Green Curry Chicken, Green Curry Chicken Ala Thai, Masakan Thai, Pes Green Curry, resepi, Resepi Ala-Ala Masakan Thai, Resepi Pes Green Curry

Resepi Green Curry Chicken Paling Sedap Dengan Pes Buatan Sendiri

Apa yang anak kita suka makan, sebolehnya kita akan cuba buat, kalau tak tahu kita belajar sehingga menjadi dan sedap. Bila dia suka sesuatu makanan tu, dia akan makan banyak dan berselera.

Kali ni akak nak kongsikan resepi Green Curry Chicken iaitu lauk kegemaran anak akak. Anak akak ni, bila dia dah suka satu-satu lauk tu, memang dia akan repeat tak jemu-jemu. Bila dia dah suka dengan green curry chicken, kalau boleh selalu nak ajak kita ke restoran Thai. Kopak lah mak dia kalau nak makan selalu.

Sebab tu lah dengan penuh semangat akak dok belajar resepi Green Curry ni. Bila dah tahu buat, sesekali atas permintaan dia, kita turutkan.

Actually cara masak dia tak lah susah mana pun, cuma bahan dia aje susah nak dapat di kawasan akak ni, macam daun ketumbar..tak selalu ada, kalau tak ada jadi kuranglah rasa dia sikit. Selalunya bila bahan cukup, baru seronok nak masak dan barulah sedap rasanya.

Bila bahan-bahan ada, akak akan buat pes green curry ni banyak-banyak, simpan dalam freezer untuk masakan yang akan datang, so bila nak masak dah ada pes yang kita buat sendiri. Macam tu jugak kalau buat masak lemak cili padi, akak akan buat lebih pes dia banyak-banyak, cara ni senang bagi akak.

Nak pakai pes green curry yang dah siap jual kat kedai pun boleh aje, tapi lain lah rasanya sikit, terpaksa jugak campur bahan-bahan lain untuk tambahkan kesedapan. Cuma bila time-time malas, akak gunakan jugak pes ready made ni..hehehe.

Bahan Untuk Pes Green Curry

Green Curry Chicken, Green Curry Chicken Ala Thai, Masakan Thai, Pes Green Curry, resepi, Resepi Ala-Ala Masakan Thai, Resepi Pes Green Curry

  • 1 batang serai, hiris halus (senang nak blend nanti)
  • Cili hijau dan cili padi (ikut kepedasan yang korang nak)
  • 2 biji bawang besar di potong kecil.
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 susu besar halia yang telah dicincang.
  • 2 pokok daun ketumbar, cuci bersih bersama akar dia sekali tau.
  • 1 genggam daun selasih
  • 1/2 camca teh serbuk jintan manis
  • 1 camca teh serbuk ketumbar
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • 3 camca besar sos ikan
  • 1 inci belacan, dibakar
  •  jus limau nipis ikut kemasaman yang korang nak.
  • 1 camca besar gula perang (kalau ada gula melaka lagi bagus)
  • 3 camca santan.
  • Sedikit air

Cara masak pes :-

Pes Kari Hijau

Bahan-bahan diatas di kisar halus, kemudian panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi kedalam minyak yang telah panas, kacau sebati. Bila dah terbit minyak bolehlah diangkat.

Asingkan mana yang nak dimasak dan yang nak dimasak kemudian. Lebihan tu korang kena sejukkan dahulu baru simpan dalam freezer. Boleh tahan lama kalau disimpan dalam freezer, akak akan asing-asingkan dalam beberapa bekas, senang nak masak terus ambil yang telah diasingkan.

Bahan untuk masakan Green Curry Chicken

Ayam yang diperap terlebih dahulu dengan pes

  • Ayam
  • Pes yang telah kita masak
  • Minyak masak
  • Terung bulat (kalau ada terung pipit lagi sedap)
  • Kacang panjang
  • Serai
  • Cili padi dan hijau di belah 2
  • garam
  • jus limau
  • sos ikan
  • stok ayam
  • daun selasih
  • santan

Cara masakan green curry chicken :

Ayam yang telah di potong, di gaul bersama 5 sudu besar pes green curry yang telah siap di masak tadi, selebihnya simpan dalam freezer. Perap selama 20 minit dalam peti sejuk.

Panaskan kuali, masukkan serai dan biarkan sehingga naik wangi, kemudian masukkan pes green curry sebanyak ikut berapa banyak yang korang nak. Pes ni dah masak so tak payah nak masak lama-lama, dah naik bau, masukkan ayam yang telah diperap tadi.

Cara masakan kari hijau Thai

Tutup kuali, dan biarkan hingga menggelegak. Dah rasa-rasa ayam tu nak masak, masukkan cili padi, cili hijau, terung bulat, kacang panjang dan tambah garam, stok ayam, jus limau, sos ikan serta santan. Biarkan dia menggelegak lagi tapi hendaklah dikacau sentiasa, dah masak masukkan dauh selasih.

Masakan Thai, Pes Kari Hijau, resepi, Resepi Ala-Ala Masakan Thai, Resepi Pes

Bila masak green curry chicken ni, satu rumah tau bau sedap. Sure orang lalu depan rumah kembang-kembang hidung sebab bau yang sedap ni..hehehe. Dah siapa masak, apa lagi.. hidang le, makan dengan nasi panas-panas, perghh bertambah-tambah anak akak makan uoll…hehehe.

Apa macam, senang tak resepi green curry chicken ni? Kalau korang ikut resepi ni dan tak jadi, jangan putus asa ya, buat dan buat lagi, cuba tambah apa-apa yang patut untuk mendapatkan selera korang. Maklumlah selera kita ni mana nak sama, so pandai-pandai lah ubah itu ini sikit.

Jom Follow :

INSTAGRAM | FACEBOOK