Aloft Kuala Lumpur Sentral, Bulan Ramadan, Jom Berbuka @ Nook, Joms Buka @ Nooks Selera Indonesia, Malaysia Traditional, Nook, Ramadan Buffet 2019,  Selera Indonesia

Ramadan Buffet 2019 – Jom Berbuka @ Nook Yang Bertemakan Selera Indonesia

Jika masih belum membuat apa-apa perancangan untuk berbuka puasa di mana untuk tahun ini, jom berbuka @ Nook, Aloft, Kuala Lumpur.

Ramadan Buffet 2019 kali ini, Nook, mempersembahkan lebih 150 hidangan Indonesia dan Malaysia Traditional yang amat menyelerakan yang disediakan oleh pasukan masakan yang cukup berpengalaman dan makanan akan sentiasa bertukar untuk tetamu nikmati ketika berbuka puasa disana.

Ramadan Buffet 2019 @ Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Bertemakan Selera Indonesia

Aloft Kuala Lumpur Sentral, Bulan Ramadan, Jom Berbuka @ Nook, Joms Buka @ Nooks Selera Indonesia, Malaysia Traditional, Nook, Ramadan Buffet 2019,  Selera Indonesia

Bersesuaian dengan tema Selera Indonesia dan juga makanan traditional Malaysia kegemaran rakyat Malaysia ketika bulan ramadan, maka hidangan utama buffet yang disediakan adalah seperti Kambing Bakar Bumbu, hidangan kambing yang diperap dengan rempah tempatan (kunyit, ketumbar, serbuk cili, halia dan serai). Sebaik sahaja kambing tersebut diperap ia akan dipanggang selama 2 jam untuk mendapatkan daging yang lembut dan juicy.

Terdapat juga hidangan tambahan kegemaran rakyat Indonesia seperti Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng Berempah dan Ikan Bumbu Berempah turut disediakan.

Pembuka selera traditional dan salad citarasa Indonesia akan menjadi sebahagian daripada hidangan buffet sepanjang bulan Ramadan 2019 antaranya Gado-gado, Urap Sayur, Rojak Uleng Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan kuah kacang dan pelbagai pilihan Kerupuk.

Menjadi hidangan tumpuan dan istimewa Nook kali ini adalah Daging Sapi Gongso yang mana daging tersebut di marinate dengan Indonesia sweet and sour sauce, cili merah, dan campuran rempah ratus Asia termasuk cinnamon, cardamon, cumin, anise dan fennel. Daging yang telah diperap akan di rebus selama 3 jam untuk mengekalkan rasa perapan dan kelembutan daging tersebut.

Aloft Kuala Lumpur Sentral, Bulan Ramadan, Jom Berbuka @ Nook, Joms Buka @ Nooks Selera Indonesia, Malaysia Traditional, Nook, Ramadan Buffet 2019,  Selera Indonesia

Daging Sapi Gongso

Terdapat juga pilihan sambal dan Kari Indonesia termasuklah Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi, Sambal Bawang, Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel dan Gulai Masak Lemak Nangka. Pengunjung boleh menikmati hidangan ini bersama dengan Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura dan Nasi Kuning yang menjadi makanan traditional rakyat Indonesia.

Tidak dilupakan juga makanan wajib  kegemaran rakyat Malaysia iaitu Bubur Lambuk, Sup Berempah, Murtabak dan special stall Warung Satay.

Aloft Kuala Lumpur Sentral, Bulan Ramadan, Jom Berbuka @ Nook, Joms Buka @ Nooks Selera Indonesia, Malaysia Traditional, Nook, Ramadan Buffet 2019,  Selera Indonesia

Hidangan Cina, India dan Barat turut dihidangkan antaranya Wok-fried Kam Heong Crab, Stir-fried Black Pepper Beef, Szechuan Style Bean Curd with Minced Chicken, Lamb Vindaloo, Gosh Badami Kurma (Lamb Kurma), Spicy Mutton Masala, Pizza, Jade Fish Picatta with Mexican Com Salsa, Vegetable Lasagna, Pan Seared Fish Fillet dan banyak lagi.

Tidak lengkap rasanya buffet ramadan tanpa pencuci mulut. Terdapat pelbagai pilihan pencuci mulut dari Indonesia, Malaysia dan barat yang pastinya akan menjadi pilihan semua. Antara pencuci mulut yang dihidangkan adalah seperti Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling (palm fruit), Bubur Sumsum (sweet coconut rice porridge), Sago Air Gula dan Kolak Ubi.

Terdapat juga Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Warm Chocolate Brownies, Warm Apple Crumble, Warm Banana Bread dan Butter Pudding serta banyak lagi pilihan yang amat menyelerakan dan sedap-sedap. Rasanya anda kena pergi sendiri untuk merasai segala hidangan yang ada di sini.

Baucar early bird untuk Joms Buka @ Nooks Selera Indonesia akan dijual mulai 1 april – 3 Mei 2019. Baucar berharga RM105 nett setiap baucer untuk pembelian 1 – 35 baucer dan RM95 nett baucer untuk pembelian 36 baucar ke atas. Voucher hanya boleh digunakan untuk tempoh Ramadan 7 Mei – 3 Jun 2019. Pengunjung digalakkan untuk menalipon terlebih dahulu untuk tempahan sebelum ke Nook.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh talipon ke 03-27231188 atau layari : www.aloftkualalumpursentral.com