Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Day 1 – Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi

Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi| Sebut aje Pulau Langkawi, Malaysia, saya pasti semua tahu dan pasti ramai di antara anda semua telah menjejakkan kaki ke Langkawi. Saya pun dah beberapa kali ke Langkawi dan saya tak pernah jemu untuk datang lagi ke sini lagi.

Langkawi merupakan pulau yang sangat kaya dengan keindahan alam semula jadi. Memang saya tak pernah jemu untuk terokai keindahan alam di sana dan tidak lupa juga lagenda kisah-kisah sejarah silamnya, di sebab itulah Langkawi merupakan salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia dikalangan warga luar mahupun warga tempatan.

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Baru-baru ini dapat pula undangan untuk sertai Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi selama 3 hari 2 malam, hati melonjak gembira, tidak terus membuang masa, terus balas email yang dihantar untuk memberitahu yang saya bersetuju menerima undangan tersebut.

Day 1 – Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Bersama rakan-rakan influencers yang lain, kami bertolak dari Subang Airport dengan menaiki pesawat Malindo pada 29 hb Mac 2018 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekitar tengahari. Kami telah di sambut oleh pemandu pelancong dan di bawa menaiki shuttle bas terus ke Resorts World Langkawi tempat kami menginap, yang mengambil masa perjalanan selama 25 minit dari lapangan terbang Langkawi.

Sesampai sahaja di Resorts World Langkawi kami terus di jamu dengan hidangan tengahari di Seagull Coffee House. Selesai menikmati hidangan nasi goreng beserta ayam dan popia goreng dan sementara nak menunggu kunci bilik diberi kepada kami, sempatlah kami dibawa melawat persekitaran Resorts dan melawat bilik-bilik yang terletak di syurga Laut Andaman tersebut.

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Terpegun sejenak melihat resort yang dikelilingi persekitaran yang amat indah serta menyediakan kemudahan bertaraf dunia termasuk bilik-bilik yang telah di ubahsuai untuk memberi keselesaan buat pengunjung di resorts tersebut.

Bilik-bilik Yang Telah Dinaik Taraf Di Resorts World Langkawi

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Bilik yang di sediakan buat saya di Resorts World Langkawi

Resorts World Langkawi terletak di hujung barat daya Pulau Langkawi, telah dipertingkatkan dengan kemudahan yang dinaik taraf dengan tersedia 211 bilik secara total.

Pengubahsuaian yang dibuat oleh resort ini telah memberikan satu suasana baru kepada tetamu yang menginap disana, dengan suite yang kelihatan mewah dan tampak bergaya, bilik yang selesa demi memastikan penginapan tetamu yang menginap menjadi seronok.

Bagi tetamu yang ingin menjauhkan diri dari keriuhan dan kesibukan kehidupan bandar, resort ini merupakan tempat yang paling sesuai yang memberi ketenangan yang menawarkan kemudahan moden dan pada masa yang sama membolehkan anda menikmati keindahan alam semulajadi yang menenangkan jiwa dan fikiran.

Bilik-bilik yang di sediakan pun cukup luas dan bersih. Bagi anda ingin menikmati pemandang panorama kehijauan atau pemandangan lautan yang luas terbentang, bilik Deluxe Garden View, Deluxe Seaview dan Premier Seaview adalah pilihan yang tepat yang pasti menjanjikan penginapan yang tidak dapat dilupakan.

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi, Bilik Resorts World Langkawi

Terdapat juga Premier Suite, Signature Suite dan Presidential Suite yang lebih luas serta lebih ekslusif yang mana ia dilengkapi ruang tempat mengurut, ruang tamu yang luas, bilik tidur yang luas serta selesa dan berbagai kemudahan yang lengkap tersedia buat anda. 

Bilik idaman saya mestilah Signature Suite yang mempunyai 2 bilik tidur yang luas, ruang tamu, tempat mengurut serta terdapat juga balcony menghadap laut sambil. Dah macam satu biji apartment. Fuhhh…kalau dapat menginap di sini memang syiok sangat..hehehe.

