TV ALHIJRAH, RAPATKAN SAF, RAMADAN BULAN RAPATKAN SAF, Ramadan 2018, Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi TV ALHIJRAH

RAMADAN BULAN RAPATKAN SAF TV ALHIJRAH

TV AlHijrah kembali menemui penonton pada Ramadan 1439H ini dengan menghidupkan semula tema Ramadan yang lalu iaitu Rapatkan Saf.

Tema Rapatkan Saf Ramadan 1439H ini tidak datang hanya sebagai slogan, namun tema ini dilihat kekal releven sebagai iktizam dan tekad sebuah stesyen televisyen berkonsepkan Islam untuk menyatukan ummah dalam menghayati erti Ramadan serta  menggerakkan fizikal dan minda para penonton kearah kejayaan dalam perjuangan mereka di bulan yang mulia ini.

Oleh yang demikian, TV AlHijrah menyusun strategi yang komprehensif untuk menyajikan program- program terbaik yang mampu menyemarakkan Ramadan semua.

Lima Sajian Eksklusif Rancangan-Rancangan Dari Pelbagai Genre Di TV ALHijrah

Ramadan tahun ini memperlihatkan susunan strategik rancangan-rancangan TV AlHijrah dengan mengambil kira komen serta permintaan penonton pada ramadan yang lalu.

Antara rancangan baru yang diperkenalkan ramadan ini adalah seperti Jalan Amanah, Siri Animasi Farhaa, Kapsul Majlis Hafazan Antarabangsa 2018, Selingan Hasrat, Masjid Ke Masjid dan lain-lain.

Namun begitu, lima program utama yang dipilih stesen ini dan dijangka bakal mendapat tontonan tertinggi adalah Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi.

Seruan Berzakat

Setiap Isnin | 6.30 petang

Sepanjang Ramadan ini, penonton akan dipandu untuk memahami perihal Zakat menerusi Lembaga Zakat Kedah. Rancangan ini akan membawa penonton menelusuri sejarah bermulanya era pengenalan pembayaran zakat sebagai sebuah institusi negeri. Turut dimuatkan peranan institusi zakat terhadap lapan golongan asnaf di negeri Kedah.

The Chosen

TV ALHIJRAH, RAPATKAN SAF, RAMADAN BULAN RAPATKAN SAF, Ramadan 2018, Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi

Setiap Isnin | 6.30 petang | Mulai 11 Jun 2018

The Chosen adalah sebuah dokumentari Bahasa Inggeris terbitan dalaman TV AlHijrah.

Menerusi rancangan ini, penerbit rancangan iaitu saudara Fitri Musa akan berkongsi kisah dilema, trauma dan harapan masyarakat Palestin di Lubnan yang masih lagi dinafikan hak kemanusiaan mereka walaupun sudah menetap di negara itu selepas terjadinya peristiwa Nakbah sekitar tahun 1948.

Dokumentari ini juga akan mengimbas semula tragedi pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila pada sekitar tahun 1982 menerusi kaca mata mangsa yang melalui sendiri peristiwa pahit tersebut.

Cooking With Colors

TV ALHIJRAH, RAPATKAN SAF, RAMADAN BULAN RAPATKAN SAF, Ramadan 2018, Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi

Setiap Hari | 5 Pagi, 10 Pagi, 11.30 Pagi, 4 Petang, 5.15 Petang.

Cooking With Colors adalah sebuah program masakan yang dihoskan oleh Chef Shahrim, seorang chef bertaraf antarabangsa, juga seorang doktor dan pelukis.

Berbeza dengan program masakan yang disiarkan sebelum ini, Chef Shahrim akan menggabungkan seni masakan dan seni lukisan dalam persembahan beliau.

Menarik sekali apabila Chef Shahrim akan terlebih dahulu melukis gambar menu masakan yang akan beliau sediakan.

Seterusnya, penonton akan dibawa bersama-sama ke pasar-pasar terpilih untuk membeli bahan mentah. Chef akan berkongsi tips-tips pemilihan bahan mentah yang terbaik.

Pelbagai tempatan dan antarabangsa yang mudah dan cepat untuk disediakan pada bulan Ramadan istimewa untuk penonton TV AlHijrah.

Poket Akhirat

Setiap Jumaat & Sabtu| 6.30 Petang

Poket Akhirat adalah sebuah rancangan berbentuk drama dokumentari tajaan Lembaga Zakat Kedah yang berkongsi kisah golongan asnaf dalam meneruskan kehidupan seharian menggunakan sumbangan zakat.

