Aksi Lara Alana Dalam Program Realiti Lara Oh Lara, Lara Oh Lara

Aksi Lara Alana Dalam Program Realiti Lara Oh Lara

Wahhh..bertuah sungguh Lara Alana, puteri kesayangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni. Dah ada program show sendiri tu. Kita semua akan dapat saksikan aksi Lara Alana dalam program realiti Lara Oh Lara, menerusi sebuah program baru yang akan menemui penonton Astro pada 17 Ogos 2016 ini

Memang patutlah Lara terpilih sebab keletah dia yang bersahaja serta kecomelan dia sentiasa menarik perhatian ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara serantau dan juga di Eropah kerana memiliki raut wajah yang comel di samping telatahnya yang manja.

Sekarang ni pun Lara Alana sudah meraih jutaan pengikut di laman sosial, juga telah mencatat sejarah apabila pengikutnya mencecah 2.1 juta di Instagram dan lebih 1 juta di Facebook.

Aksi Lara Alana Dalam Program Realiti Lara Oh Lara

Dalam program ini penonton akan dapat melihat aksi Lara Alana dalam program realiti Lara Oh Lara dan mengikuti perkembangan Lara sambil mengekori banyak aktiviti berbeza berbanding apa yang ada dan yang telah dikongsi di laman sosial milik Lara

Program yang akan bersiaran selama 13 episod ini akan menyelami kehidupan berwarna warni Lara Alana, seorang puteri yang mempunyai sifat ingin tahu dan juga periang, selain memaparkan kehidupan mereka sekeluarga berhadapan dengan situasi menarik.

 

Aksi Lara Alana, Program Realiti Lara Oh Lara, Lara Oh Lara

Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Cik Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata,

“Lara berada pada usia yang comel, di mana dia sedang belajar berbahasa, menyanyi, menerokai dunia di sekelilingnya dan mencuba aktiviti baharu. Program Lara Oh Lara akan memperlihatkan dan mengabadikan kenangan-kenangan manis yang dilalui oleh Awal, Scha dan Lara serta menyelitkan klip-klip eksklusif yang tidak pernah ditonton sebelum ini. Kami berterima kasih kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya kerana sudi berkongsi kehidupan mereka serta apa yang mereka pelajari sepanjang mendidik puteri tersayang.”

Penonton Lara Oh Lara akan disajikan dengan pelbagai pengalaman pertama Lara seperi bertemu haiwan comel di Farm of the City, bermain di taman hiburan, mengikuti aktiviti sekolah dan meluangkan masa bersama datuk dan nenek. Di samping itu, menerusi percutian istimewa Lara ke Jepun bersama pihak penaja rancangan; Yakult, anak kecil ini didedahkan dengan pelbagai kebudayaan Jepun yang berwarna-warni!

“Setiap gerak dan geri Lara mampu mengukir senyuman sesiapa sahaja yang melihatnya. Berada pada usia yang memperlihatkan kecomelannya, sudah pasti ramai peminat Lara yang sentiasa menantikan gelagat serta aksi lucu si manis Lara ini”, tambah Yasmin lagi”.

Program Lara Oh Lara

Lara Oh Lara

Apa yang menarik lagi dalam Lara Oh Lara ni, ada beberapa rakan selebriti Awal dan Scha diberikan tugasan menjadi pengasuh Lara! Antaranya ialah Zizan Razak, Remy IshakDynas Mokhtar, Liyana Jasmay dan Ella.

Mampukah Zizan Razak yang terkenal dengan lawak bersahajanya itu menawan hati Lara Alana? Berjayakah pelakon kacak Remy Ishak melayani telatah Lara? Dan apakah pengalaman Dynas Mokhtar atau Liyana Jasmay sebagai ibu membantu mereka berinteraksi dengan Lara? Semuanya dapat disaksikan dalam Lara Oh Lara.

Ratu Rock Negara, Ella dan suaminya Kapten Azhar Huzaimi juga turut tidak ketinggalan menyertai skuad “babysitter” Lara. Bukan itu sahaja, Ella juga turut menyumbangkan satu lagu baharu berjudul ” PERMATA” untuk dijadikan tema lagu siri ini.

Aksi Lara Alana Dalam Program Realiti Lara Oh Lara

Eshhh…tak sabar rasanya nak tengok telatah dan aksi Lara Alana dalam Program Realiti Lara Oh Lara ni.

Lara Oh Lara akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123, mulai 17 Ogos ini. Peminat juga boleh turut sama berinteraksi di media sosial menerusi akaun Facebook, MyeBu dan Instagramnya, @my.eBu . Untuk maklumat lanjut mengenai eBu, layari www.eBu.com.my.

Jangan lupa menyaksikan Lara Oh Lara yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam, mulai 17 Ogos 2016, di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123.