Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Resorts World Kijal Kuala Terengganu, RWK, RWKijal, Kuala Terengganu, Cuti-cuti Malaysia

DAY 1 – Dah lama betul saya tak Cuti-Cuti Malaysia ni, jadi dapat peluang sertai media FAM Trip ke Kuala Terengganu memang sesuatu yang saya nanti-nantikan. Percutian selama 3 hari 2 malam ini di taja penuh oleh Resorts World Kijal, bermakna kami turut diberi penginapan di hotel tersebut.

Actually selalu jugak saya ke Kuala Terengganu ni, tapi ini merupakan kali pertama saya menginap di Resorts World Hotel. Excited duduk tempat yang belum pernah kita duduk.

24hb Ogos 2016 kami bertolak seawal pagi, kami disediakan bas untuk ke sana tapi saya memilih untuk menaiki kereta, senang nak angkut barang banyak-banyak nanti..hehehe. Perjalanan hanya mengambil masa 3 jam menggunakan lebuh raya Pantai Timur untuk sampai ke Resorts World Kijal yang terletak di jalan utama Kemaman-Dungun.

Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Saat sampai di pengkarangan Resorts World Kijal saya terpegun dengan keindahan seni bina Melayu Klasik menghiasi ruangan hotel tersebut. Resort World Kijal yang dahulunya dikenali sebagai Awana Kijal merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang mempunyai 340 bilik yang selesa untuk percutian keluarga, honeymoon ataupun urusan perniagaan.

Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Lapangan Golf 18 Lubang Di RWK

Ia juga mempunyai lapangan golf 18 lubang bertaraf pertandingan, serta menghadap Laut Cina Selatan. Sesiapa yang minat bermain golf tu, bolehlah datang kesini. Memang tenang je nanti nak pukul bola.

Kedatangan kami di sambut dengan meriah sekali oleh team RWK. Siap ada persembahan silat dan diberi minum air kelapa fresh lagi. Lega dan hilang penat bila di sambut sebegini.

Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Resorts World Kijal, RWKijal, RWK

Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Resorts World Kijal, Kuala Terengganu

Kemudahan Di Resorts World Kijal

Sebaik mendapat kunci bilik (deluxe room), dan sebaik sahaja pintu bilik yang diberi dibuka, keharuman menusuk ke hidung saya, terasa kesegaran  dengan bauan yang nyaman sekali. Buka aje tingkap saya dapat lihat kolam renang yang bersaiz besar dan berlatar belakangkan keindahan pantai dan laut yang membiru. Terus mata yang mengantuk jadi segar bugar dan tak sabar untuk bermain pasir di pesisiran pantai bersama anak.

Resorts World Kijal Kuala Terengganu, RWK, Kuala Terengganu, RWKijal

Bilik Kami – Deluxe Seaview

Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Resorts World Kijal, Kolam Renang Yang Besar, Kuala terengganu

Permandangan dari bilik kami di Resorts World Kijal

Bilik penginapan yang disediakan buat pengunjung adalah terdiri daripada bilik Deluxe (unique) room, bilik Premier Seaview, bilik Premier Non Seaview , Deluxe Suite , Premier Suite dan Duplex Suite. Walaupun hotel lama tapi bilik dia tetap bersih dan nampak serba baru.

Percutian Menarik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Resorts World Kijal, Kuala Terengganu, RWK

Percutian Menarik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu, RWK Kuala Terengganu, Resorts World Kijal

Percutian Menarik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Resorts World Kijal, RWK Kuala Terengganu

Dapat masuk ke Premier Suite Resorts World Kijal…wowww terpegun dengan kecantikkan dalaman bilik tersebut. Besar dan nampak mewah sangat. Siap ada ruang tamu yang besar, dapur, dining table serta jacuzzi. Kemudahan lain seperti peti ais 2 pintu,microwave, safe box serta lain-lain dan juga ada tangga untuk naik ke tingkat atas yang mana terdapat juga ada bilik di atas (duplex). Amat sesuai untuk yang nak berbulan madu atau jadikan bilik pengantin.

Premier Suite Resorts World Kijal

Bilik di tingkat atas Premier Suite Resorts World Kijal

Jika anda terasa nak manja-manjakan diri pula, anda boleh sahaja ke Taman Sari Royal Heritage Spa. Anda boleh buat urutan keseluruhan badan, gunting rambut, urutan kaki, manicure atau pedicure. Macam-macam treatment anda boleh dapat disana.

Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Resorts World Kijal

Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Traditional massage atau javanese massage pun ada. Lepas urut-urut masuk pulak ke spa. Memang lega sungguh badan. Sesekali memanjakan diri memang syiok sangat. Kalau di Kuala Lumpur memang susah nak manja-manjakan diri macam ni, asyik busy dengan kerja aje.

Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Percutian Menarik Dan Unik, Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Tempat yang disediakan pun memang selesa, besar dan privacy. Kalau nak merasa service mereka boleh aje buat appointment tarikh dan masa yang sesuai untuk anda.

