Nasi ayam memang kegemaran saya sekeluarga. Selalu kalau nak makan nasi ayam, saya sekeluarga akan ke restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Old Klang Road atau cawangannya di Bukit Bintang. Memang 2 tempat ni lah saya akan terjah kalau nak makan nasi ayam. Rasa nasi ayam di sini memang bagi saya cukup sempurna dan sedap…penuh dengan rasa yang cukup power. Tak cukup kalau makan sepinggan..hehehe.
Semalam tengah pikir-pikir nak masak apa untuk makan tengahari bila anak balik sekolah nanti, terfikir yang mak angkat dari Singapore baru-baru ni ada belikan pes nasi ayam. Selongkar almari dapur tengok memang ada pes nasi ayam sepeket. Bukak peti ais, ayam pun ada so apa lagi terus lah keluarkan bahan-bahan dan bermulalah resepi nasi ayam paling ringkas dan senang dibuat sebab pes nasi ayam dah ada..aci ke dak? Yang lain-lain kita main campak je bahan yang ada..hehehe.
Resepi Nasi Ayam Paling Ringkas Dan Senang Di Masak
Walaupun ada pes nasi ayam, kalau tak ada halia, tak ada bawang putih tak ada ayam dan bahan-bahan nasi ayam yang lain, memang tak le menjadi nasi ayam ya dak? So memang kena ada le bahan-bahan yang perlu untuk di buat nasi ayam. Jom le tengok bahan-bahan apa yang akak ada untuk nasi ayam ni.
Bahan-bahan nasi ayam :
- Bawang putih (dihiris ikut suka berapa banyak)
- Bawang merah ( dihiris)
- Halia (dicicang atau dihiris)
- Ayam dalam 3 ke 4 ketul.
- Minyak masak
- Daun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je.
- Beras
Cara memasak :
Panas kan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya. Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand).
Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati. Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri.
Resepi Ayam Kukus Halia
Kalau dah masak nasi ayam, tak ada ayam kukus atau ayam panggang memang le tak sah kan? Nak masak ayam kukus ni simple aje, janji ada halia dan minyak bijan..yang bahan lain-lain tu kita tambah kalau perlu aje.
Ok untuk resepi ayam kukus halia ni :
- Ayam – saya gunakan ayam drummet, itu je yang ada.
- Halia dihiris nipis – saya cincang aje halia ni, kalau dihiris nanti anak saya pilih-pilih dan tolak halia tu ketepi, better saya cincang aje. Lagi banyak lagi bagus, tapi ikut suka yang memasak le!
- Garam secukup rasa
- Minyak bijan – saya letak banyak sehingga naik bau bijan. Kalau tak berapa suka letak 2 sudu pun dah cukup
- Kicap cair – ikut berapa banyak yang anda suka. Saya letak 4 sudu besar.
- Kicap manis sedikit – tak nak letak pun tak apa.
- Serbuk lada hitam dalam 3 susu teh atau ikut suka.
- ** Untuk di masukkan bila nak masak** daun ketumbar untuk mengantikan daun bawang yang tak ada stok dalam rumah ni.
Caranya :
1)Saya gaulkan kesemua bahan-bahan yang di atas bersama ayam, kemudian saya perapkan dan letakkan di dalam peti ais selama sejam.
2)Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. Saya masak dalam 40 min.
Di sebabkan anak saya pun dah balik sekolah, jadi tak sempatlah saya nak buat sambal cili, kuah kicap dan kuah halia. Timun pun tak ada, so makan je nasi ayam dan ayam kukus berserta kuah dari ayam yang di kukus tadi. Tapi anak kata sedap so ok lah tu..hehehe.
Alhamdulillah selamat dah kami sekeluarga menjamu selera dengan hidangan nasi ayam sempoi ni. Kalau nak ikut resepi nasi ayam yang simple ni dipersilakan lah ya! Nak tambah apa-apa yang dirasa perlu pun boleh, ikut aje selera anda. Selamat mencuba!
senangnya..bahan2 pon mudah disediakan..bila masak sendiri boleh makan puas puas..Murni tak pernah cuba resepi ayam tu dikukus..selalunya bakar atau goreng jer..nanti boleh cuba
senangnya.. bahan2 pon mudah disediakan..bila masak sendiri boleh makan puas puas..Murni tak pernah cuba resepi ayam tu dikukus.. selalunya bakar atau goreng jer..nanti boleh cuba
Yummy. I like to eat chicken rice too. Thank you for the recipe.
ayam kukus halia tu!!!
menarik nyer, hanny. aida da printscreen resepi nyer.
betul tu. meskipun now ada pes nasi ayam, mesti jugak nak ada halia dan lain2 kan.
nak naik kan rasa nyer.
Senangnya…kalau SA tambah banyak halia skit..daun bawang kena ada..eh..buat best2 la..nak makan banyak mulut kat rumah tu.
Biasa buat 2 jenis ayam, grill dan steam chicken..bawang goreng jangan lupa..bila dah ada pes nasi ayam ni takde la renyah lagi kan
Senangnya nak buat nasi ayam sis ni. Takde la renyah sangat. Nak tak nak buat je kan?. Dania memang suka makan nasi ayam. Sis pun suka juga makan nasi ayam. Ayam kukus halia tu pun sedapnya lehai….
Ezna menulis…Makan di Muara Sg. Duyung Melaka berbaloi ke?
Senangnya nak buat nasi ayam sis ni. Takde la renyah sangat. Nak tak nak buat je kan?. Dania memang suka makan nasi ayam. Sis pun suka juga makan nasi ayam. Ayam kukus halia tu pun sedapnya lehai….
Ya Allah sedapnya nasi ayam tu malam-malam macam ni lapo kita tengok hehehe nak buat lah lama tak masak nasi ayam. Tapi kita nak yang akak masak boleh tak datang rumah makan heheheheh semua menyelerakan…
Nampak sedap nasi ayam akak ni. Paling best nak buat oun senang dan cepat jer. Nanti nak trylah buat utk famili rasa hehehe
Wow resepi ini memang mudah nak follow dan cuba lar. Not bad at all. Sekarang ni terasa sangat lapar pulak. Too bad saya tak mahir dalam memasak. Kena tunjukkan kat isteri. 🙂
Tekkaus menulis…Russell Taylors Air Fryer-My Honest Review
This chicken rice recipe is really simple and easy to be followed as a guide. Hopefully I can learn to whip out my very own chicken rice one day. I am hungry right now looking at your pictures. 🙂
Tekkaus menulis…Russell Taylors Air Fryer-My Honest Review
Tak pernah lagi saya masak ayam kukus halia ni. Nanti boleh try. Sekarang ni dah bosan asyik repeat masak lauk sama je. And selalu sangat tak ada idea nak masak apa sebab asyik masak je setiap hari.
Emi kalau nasi ayam lagi prefer yang roasted chicken tu berbanding ayam kukus. Tekak lagi suka yang roasted, hehe. Tapi resepi yang akak bagi ni macam mudah. Nanti emi blh cuba jugak
Thanks for the recipe! Senang-senang boleh la try. Kita malas sikit masak nasi ayam sbb macam leceh nak siapkan cili & kicap semua tu. Hahaha
Nampak sedap.. Boleh la cuba resipi nie.. Mesti anak2 AM cuba makan.. Bahan simple n mudah dicari
nasi ayam memang senang dibuat kalau bahan digunakan mudah..kita suka makan nasi ayam..lagi kalau sambal dia aumm..
Wah nasi ayam kukus halia, saya ambil resepinya, terima kasih! 🙂
Ani Haryani menulis…Anak Buahku