Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Resepi, Kari Ayam Tanpa Santan, Kari Ayam Pekat, Kari Ayam Sedap, Kari Ayam Tanpa Santan Pekat, Masak Kari Ayam, Resepi Kari Ayam Mudah

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Paling Sedap Dan Pekat

Kebanyakkan masyarakat melayu ataupun baba nyonya, kalau masak kari mesti nak kena letak santan. Saya dulu-dulu pun mak saya ajar masak kari ni mesti nak letak santan juga, kalau tak ada santan memang tak akan masak kari.

Tapi sejak saya diperkenalkan dengan makanan India/Mamak, dan anak saya pun suka gila kari diaorang ni, maka lama kelamaan cara masakan saya pun berubah. Dok pikir asyik makan kari india/mamak kat luar dan harga pun bukannya murah dah sekarang ni, baik saya belajar buat sendiri di rumah. Bila teringin boleh buat je sendiri di rumah.

Maka gigih lah mama ni dok belajar masak sampai mahir. Apa yang penting masakan kari saya sekarang ni pekat walaupun tidak menggunakan santan, selalu sangat gunakan santan dalam masakan kita, tak baik juga untuk kesihatan.

Ramai juga yang minta pada saya resepi kari ayam tanpa santan ni, so di sini saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara masak kari ayam tanpa santan paling sedap dan pekat ini.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Resepi, Kari Ayam Tanpa Santan, Kari Ayam Pekat, Kari Ayam Sedap, Kari Ayam Tanpa Santan Pekat, Masak Kari Ayam, Resepi Kari Ayam Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan :-

  • Ayam
  • 2 biji bawang merah ( dihiris atau dikisar)
  • Bawang putih ( dicincang atau dikisar)
  • Halia ( dicincang atau dikisar)
  • 1 biji tomato ( dibelah 4 atau dipotong dadu)
  • Kacang panjang ( anda boleh gunakan kentang/karot ikut suka)
  • Cili boh ( kalau tak nak cili boh boleh gunakan cili kering beberapa batang)
  • Bunga cengkih dalam 7 ke 8 kuntum
  • 2 batang kayu manis
  • 3 ke 4 bunga lawang
  • 9 ke 10 biji pelaga
  • Rempah coriander (dalam 2 sudu besar)
  • Rempah kari dalam (dalam 6 sudu besar)
  • Serbuk cili (ikut kepedasan anda)
  • Garam masala (1 sudu kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Stok ayam (jika perlu)
  • Minyak sapi

Cara masakan :-

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Resepi, Kari Ayam Tanpa Santan, Kari Ayam Pekat, Kari Ayam Sedap, Kari Ayam Tanpa Santan Pekat, Masak Kari Ayam, Resepi Kari Ayam Mudah

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Resepi, Kari Ayam Tanpa Santan, Kari Ayam Pekat, Kari Ayam Sedap, Kari Ayam Tanpa Santan Pekat, Masak Kari Ayam, Resepi Kari Ayam Mudah

  1. Serbuk kari dan halia digaul bersama ayam, dan diperap terlebih dahulu.
  2. Masukkan minyak masak  sedikit dan tumis bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga sehingga naik baunya.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih, kemudian masukkan cili boh ataupun cili kering dan bolehlah masukkan minyak sapi, dibiarkan seketika.
  4. Langkah seterusnya, masukkan ayam yang telah diperap tadi digaul sebati bersama tumisan hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan stok ayam, diikuti serbuk cili, rempah coriander dan garam masala dan juga garam ikut rasa anda. Biarkan semua campuran ini di masak sehingga pecah minyak.
  6. Bila dah pecah minyak barulah masukan air sedikit demi sedikit (jangan terus masuk banyak sebab kuah ni kalau terlebih dah susah nak kurangkan, tapi kalau masuk sedikit demi sedikit bila pekat kita boleh tambah air)
  7. Kemudian masukkan kacang panjang (ataupun kentang, kalau masukkan kentang kena biar lama sedikit).
  8. Bila ayam dan kentang dah benar-benar masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Haa banyak jugak kan bahan-bahan untuk resepi kari ayam ni? Bahan yang di atas ni apa yang saya masak sekarang dan bahan-bahan yang ada dalam simpanan saya, actually ada lagi 2 ke 3 bahan yang sepatutnya saya letak jugak, tapi tak apa..rasanya tetap ada.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Resepi, Kari Ayam Tanpa Santan, Kari Ayam Pekat, Kari Ayam Sedap, Kari Ayam Tanpa Santan Pekat, Masak Kari Ayam, Resepi Kari Ayam Mudah

Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya tak masukkan daun kari kan? Actually daun kari ni hanya untuk dapatkan bau aje..kalau tak ada pun tak apa. Masa saya ke India dulu pun..tengok masakan kari diaorang pun tak ada pulak letak daun kari, tapi terpulang pada anda nak letak atau tak.

Setiap orang ada cara masakan masing-masing, ikut hati dan rasa anda sendiri. Kalau nak tambah bahan apa yang anda inginkan, terpulang…janji jadi kari dan rasa kari..hehhe.

Pada saya resepi kari ayam tanpa santan ni memang dah jadi satu kemestian dibuat bila tetiba teringin nak makan kari. Kalau anda pun teringin nak cuba makan kari tanpa santan, bolehlah cuba resepi yang saya buat ni.

Kari ayam tanpa santan ni juga sedap di makan bersama roti canai, chapati ataupun roti biasa. So apa lagi, jom lah cuba buat sendiri di rumah dan nikmati keenakkan kari ayam tanpa santan ni bersama keluarga anda.

Jangan lupa subscribe youtube saya juga ya [ https://www.youtube.com/HannyAbdullah ]