Baru-baru ini saya berkesempatan meghadiri Raya Launch Event Di Quill City Mall Bersama Anak Yatim Baitul Ehsan . Kami juga dapat bersama-sama berbuka puasa bersama anak-anak yatim tersebut.

Raya Launch Event , Quill City Mall , Anak Yatim Baitul Ehsan

Bersemperna dengan pelancaran kempen Ramadhan dan Hari Raya Quill City Mall ini kanak-kanak bertuah ini dapat merasai berbuka puasa di luar dan dapat pula membeli belah barangan hari raya seperti kanak-kanak lain.

Alhamdulillah, begitu ramai yang prihatin terhadap kebajikkan anak-anak yatim sekarang ini.

Raya Launch Event Di Quill City Mall Bersama Anak Yatim Baitul Ehsan

Raya Launch Event, Event di Quill City Mall Bersama Anak Yatim Baitul Ehsan

Kerseronokkan diwajah kanak-kanak ini kelihatan sebaik mereka tiba ke pusat belah-belah City Mall ini. Mereka diberi RM200 untuk berbelanja di AEON, salah satu penyewa utama pusat beli belah tersebut, kemudian mereka diraikan dengan persembahan MUD- Our Story Of KL yang merupakan sebahagian daripada inisiatif pelancaran.

Persembahan MUD Di Quill City Mall, Raya Launch Event Di Quill City Mall Bersama Anak Yatim Baitul Ehsan

Selain itu anak-anak bertuah ini juga mendapat hadiah dan duit raya dari pihak Quill City Mall dan disampaikan oleh Dato’ Michael Ong, Executive Director of the Quill Group of Companies.

Raya Launch Event, Di Quill City Mall Bersama Anak Yatim Baitul Ehsan

Selepas berbuka puasa mereka juga turut mendapat hadiah dan cenderahati dari 5 penyewa pusat beli belah tersebut iaitu Mammamia Gelato, Boost Juice Bar, The Coffee Bean & Tea Leaf, Devotion and Penang Famous Teo Chew Chendul.

Semasa berbuka puasa saya dapat beramah mesra dengan anak-anak bertuah ini. Terharu saya melihat anak sekecil 2 tahun telah di tinggalkan oleh ibu-bapa mereka. Alhamdulillah masih ada juga insan yang amat prihatin terhadap nasib anak-anak kecil ini iaitu Tuan Haji Omar dan isteri Puan Ummi Azizah iaitu penggasas Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan ini.

Raya Launch Event Di Quill City Mall Bersama Anak Yatim Baitul Ehsan

Raya Launch Event Di Quill City Mall Bersama Anak Yatim Baitul Ehsa

Jika anda ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan anda bolehlah pergi ke Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan ini. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran kita, terhibur juga anak-anak ini.

Buat penggunjung yang pergi membeli belah ketika di bulan Ramadhan ini, terdapat banyak outlet yang ada di dalam shopping mall ini dan anda juga tidak perlu risau untuk mencari tempat berbuka puasa kerana terdapat 60 kedai makan di dalam bangunan City Mall dengan berbagai jenis pilihan.

Raya Launch Event Di Quill City Mall Bersama Anak Yatim Baitul Ehsa

Sambil-sambil bershopping anda juga boleh menyaksikan persembahan musical dari MUD – Our Story Of KL setiap jam 5.30pm, setiap hari Jumaat, sabtu dan ahad sehingga 12hb July ini.