newalbum, dayangnurfaizah, separuhmatikubercinta, lelakiteragung, dipintusyurga, dayangsayangkamu, indigitalmusic, Sesi Ramah Mesra, Projek Travel, Live Bersama Dayang Nurfaizah

Sesi Beramah Mesra Dayang Nurfaizah Bersama Blogger

Siapa yang tak kenal Dayang Nurfaizah, seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Balada, R&B dan Soul serta mempunyai kekuatan vocal dan kelunakkan suara yang tersendiri, membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar nyanyianya pasti terpesona.

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty yang kini berumur 36 tahun dan telah berada dalam bidang nyanyi selama dari umurnya 15 tahun. Walaupun telah lama dalam industri seni tanahair, tapi nama beliau masih berada di puncak dan tidak tengelam dengan kedatangan penyanyi-penyanyi baru dipersada seni ini.

newalbum, dayangnurfaizah, separuhmatikubercinta, lelakiteragung, dipintusyurga, dayangsayangkamu, indigitalmusic, Sesi Ramah Mesra, Projek Travel, Live Bersama Dayang Nurfaizah

Di mata saya, Dayang Nurfaizah ini memang satu nama besar yang mempunyai bakat nyanyian yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Sebagai peminat Dayang , bila di beri kesempatan untuk bertemu beliau dalam sesi beramah mesra Dayang Nurfaizah Bersama Blogger, memang saya teruja sangat-sangatlah dibuatnya..hehehe.

newalbum, dayangnurfaizah, separuhmatikubercinta, lelakiteragung, dipintusyurga, dayangsayangkamu, indigitalmusic, Sesi Ramah Mesra, Projek Travel, Live Bersama Dayang Nurfaizah

Bukan senang nak jumpa penyanyi yang sentiasa sibuk ini, so terima kasih banyak-banyak kepada Indigital Sdn Bhd dan Projek Travel kerana sudi menjemput saya dan memberi peluang kepada saya bertemu penyanyi kesukaan saya ini.

Sesi Beramah Mesra Bersama Dayang Nurfaizah

Sesi ramah mesra bersama Dayang Nurfaizah bersama blogger telah di adakan di Metropolitan Square anjuran Indigital Sdn. Bhd. 

Orangnya lemah lembut, manja serta ramah berbicara. Mula-mula rasa malu-malu kucing jugak, almaklum petama kali berdepan dengan Dayang secara berdepan, tapi Dayang pandai berbicara sehingga kami semua berasa selesa berbual bicara bersama beliau.

Serious seronok pulak saya berjumpa Dayang Nurfaizah ni. Tiada berlagak Diva dan tiada protokol yang harus diikuti. Bebas untuk berkata apa dan soal ajelah apa yang nak disoalkan, pasti dibalas dengan lemah lembut.

Baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang Juara lagu, Anugerah Juara Lagu Ke-31 dengan mengangkat lagu Lelaki Teragung, kini Dayang teruja bercerita mengenai single terbarunya iaitu Separuh Mati Ku Bercinta yang akan dimuatkan dalam album beliau terkini.

Kali ini sekali lagi beliau telah bekerjasama dengan komposer popular Ajai setelah lebih 16 tahun tidak bekerjasama. Selain Ajai, album yang memuatkan 13 lagu ini turut menggunakan khidmat beberapa komposer lain seperti Hazami dan Aizat. Dayang juga turut terbabit secara langsung dalam pembikinan album tersebut.

newalbum, dayangnurfaizah, separuhmatikubercinta, lelakiteragung, dipintusyurga, dayangsayangkamu, indigitalmusic, Sesi Ramah Mesra, Projek Travel, Live Bersama Dayang Nurfaizah

Menurut kata beliau, beliau mahu peminat berpuashati dengan album tersebut. Beliau juga tidak sabar bertemu peminat untuk mempersembahkan buah tangan terbaru ini.

Live Bersama Dayang Nurfaizah

Kami yang hadir pada sesi beramah mesra Dayang Nurfaizah bersama Blogger amat bertuah kerana Dayang sudi untuk menyanyikan singe terbaru beliau secara live dihadapan kami. Waduhh terpesona betul dengan kelunakkan suara beliau. Sebijik suara macam dalam album. Anda dengarlah sedikit rakaman yang sempat saya lakukan ya, ada sedikit nyanyi beliau yang sempat saya rakam.(kalau nak dengar penuh kenalah beli album dia..hehehe).

SESI BERAMAH MESRA BERSAMA DAYANG NURFAIZAH

#dayangnurfaizah #sesiberamahmesra #artismalaysia #sing #artist #BloggerMalaysia #blogger #lifestyleblogger #diarymama

Posted by Hanny Abdullah on Thursday, May 25, 2017

Di akhir mahlis sempat juga Dayang beri buah tangan terbaru beliau kepada kami semua yang hadir…muahhh ni yang sayang Dayang lebih ni..Dan jangan lupa juga dengar ucapan Dayang buat semua peminat Dayang dalam video di bawah ini!

 

Moga Dayang terus maju dalam bidang yang diminati dan berikan yang terbaik buat peminat Dayang. Sebagai peminat saya akan terus menyokong Dayang!