Shaklee baru-baru ini telah menjemput wakil blogger Malaysia ke HQ Shaklee yang terletak di menara Pinnacle Sunway. Kami dibawa melawat sekitar HQ Shaklee dan pihak Shaklee juga turut memperkenalkan program kemasyarakatan untuk golongan belia dari Shaklee kepada kami.

image

Ruang pejabat dan membeli barang shaklee

Pihak Shaklee juga turut memberi penerangan kepada kami wakil blogger tentang perancangan mereka dalam memberi kesedaran tentang pentingnya kesihatan untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk masyarakat. Program kemasyarakatan tersebut diberi nama Shaklee Cares for Our Youth.

President Shaklee Malaysia, Shaklee Cares For Youth, Shaklee Cares For Women, Shaklee Cares For Children

Bergambar bersama Victor Lim, President Shaklee Malaysia

Program untuk golongan belia ini juga digelar YES (Youth Entrepreneur System) yang merupakan satu lagi inisiatif program kemasyarakatan Shaklee Malaysia selepas Shaklee Cares for Our Children dibawah Shaklee Cares.

Matlamat utama YES membantu golongan belia memiliki perniagaan sendiri dengan modal yang rendah namun dapat memiliki pulangan yang hebat.

Ia selaras dengan matlamat kerajaan Malaysia membantu dan memupuk golongan belia dalam bidang keusahawanan dan dapat mencari kebebasan kewangan dalam masa yang sama mengajar golongan belia pentingnya kesihatan dikalangan mereka.

Bukan hanya pihak belia tetapi buat ibu-ibu muda juga digalakkan sertai YES agar dapat membantu meringankan ekonomi keluarga.

 “Kami mensasarkan untuk menyentuh lebih 100,000 orang sehingga akhir tahun ini dengan membantu usahawan muda ini meraih pendapatan tambahan sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih mereka,” kata Victor Lim (President Shaklee Malaysia)

Kebanyakkan kita sudah sedia maklum yang product Shaklee merupakan product yang berkesan, sentiasa selamat dan sentiasa mesra alam.

Harga mampu milik untuk seisi keluarga dan ini juga membuatkan product Shaklee sentiasa ada repeat order.

11390000_897412926983969_40982970833441724_n

Shaklee Malaysia juga telah merangka pek kesihatan di bawah program YES iaitu Healthy Young Living, Healthy Fitness, Healthy Prenatal dan Healthy Postnatal.

“Menjadi seorang Usahawan bersama YES amatlah mudah. Anda hanya perlu menyertai Shaklee, menggunakan dan berkongsi kebaikan produknya dengan rakan, keluarga dan orang disekeliling mereka,” kata Victor.

YES program turut menawarkan peluang menjana pendapatan, latihan kecerdasan emosi (softskills), latihan produk juga bimbingan daripada barisan mentor Berjaya.

Bermakna kita tidak perlu khuatir jika tiada kemahiran dalam bidang perniagaan. Hanya dengan menyertai Shaklee anda akan diajar sepenuhnya disini.

Shaklee Malaysia juga turut komited menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk menyokong program YES.

Satu lagi usaha kemasyarakatan Shaklee Malaysia adalah Shaklee Cares for Our Women bakal dilancar dalam tahun ini juga.

Sedikit Info Mengenai Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia)

Product kesihatan shaklee

Shaklee Malaysia merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pemasaran produk makanan nutrisi dan suplemen, penjagaan diri dan produk isi rumah. Di Malaysia, syarikat ini telah beroperasi lebih daripada 15 tahun dan produk-produknya boleh diperolehi melalui rangkaian pembekal yang meluas di seluruh negara. Shaklee Malaysia berpengkalan di The Pinnacle Sunway dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Negara iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu .

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shaklee.com.my atau ikuti kami di Facebook Shaklee Malaysia.