This slideshow requires JavaScript.

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Untuk melihat bilik-bilik yang lain anda boleh [KLIK DISINI]

Taman Sari Royal Heritage Spa, Resorts World Langkawi

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Jika anda ingin manjakan diri dengan melakukan urutan kaki dan badan, tak payah nak keluar dari resorts, di sini  anda boleh nikmati urutan badan dan rawatan traditional Jawa untuk menenangkan tekanan serta keletihan anda. Barulah sedap badan untuk lakukan aktiviti yang selanjutnya.

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi - taman sari royal heritage spa

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Kalau ikutkan saya, setiap hari saya nak berurut di spa yang ada disini, syiok tau ada orang ulit-ulit badan ni, terasa nikmat yang tak boleh nak di gambarkan.

Taman Sari Royal Heritage Spa yang bertaraf lima bintang di resort ini adalah untuk mereka yang mencari rawatan holistik. Urut dan rawatan tradisional seperti di kalangan di Raja Jawa disediakan untuk menenangkan badan dan minda seseorang, termasuk terapi tangan dan kaki serta urutan aromaterapi.

Sebarang tempahan boleh [ Klik Disini ]

Infiniti Pool Resorts World Langkawi

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Infinity Pool telah dilancarkan pada 10 Februari 2018. Merupakan sebahagian daripada daya tarikan yang Resorts World Langkawi.

Berkesempatan berada dan menjejakkan kaki dalam air masin seperti air laut, sambil berehat di Infinity pool memberi satu pengalaman baru kepada saya juga kepada tetamu yang menginap di sana.

Sambil melihat rakan-rakan berenang, saya sempat menjamu hidangan koktail yang di sediakan buat kami. Kami juga di beri hidangan petang yang serba mewah. Dapat pula beramah mesra dengan Dato’ Edward Holloway, Senior Vice President of Hotel Operation Genting and for infinity pool, lagilah bertuah sangat.Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Jika anda ingin adakan acara peribadi di Infinity Pool, terdapat pre-cocktail yang terancang seperti di sediakan minuman dan makanan, anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu di Jabatan jualan atau Tempahan Hotel (tertakluk untuk kelulusan).

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Langkawi, Resorts World Langkawi, Influencers FAM Trip, Taman Sari Royal Heritage Spa, Infiniti Pool, Travel, Malaysia, Pulau Langkawi

Selesai di Infinity Pool dan melihat keindahan laut Andaman yang terbentang luas maka berakhirlah aktiviti hari pertama kami dan tak sabar untuk keesokkan hari dengan aktiviti yang telah di sediakan buat kami.

Untuk pengetahuan anda, Resorts World Langkawi juga menawarkan perjalanan ke beberapa destinasi menarik iaitu Pantai Cenang, Underwater World Langkawi, Kereta Kabel di Gunung Mat Cincang, Makam Mahsuri Mahsuri, Air Terjun Telaga Tujuh, Taman Buffalo dan Medan Beras Terbakar.

Bagi yang minat aktiviti air terdapat juga perbagai aktiviti menarik di sekitar kawasan resort termasuk jet ski, selam skuba dan snorkeling. Para tetamu juga boleh memilih untuk mandi manda di laut dan memancing di pulau, atau pergi ke pelancongan geopark bakau dan gua. 

Jika anda inginkan ketenangan dan jauhkan diri dari sebarang tekanan, tak payah nak travel jauh-jauh,  Resorts World Langkawi adalah pilihan yang ideal untuk anda yang mencari ketenangan serta keseronokkan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga yang tersayang atau teman-teman.

Nantikan pengalaman menarik saya pada hari ke 2 pula yang penuh dengan aktiviti yang mencabar tapi menyeronokkan untuk Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi 2018 kali ini.

Untuk info lanjut anda boleh layari website :

http://www.rwlangkawi.com/home/