Selamat hari ibu buat ibu yang kusayangi. Ku tuliskan puisi buat ibu ini semperna hari ibu yang jatuh pada 11hb mei 2014 ini.

Puisi ini mungkin sekadar puisi yang tiada makna yang jika dilihat dari pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan 9 bulan dan menempuh kesakitan melahirkan , tetapi puisi ini menceritakan betapa kecintaan saya terhadap ibu yang baru kini dapat ku kecapi dan dirasai.

 

Puisi Buat Ibu | Selamat Hari Ibu , Selamat Hari Ibu , Puisi Buat Ibu , Hari Ibu

Selamat Hari Ibu , Jasamu yang menggandung dan melahirkan akan ku kenang hingga kehujung nyawa.

 

PUISI BUAT IBU

 

PADA IBU KU..

AMAT KU RINDUI KEHADIRANMU..

AMAT KU MENGHARAP BELAIAN DARIMU..

SEDARI KECIL TIDAK PERNAH KURASAI..

KERANA KITA TELAH DIPISAHKAN SEJAK KU MASIH BAYI.

 

SETELAH LAMA KU MENCARI..

BARU KINI KU SEDARI YANG KITA MEMPUNYAI IKATAN DIHATI..

IKATAN YANG SEBENARNYA IKATAN ABADI..

YANG MANA KAU LAH SEBENARNYA IBU KU YANG SEJATI.

 

IBU..

AKU MENGERTI..

KASIH SAYANG MU TIDAK PERNAH MATI..

KAU SIMPAN DAN PENDAM SELAMA INI..

DEMI MENJAGA BEGITU BANYAK HATI.

 

HARI DEMI HARI…

BERAKHIR SUDAH PENCARIAN INI..

DAN KINI AKU KEMBALI..

KEPANGKUAN IBU KU..

IBU YANG MELAHIRKAN KU KEDUNIA INI.

 

KINI AKU KEMBALI..

DAN AKU MENGERTI KENAPA SEMUA INI TERJADI,,

KENAPA KITA DIPISAHKAN DARI DULU LAGI..

TAK AKAN KU SIMPAN DIDALAM HATI

TAK AKAN KU PERSOALKAN KENAPA TERJADI.

 

IBU..

TERIMALAH SEADANYA AKU INI..

KERANA AKU BARU INGIN MERASAI..

NIKMAT KASIH SAYANG DARI IBU SEJATI..

JUGA KASIH SAYANG KELUARGA YANG ABADI.

 

KETAHUILAH IBU..

KALAULAH BOLEH , INGIN KU PUSING MASA INI..

AGAR KU MERASA PELUKAN MU

AGAR KU MERASA BELAIAN MU

TAPI SEMUA TELAH TERJADI DAN AKU TERIMA HAKIKAT INI.

 

IBU..

WALAU SEPARUH USIAKU KITA TIDAK BERSAMA..

AKU TETAP BERSYUKUR..

MASIH BERPELUANG BERSAMA MU KINI..

DAN AKU BERTERIMAKASIH…

KERANA MELAHIRKAN AKU KEDUNIA INI.

 

KINI HARI-HARI KU DISINARI..

KASIH SAYANG YANG MAKIN BERSEMI

YANG SELAMA INI KU RINDUI

DARI IBU DAN KELUARGA YANG DICINTAI.

 

Nukilan

Hannyabdullah

 

P/S : Tidak lupa juga ku titipkan doa kesejahteraan buat ibu tercinta dan semua ibu diseluruh dunia. Selamat hari ibu