkuah. Yunnan Mi Xian ini merupakan menu special dari China, bahan-bahan rempahnya juga didatangkan  khas dari China.

Menurut kata owner disini, untuk menyediakan sup ini dan nak menaikan aroma yang sedap, mereka kena mereneh sup tersebut sehingga 9 jam bersama 22 jenis herba dari China.

Patutlah masuk-masuk aje ke Restaurant Ayam Kampung ni, saya dah terbau makanan yang sedap..kisahnya dari Yunnan Mi Xian. Memang menaikan selera saya betul..hehehe.

Sup Mi Xian di Restaurant ayam kampung, Sup Mi Xian

Saya dah rasa Yunnan Mi Xian ni..fuhhh memang sedap dan terangkat, lebih-lebih lagi kalau dimakan bersama side dish yang diberi iaitu chili flake, kobis cuka dan kicap. Sesiapa yang suka pedas tu, bolehlah letak cili flake lebih sikit.

Sup mi xian sedap , Sup mi xian di restaurany ayam kampung

Mi Xian kering yang sedap, Restaurant Ayam Kampung Wangsa Maju

Tahini Kebab pula merupakan menu baru di bulan Ramadhan ini. Adunan Chinese dan Arabic memberi kelainan dalam hidangan kebab ini. Lain dari rasa kebab yang saya pernah makan.

Tahini FLAMO, Tahini di Restaurant Ayam Kampung Section 2 Wangsa Maju

Restaurant ayam Kampung Section 2 Wangsa Maju ini juga telah mendapat perhatian masyarakat setelah menjadi pilihan TV3 untuk rancangan Jalan-Jalan cari Makan dan juga pernah memasuki beberapa akhbar seperti Mingguan Wanita, Metro dan beberapa majalah lagi.

Apa lagi!!…

Jom lah ke Restaurant ni jika anda nak merasa makanan-makanan unik dan sedap seperti gambar makanan diatas….

Jalan-jalan cari makan, restaurant ayam kampung

Yang menarik lagi, menurut kata owner restaurant ini, FLAMO juga membuka peluang perniagaan kepada umum memandangkan permintaan dari orang ramai sangat menggalakan, dalam masa yang sama ia juga dapat membantu orang yang minat berniaga tetapi tidak tahu hendak memulakan perniagaan.

Untuk mengetahui package yang disediakan untuk yang berminat dalam perniagaan berasasakan makanan anda boleh hubungi :-

Restaurant Ayam Kampung Section 2 Wangsa Maju

Alamat:

Restaurant Ayam Kampung,

41, Jalam Metro Wangsa, Desa Setapak.

Facebook : Flamo

 
Lazada Malaysia