Selesai di Spa, kami dibawa ke tepi pantai untuk lakukan aktiviti disana. Disini banyak aktiviti yang boleh dilakukan, kalau nak buat aktiviti sukan air, kita boleh naik jet ski atau banana boat. Selain itu kita juga boleh berbasikal, naik ATV, bermain catur gergasi, ping pong atau bola tampar di pantai.

Bila bawa anak, macam-macam dia nak buat, jadi mak terpaksa ikutkan aje. Cuma masa ni saya memang tak galakkan di lakukan aktiviti air sebab dia tak berapa sihat, batuk dan selsema pulak.

Percutian Menarik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Resorts World Kijal, RWK

Percutian Menarik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu, RWK, Resorts World Kijal

Percutian Menarik Di Resort World Kijal Kuala Terengganu, Resorts World Kijal, Kuala Terengganu

So kami hanya berbasikal di tepi pantai dan menaiki ATV. Itu pun dah memberi kegembiraan buat kami.

Dinner BBQ Di Oasis Beach Bistro

Setelah puas bermain-main di pesisiran pantai, malam harinya pula kami di jamukan dengan makan malam di tepi pantai yang betul-betul romantik di Oasis Beach Bistro. Kami di hidangkan dengan hidangan BBQ yang sedap. Berteman kan unggun api dan cahaya-cahaya dari lampu yang di pacakkan sekeliling tempat kita makan.

Percutian Menarik Dan Unik, Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Percutian Menarik Dan Unik, Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Percutian Menarik Dan Unik, Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Percutian Menarik Dan Unik, Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Sambil makan sambil mendengar dendangan nyanyian live band serta dipersembahkan tarian melayu lama. Lepas makan ada pulak yang join nyanyi-nyanyi…memang happening sangat malam kami.

Percutian Menarik Dan Unik, Resorts World Kijal Kuala Terengganu

Melihat Dan Melepaskan Anak Penyu Ke Laut

Penutup malam kami pada hari pertama ini memang agak istimewa. Kami dibawa melihat dan di beri peluang sama-sama melepaskan anak-anak penyu. Ini merupakan pengalaman pertama saya serta pengalaman yang cukup berharga buat saya. Terharu melihat anak-anak penyu tersebut mencari kehidupan mereka sendiri di tengah laut yang luas, yang mana kemungkinan dalam banyak-banyak yang dilepaskan hanya beberapa sahaja yang hidup.

Itulah keistimewaan dan uniknya jika anda menginap di Resorts World Kijal ini, satu-satunya hotel yang menawarkan program melihat penyu bertelur dan melepaskan anak penyu ke laut.

Menerusi taglinenya “MESTI TENGOK”, dalam erti kata lain kalau datang ke sini mesti tengok penyu, jika hari yang anda pergi merupakan musim penyu naik ke darat dan bertelur anda berpeluang di bawa melihat penyu bertelur tapi jika bukan musimnya anda masih berpeluang melihat mereka menanam telur penyu atau melepaskan anak-anak penyu kelaut.

Percutian Menarik Dan Unik,Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Melepaskan Anak Penyu Ke Laut

Percutian Menarik Dan Unik, Resorts World Kijal Kuala Terengganu, Anak Penyu

Bagi saya, ini merupakan tarikan yang utama di Resorts World Kijal, melihat anak-anak penyu dilepaskan di laut. Membuka mata masyarakat  tentang penyu yang semakin pupus ini. Paling best bila anda datang anda  berpeluang melihat penyu bertelur , tanam telur penyu atau melepaskan anak-anak penyu ke laut di sini.

Sampai saya balik ke Kuala Lumpur saya masih lagi terbayangkan anak-anak penyu yang saya lepaskan ke laut, terfikir adakah dia selamat di laut yang luas tersebut.

Hari pertama saya di Resorts World Kijal memang seronok sangat. Tak ada peluang nak boring atau tak tahu nak buat apa. RWK menyediakan dan menawarkan kemudahan dan perbagai program percutian yang menarik jika anda menginap disana.

Ini baru hari pertama saya di sana, belum hari ke 2 dan ke 3, so nanti kan entry saya seterusnya selepas ini ya!!!!

Kini Resorts World Kijal ada menyediakan package-package menarik untuk anda menginap di sana. Antaranya ialah :-

  •  Package Melihat Penyu – RM670 nett – termasuk penginapan 3 hari 2 malam di Premier Seaview. Breakfast untuk 2 orang.

  • Package Golf Hujung Minggu – hanya RM276 (RM 138 per person) penginapan 1 malam di deluxe room. One round of 18 hole couse golf untuk 2 orang.

  • Promosi Hujung Minggu Kijal – menawarkan penginapan semalam di bilik Deluxe (RM199) atau Premier Seaview (RM249). Sarapan untuk 2 orang di Kampung Restaurant

Jika anda ingin merasai Percutian Menarik Dan Unik Di Resorts World Kijal Kuala Terengganu ini, anda boleh rujuk maklumat di bawah :
 
Resorts World Kijal
Tambah: Km 28, Jalan Kemaman-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu.
E-mel: customercare@rwgenting.com
Tel: (609) 864 1188
Faks: (609) 864 1688
Website : www.rwkijal.com