Cara Masak Kung Pao Chicken, Kung Pao Chicken, MasFood, Pes Instant, Pes Instant MasFood, Pes Kung Pao Chicken, Resepi Chicken

Resepi Kung Pao Chicken Paling Senang Dimasak

Bila akak sharekan akak masak kung Pao Chicken, ada yang bertanya resepi, so kali ni akak sharekan resepi paling senang dan cepat yang tak perlukan bahan-bahan yang rumit untuk dimasak.

Sesekali bila terasa nak makan makanan cina, kena cari yang halal, bukannya tak ada tapi nak cari yang halal di area akak duduk ni bukannya senang. Jadi jalan terbaik kita buat sendiri, haa senang cerita.

Macam mana nak masak kalau tak tahu macam mana cara orang Cina masak dan tak tahu pun resepi dia? Alaaa apa nak susah, sekarang ni semua dah senang, macam-macam masakan kita boleh buat dengan adanya pes instant yang ada bermacam-macam jenis masakan. Cakap aje masakan apa korang nak, semua ada..hehehe.

So untuk resepi Kung Pao Chicken ni akak hanya gunakan pes dari MasFood. Apa brand yang ada di kedai dan yang halal itu yang akak akan beli.

Cara Masak Kung Pao Chicken, Kung Pao Chicken, MasFood, Pes Instant, Pes Instant MasFood, Pes Kung Pao Chicken, Resepi Chicken

Resepi Kung Pao Chicken 

Untuk resepi ini, bahan yang diperlukan adalah :

  • Pes MasFood Kung Pao Chicken
  • Bawang Besar di hilis besar (2 biji)
  • Bawang putih dihiris (5 biji)
  • Cili kering dalam 10 batang (ikut suka)
  • 2cm halia dihiris halus
  • Soya sos (dalam 1 sudu)
  • Serbuk perasa ayam
  • Minyak bijan (1 ke 2 sudu)
  • Ayam dalam 400g
  • Kacang gajus.
  • Air secukupnya
  • minyak masak dalam 3 ke 4 sudu makan.

*boleh masukkan daun bawang dan juga capsicum (akak bahan ni tak ada so tak masukkan untuk resepi kali ini)

Cara masak :

Ayam diperap dengan pes Kung Pao Chicken. Akak perap dalam 1 jam. Panaskan kuali dan tumis cili kering terlebih dahulu, kemudian masukkan bawang putih dan halia. Bila bahan goreng dah masak kekuningan masukkan pula perapan ayam ke dalam kuali, kemudian ditutup sebentar.

Cara Masak Kung Pao Chicken, Kung Pao Chicken, MasFood, Pes Instant, Pes Instant MasFood, Pes Kung Pao Chicken, Resepi Chicken

Bila ayam dah separuh masak, masukkan pula bawang besar dan tumiskan seketika. Masukkan air ikut berapa banyak yang korang nak, ada yang nak kuah lebih dan ada yang nak kering sedikit.

Kemudian masukkan serbuk perasa, sos tiram dan juga minyak bijan sedikit (minyak bijan ni kalau korang tak nak letak pun tak apa) tapi akak suka letak untuk dapatkan rasa dia..hehehe.

Last sekali bolehlah letak daun bawang, capsicum dan kacang gajus. Dah masak bolehlah siap dihidang dan dimakan dengan nasi panas-panas, fuhh terangkat. Haaa…senang ke idok resepi Kung Pao Chicken ni? Adanya pes..macam-macam boleh jadi..hehehe.

Selamat mencuba dan selamat menikmati hidangan Kung Pao Chicken!