Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

Peserta Road To Agro Tourism Siri 2 Di Bawa Melawat Pusat Kraftangan Malaysia Cawangan Perak

Peserta Road To Agro Tourism Siri 2 Di Bawa Melawat Pusat Kraftangan Malaysia Cawangan Perak | Dari Kilang Roti Segar, kami semua bergegas pula ke Pusat Krafttangan Kuala Kangsar. Buat mereka yang minat dengan barang-barang kraftangan, jangan lupa singgah di Pusat Kraftangan Malaysia cawangan Perak, di sini terdapat perbagai barangan kraftangan termasuk produk paling terkenal di Kuala Kangsar iaitu Labu Sayong.

Sebelum kita di bawa melawat ke galeri Kraf Warisan, kita di beri taklimat dan ucapan alu-aluan terlebih dahulu daripada Encik Mohd Aizuddin Bin Mohd Naser, Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak.

Pusat Kraftangan Malaysia Cawangan PerakGaleri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

Dalam taklimat yang diberi, Encik Mohd Aizuddin Bin Mohd Naser, Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak turut memberitahu tentang aktiviti semasa tahun 2017. Antaranya adalah :

1)  Kraf Kampung Ku

Projek “Kraf Kampungk” merupakan inisiatif Perbadanan Kraftangan Malaysia untuk membangunkan ekonomi komuniti setempat di bawah program SDSI – produk kraf. Ia berkait rapat dengan produk unik, sejarah, budaya dan identiti sesuatu tempat. Strategi yang digunakan ialah mengukuhkan usahawan mikro serta mempertahapkan usahawan dan pengeluaran serta pemasaran produk kraf. Lokasi pertama yang dipilih ialah SDSI Seramik Kuala Kangsar yang melibatkan 30 usahawan seramik di sekitar Sayong. Tema “Sayong Land Of Clay” menjadi pilihan untuk mengangkat keunikan perusahaan kraf tembikar di Mukim Sayong sebagai satu sumber pendapatn masyarakat setempat.

2) SDSI Trail

SDSI Craft Trail merupakan program untuk mempromosikan projek Kraf Kampungku (KKK) di bawah inisiatif Pasaran dan Promosi kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada pelancong (domestik dan antarabangsa), persatuan pelancong, agen pelancongan serta lain-lain rakan strategik yang boleh menghebahkan dan pemasaran. Perlaksanaan program ini adalah melalui kandungan pakej-pakej lawatan ke lokasi pembuatan dan jualan produk kraf di KKK Seramik, Sayong, Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Lenggong serta lokasi menarik seperti tempat bersejarah, makanan, kebudayaan, rekreasi dan penginapan kampung/inap desa dalam kawasan tersebut.

 3) Komuniti Kraf Baru

Satu bentuk pembangunan komuniti (sedia ada/baru) untuk menghasilkan produk-produk kraf dari kelapa untuk dikembangkan dalam konteks reka bentuk produk baru, pengeluaran dan pemasaran di daerah Bagan Datuk. Program baru ini dikenali sebagai komuniti Kraf Baru (KKB). Projek ini sekaligus menjadikan limpahan kepada beberapa industri lain seperti pelancongan (homestay, lokasi, pelancongan, pantai atau pulau), makanan asas kelapa, pertanian  (sabut kelapa) dan beberapa produk kesihatan, minyak kelapa dara.

 4) Lawatan berpandu ke PKKM Perak

Kraftangan Malaysia Cawanga Perak sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke premis yang terletak di KM40 Jalan Ipoh, Enggor. Para pengunjung berpeluang untuk melihat secara dekat proses penghasilan produk tembikar/seramik yang diusahakan secara berkelompok oleh usahawan kraf yang menyertai skim Inkubator Kraftangan Malaysia. Galeri Warisan turt mengamit pengunjung untuk melihat koleksi tembkar traditional dari seluruh negeri di Malaysia dan koleksi kraf tekat benang emas yang diwarisi sejak zaman berzaman. Selain itu para pengunjung berpeluang untuk mendapatkan perbagai produk hasil kraftangan di Bilik Jualan sebagai cebderahati untuk pengunjung di bawa pulang.

5)  Pendidikan Kraf

Aktiviti pendidikan kraf dianjurkan oleh Unit Pemuliharaan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan menyemai rasa cinta terhadap seni kraf tempatan dalam kalangan pengunjung tidak kira usia. Perbagai aktiviti ditawarkan termasuk penghasilan kraf seramik, mencanting dan mewarna batik.

Selesai ucapan yang di beri, kami di bawa pula melawat demonstrasi teknik pembuatan tembikar, demonstrasi teknik hiasan pemukaan serta demonstrasi pembakaran hitam.

  • Demonstrasi Pembuatan Tembikar

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

  • Demonstrasi Teknik Hiasan Pemukaan

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

  • Demonstrasi Pembakaran Hitam

Saya cukup teruja dengan demonstrasi pembakaran hitam. Baru saya tahu tembikar yang jadi hitam sebegitu kisahnya di bakar dengan api yang benar-benar panas mengikut suhu yang telah ditetapkan. Bila dah jadi hitam memang cantik sangat tembikar tersebut.

Kemudian kami di bawa ke Galeri Kraf Warisan. Terpegun melihat hasil tenunan benag emas serta baju pengantin dan barang-barang yang di tenun dari benang emas.

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

Terkenang terus zaman masa kecil dahulu, sempat lagi melihat abang yang mengenakan baju pengantin dari kain baldu dan haisan bunga hasil dari tenunan benang emas, begitu juga kipas dan bantal tempat akad nikah. Musim berlalu kini saya melihat lagi tapi hanya di galeri sahaja.

Kemudian beralih ke tembikar traditional asli zaman berzaman yang di simpan di sana. Saya berpeluang melihat Labu Sayong asli dahulu kala hingga lah ke Labu Sayong moden. Macam-macam ukiran dari zaman dahulu kala dan keunikkan yang tersendiri di hias dia atas labu-labu yang dipamerkan.

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

Selesai melihat-lihat produk kraftangan yang di pamerkan, kami di bawa pula ke Bilik Jualan. Haa…di sini, siapa yang nak beli produk yang di hasilkan, bolehlah beli di sini, harga yang dikenakan juga amatlah murah.

Di akhir lawatan ke pusat kraftangan Malaysia cawangan Perak kami tidak pulang dengan tangan kosong kerana semua yang hadir telah di beri cenderamata Labu Sayong yang di hasilkan di Pusat Kraftangan Malaysia Cawangan Perak.

Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada Pusat Kraftangan Malaysia Cawangan Perak atas pemberian ini.

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

Galeri Kraf Warisan, Kraftangan Cawangan Perak, Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar, Labu Sayong, Produk Kraftangan, Road To Agro Tourism Siri 2, Tourism Malaysia, Dekat Je, Perak

https://www.facebook.com/kraftangan.perak

https://www.facebook.com/pusatjualankraftanganmalaysiaperak