Penonton berpeluang untuk memahami secara mendalam tentang fungsi dan peranan agihan zakat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi kepada umat Islam khususnya di negeri Kedah.

Iringan Ilahi

Setiap Selasa| 6.30 Petang

Iringan Ilahi adalah sebuah program travelog dakwah kendalian Ustaz Ashraff Suarin yang disiarakan setiap Selasa, jam 6.30 petang.

Sambil menikmati keindahan alam, Ustaz Ashraff Suarin akan mengambil pendekatan berbeza dalam mendekati Umat Islam Malaysia yang keciciran dari arus perdana.

Antara yang disantuni Ustaz Ashraff Suarin adalah seperti umat Islam yang keciciran antaranya kaum Bajau Laut di Sabah.

Singgahan Abdi

TV ALHIJRAH, RAPATKAN SAF, RAMADAN BULAN RAPATKAN SAF, Ramadan 2018, Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi

Setiap Khamis| 6.30 Petang

Singgahan Abdi membawa penonton menelusuri Kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah Umrah.

Selain daripada penerangan tentang ibadah Umrah, turut dimuatkan dalam rancangan ini adalah tips dan panduan untuk memilih agen perlancongan berdaftar bagi mengelakkan penonton menjadi mangsa penipuan.

ACARA LAPANGAN SEPANJANG RAMADAN

Selain susunan program yang merangkumi pelbagai genre seperti Kerohanian, Majalah, Drama Dokumentari,Travelog, Masakan, TV AlHijrah turut melaksanakan pelbagai aktiviti lapangan untuk penonton setianya.

Antara yang sudah direncanakan adalah Bubur Lambuk, Bubur lambuk Antarabangsa, Qiamulail dan Quran Hour.

Bubur Lambuk

TV ALHIJRAH, RAPATKAN SAF, RAMADAN BULAN RAPATKAN SAF, Ramadan 2018, Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi

Tradisi pengagihan bubur lambuk di bulan Ramadan diteruskan untuk tahun ketiga. Sebanyak sepuluh trak saji akan bergerak dari AlHijrah Big Studio (ABS) menuju ke enam destinasi setiap hari  bagi mengedarkan 7000 bungkusan bubur lambuk.

Sedikit kelainan, pada tahun ini, bubur lambuk resepi turun temurun Restoran Pak Monek Kampung Baru akan dimasak secara bergotong royong setiap hari di AlHijrah Big Studio (ABS).

Program edaran bubur lambuk TV AlHijrah ini turut mendapat kerjasama Persatuan Foodtruck Putrajaya, Persatuan Food Truck Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.

Bubur Lambuk International

TV ALHIJRAH, RAPATKAN SAF, RAMADAN BULAN RAPATKAN SAF, Ramadan 2018, Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi

Pada tahun pertama diperkenalkan program bubur lambuk international, hanya lapan negara sahaja dipilih sebagai lokasi agihan sepanjang Ramadan.

Namun begitu, atas respons positif dan sambutan hangat masyarakat luar negara, krew Bubur Lambuk International akan menjelajah keempat belas buah negara baru pada Ramadan kali ini.

Negara-negara tersebut adalah Morocco, Korea, Indonesia, Perancis, Ethiopia, Jordan, Turki, Scotland, Mekah, Rusia, Oman, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat.

TV AlHijrah, Bubur Lambuk, Morocco

Aktiviti yang mampu mengeratkan ukhwah umah, melipat gandakan pahala, serta mempromosikan makanan tempatan Malaysia ini mendapat sokongan penuh pihak Kedutaan Malaysia, pelajar-pelajar universiti dan juga penduduk tempatan.

Qiamullail

TV AlHijrah turun padang untuk bersama penonton setia TV AlHijrah bagi mengimarahkan sepuluh malam terakhir Ramadan.

Qiamullail yang dibawakan secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan dilaksanakan pada Sabtu, 9 Jun 2018 bermula jam 3 pagi hingga 8 pagi.

Antara pengisian yang telah dirancang adalah termasuk memberikan pengisian rohani  seperti Majlis Tazkirah sebelum Berbuka Puasa, Solat Terawih berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Solat berjemaah, Sahur dan Kuliah Subuh.

Selebriti TV AlHijrah turut turun padang untuk sama-sama merapatkan saf.

World Quran Hour

Bacaan al-Quran secara beramai-ramai akan dilaksanakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H.

Acara yang digerakkan oleh Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini akan disiarkan di stesen TV AlHijrah

Program ini mampu menggalakkan umat Islam untuk lebih menghayati Al Quran sekaligus membuka mata orang bukan Islam akan keindahan Islam serta amalannya.

*Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat TV AlHijrah