Assalamualaikum…

Entry kali ini saya membahasakan disaya sebagai “aku”. Walau kedengaran kasar tapi menyedapkan penulisan ini.
Ramadhan kali ini betul-betul mengguris menghiris dan memilukan jiwa keibuan ku. Masuk tahun ni dah 5 tahun aku tidak dapat bersama menyambut Rhamadhan bersama-sama kedua anak lelaki aku.

 

Memang terasa sunyi dan sepi tanpa mereka. Permulaan Ramadhan hari itu aku dah menulis perihal betapa rindunya aku pada mereka. Tapi kali ini di ambang nak menyambut raya aku nak bercerita pula perihal anak lelaki aku yang kedua.
Kenapa aku nak bercerita pasal dia!!!
Kerana setelah sekian lama beliau tak menghubungi aku ( selalu aku yang pergi berjumpa dia di sekolah) tiba-tiba Ramadhan kali ini dia call aku. Masuk hari ini dah 3 kali dia call aku.
Ya Allah aku bersyukur sangat dia call aku, itu lah yang aku selalu doakan agar dia ingatkan aku.
Cuma aku sedih kerana dia sedih. Dia kata dia rindu sangat dekat aku dan adik dia ini. Walaupun aku ada berjumpa dia baru-baru ini tapi dia kata dia rindukan aku , rindukan saat kami bersama-sama.
Dia kata lagi yang dia rindukan pelukan aku dan rindukan masakan aku. Ya Allah…kata-kata dia buat aku terharu sangat , tak boleh nak aku gambarkan bagaimana kesedihan aku tika ini. Kami saling menangis mengenangkan nasib kami yang terpisah begini.
Mama tahu akan kerinduan yang kau alami anak Ku. Mama tahu betapa sunyinya kau disana tanpa belaian Mama. Tapi ketahuilah anak Ku, mama juga turut alami perasaan yang sama. Sentiasa merindui kalian berdua. Sentiasa terbayang di ruang mata ini wajah kalian berdua setiap masa dan ketika.
Anakku..berdoalah sayang agar terbuka pintu hati orang-orang yang memisahkan kita membenarkan kita berjumpa dan anak mama boleh tidur bersama mama, makan bersama mama serta bergurau senda bersama-sama. Berdoalah satu hari kita dapat hidup bahagia bersama seperti
dahulu.
Tika ini dan disaat ini, hati mama meronta-ronta untuk pergi kepada kalian berdua dan memeluk anak mama. Memujuk anak mama agar tidak bersedih hati, agar tidak merasa sunyi. Tapi mama tidak ada kuasa untuk berbuat begitu.
Maaf kan mama sayang…ampunkan  mama kerana mama tidak dapat menjaga kalian dengan sempurna.
Mama harap anak mama kuat ya…jangan sedih-sedih. Terima semua ini sebagai dugaan hidup yang harus kita tempuhi.
Jangan sesekali lupakan mama dan adik kerana kami berdua tak pernah melupakan kalian berdua.
Ya Allah…kau satukan lah kami semula Ya Allah…kerana anak-anak aku memerlukan aku sebagai ibu mereka.
Kepada yang beria-ia memisahkan ibu dan anaknya ini….Dimana engkau ketika anak-anak terasa kehilangan? Dimana engkau ketika anak terasa kesunyian.

  • Janganlah pandai nak memisahkan tapi tak tahu nak menjaga. Hanya tuhan sahaja yang membalas perbuatan engkau. Janganlah mementingkan diri dan kepuasan sendiri tapi orang sekeliling terutama anak-anak menderita.

Jangan babitkan anak dalam permasalahan orang-orang dewasa. Anak-anak akan menderita.

Tags : #ramadhan, #ramadhankali ini , # Ramdhanyang mengusik jiwaku