Beef Macaroni Spiral Goreng, Macaroni Spiral, Resepi Beef Macaroni, Resepi Mudah Beef Macaroni, Resepi Mudah

Resepi Mudah Beef Macaroni Spiral Goreng

Memang berhajat nak kongsikan resepi beef macaroni spiral goreng ni sebab dah postkan kat youtube. Tangguh punya tangguh sampai terlupa terus..hehehe. Bila anak request nak makan beef macaroni spiral goreng, haaa baru le teringat kisahnya tak berbuat entry ni.

Dah makin umur meningkat ni, macam-macam pulak benda yang lupa. Kalau tak buat entry resepi kat sini..entah-entah akan datang lupa pulak cam mana nak masak nanti. Sebabkan kegemaran anak, so bagus jugaklah resepi ni ada kat sini, nanti boleh le dia ikut cara mak dia masak.

Resepi Beef Macaroni Spiral Goreng

Untuk resepi ni, tak lah susah mana pun nak masak. Janji ada bahan-bahan semua boleh jadi. Ok, jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara masakan untuk resepi ini.

Resepi Mudah Beef Macaroni Spiral Goreng

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Macaroni Spiral – direbus hingga masak
  • Cauliflower
  • Tomato – dipotong dadu
  • Carrot – dipotong dadu
  • Capsicum – dipotong dadu
  • Bawang putih – dicincang
  • Bawang besar – dipotong dadu
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daging kisar
  • Olive oil – untuk memasak
  • Creamy garlic atau serbuk garlic
  • Black papper
  • Garam secukup rasa

Cara masak :

Panaskan minyak olive oil terlebih dahulu ikut sukatan anda, tapi jangan pulak terlebih minyak, meladun pulak minyak nanti..hehehe. Bila minyak dah panas, tumis bawang putih hingga naik baunya, lepas tu masukkan pula bawang merah dan juga carrot.

Bila carrot dah lembut sedikit, masukkan pula capsicum, dikacau rata kemudian masukkan daging kisar. Bila dah rasa-rasa daging tu dah masak, masukkan serbuk garlic, garam dan serbuk garlic. Kemudian masukkan tomato dan juga cauliflower.

Akhir sekali masukkan macaroni spiral yang telah direbus. Kacau hingga sebati. Nak lagi sedap, masukkan daun bawang yang dipotong halus, kalau tak nak pun tak apa, tetap sedap. Dah masak boleh lah dihidang, boleh dimakan panas-panas atau sejuk tak ada masalah.

Senang sangat resepi Beef Macaroni Spiral Goreng ni, rasanya semua orang boleh buat. So mana yang tak ada idea nak masak apa tu, bolehlah cuba resepi ni ok. Saya pun ada buat video untuk resepi ni, kalau rasa lebih senang melihat dari membaca, boleh lah tonton video di bawah ni.