RAMADHAN

RAMADHAN AL-MUBARAK MUNCUL LAGI

BULAN KERINDUAN YANG DINANTI
 BULAN PENUH SERIBU SATU NIKMAT
BULAN PENUH SERIBU SATU RAHMAT

Ramadhan muncul kembali , kerinduan terhadap Ramadhan bakal terubat. Syukur kerana aku masih lagi disini berkesempatan menyambut Ramadhan dengan limpahan nikmat rahmat Allah dalam bulan yang Mulia ini.

Kedatangan Ramadhan kali ini juga seperti sebelumnya pasti mengamit kerinduan aku kepada mereka.
Masih juga terbayang-bayang diruangan mata, kegembiraan aku bersama-sama anak-anak teruna aku, menyambut Ramadhan dengan penuh rasa gembira.
Rindu tak terkata aku kepada mereka kerana masuk tahun ini 5 kali Ramadhan jugaklah aku tidak bersama-sama mereka.
Kalau tidak, hari pertama Ramadhan aku lah orang yang paling sibuk membuat juadah berbuka. Masing-masing ada citarasa masing-masing. Riuh rendah dengan perangai mereka.
Jika ke pasar Ramadhan pasti bermacam-macam yang mereka inginkan…
Semasa nak ke masjid untuk sembahyang Tarawih , pasti mulut aku pulak yang riuh suruh mereka bersiap cepat, dah makan banyak pasti lah susah nak bergerak..hehehe.
Setiap Ramadhan pasti kenangan ini bermain diminda aku. Pengalaman yang tak boleh dibayangkan tapi kenangan inilah yang menghantui hidup aku sepanjang Ramadhan.
Kadang-kadang mengalir airmata mengenangkan..bagaimana mereka tika berbuka, bagaimana mereka tika bersahur. Ya Allah kau permudahkan lah segala urusan anak aku tika menyambut Ramadhan ini. Ya Allah..berilah mereka kekuatan, jua kau berilah aku kekuatan dalam menempuh kenangan-kenangan ini.
Ampunkan mama anak-anak ku, mama tidak dapat menjalankan tanggungjawab mama sebagai seorang ibu, menyediakan keperluan kalian ketika berbuka..ketika bersahur. Bukan mama tak nak buat semua itu…kalian juga mengerti kan kenapa!!!! Mama juga rindu untuk berbuat begitu…
Ya Allah tabahkan hati ku Ya Allah…Hanya engkau yang menggetahui segala isi hati ku ini. Tidak lah dapat lagi aku meneruskan kata-kata kerana terlalu menggundang sebak didada.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik buat mereka dan buat kami seluruh umat Islam dari sebelum-sebelumnya. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat bertarawih.
Tags : Ramadhan Al – Mubarak , Ramadhan mengamit kerinduan , Bulan Ramadhan bulan yang dinanti .