Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017 - Berkat Dirasa Bersama Di Teratak Nur Barakah

Program CSR Kem Ramadan Yeo’s 2017 – Berkat Dirasa Bersama Di Teratak Nur Barakah

Di atas keperihatinan Yeo’s Malaysia dalam menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi Yeo’s Malaysia mengadakan Program CSR Kem Ramadan Yeo’s 2017 dengan bertemakan Berkat Dirasa Bersama.

Tahun ini Program CSR Kem Ramadhan Yeo’s 2017 telah diadakan di Teratak Nur Barakah, Section 24 Shah Alam.

Rata-rata penghuni Teratak Nur Barakah terdiri daripada anak-anak yatim, anak fakir miskin dan anak asnaf zakat (layak menerima zakat) di bawah 12 tahun kebawah. Menempatkan seramai 25 anak-anak lelaki dan perempuan. Mempunyai 2 buah kediaman untuk mengasingkan anak-anak lelaki dan perempuan tersebut.

Bukan itu sahaja, teratak ini juga turut menaungi 50 kanak-kanak dari kelompok yang sama, yang mana selepas berusia 13 tahun mereka telah dihantar ke sekolah tahfiz atau sekolah agama berasrama penuh, walau bagaimana pun tanggungjawab masih di bawah pengurusan Teratak Nur Barakah.

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Di kediaman anak-anak Yatim, Fakir Miskin dan Asnaf Teratak Nur Barakah

Saya amat bertuah dapat turut serta menjayakan aktiviti amal Program CSR Kem Ramadan Yeo’s 2017 yang telah diadakan oleh pihak Yeo’s Malaysia yang mana kami juga turut beramah mesra dan berbuka puasa bersama-sama anak-anak di Rumah Anak Yatim Teratak Nur Barakah, merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat saya.

Program CSR Kem Ramadan Yeo’s 2017 – Berkat Dirasa Bersama Di Teratak Nur Barakah

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Sesampai sahaja kami di Teratak Nur Barakah, kami terlebih dahulu di pekenalkan kepada pengasas Teratak Nur Barakah iaitu Ustazah Solehah dan juga sesi suai kenal dengan anak-anak yang  menghuni kediaman tersebut.

Segala aktiviti untuk Program CSR Kem Ramadan Yeo’s 2017 telah dirancang rapi dan kami sebagai sukarelawan berganding bahu membersih dan menghias kediaman Teratak Nur Barakah. Sebelum itu kami telah dipecahkan menjadi dua kumpulan yang mana kumpulan pertama membersih dan menghias kediaman anak-anak lelaki dan kumpulan ke dua pula membersihkan kediaman anak-anak perempuan.

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Team mengemas bahagian dapur.

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Team membersihkan halaman rumah.

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Kusyuk betul abang Kid(Shakiddo) menyapu halaman rumah Teratak Nur Kasih

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Team Melipat Kain Baju

Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017

 

Ada team membersihkan halaman, team membersihkan dapur dan tandas, team melipat baju serta team bercerita. Team saya pula diberi tugasan membuat hiasan Hari Raya dengan menghias mengantung kad-kad Hari Raya serta ketupat. Dalam masa yang sama kami turut melayan anak-anak yang ada disana dalam sesi mewarna.

Selesai semua tugasan, telah diadakan pula sesi menghiburkan anak-anak tersebut dengan nyanyian dan tarian. Saya lihat anak-anak tersebut terhibur dan gembira dengan aktiviti yang diadakan. Anak-anak ini juga tidak kekok bersama dengan kami, walaupun permulaan ada yang malu-malu.

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Aktiviti mewarna

Melihat dan melayan anak-anak ini dan melihat mereka gembira, hilang segala penat walaupun aktiviti yang dilakukan dalam bulan puasa. Terasa masa berlalu begitu cepat. Program CSR Kem Ramadan Yeo’s 2017 ini jelas telah memberi keceriaan kepada anak-anak ini.

Program CSR Kem Ramadan Yeo’s 2017 diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama-sama penghuni Teratak Nur Barakah serta acara menyumbang cek replika sebanyak RM1600.00 kepada Ustazah Solehah dan penyampaian duit raya kepada anak-anak ini.

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Menunggu masa untuk berbuka puasa bersama anak-anak di Teratak Nur Barakah

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Penyampaian Sumbangan Dari pihak Yeo’s Malaysia Kepada Ustazah Solehah Untuk Kediaman Teratak Nur Barakah

Kem Ramadan Yeo's 2017, Program CSR Kem Ramadan Yeo's 2017, Teratak Nur Barakah, Shah Alam, Yeo's Malaysia, Aktiviti Amal, Berkat Dirasa Bersama, Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Asnaf Zakat, Sumbangan Hari Raya

Anak-anak dari Teratak Nur Barakah gembira mendapat sumbangan duit Raya dari Yeo’s Malaysia

Ustazah Solehah juga turut berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih diatas sumbangan dan sokongan Yeo’s Malaysia yang saban tahun tidak pernah melupakan anak-anak di kediamanan tersebut. Sudah pasti anak-anak tersebut gembira dengan majlis yang diadakan dan sumbangan yang diberikan.

Harapan saya moga ramai lagi orang perorangan, syarikat atau company besar dapat bersama-sama menghulur bantuan kepada yang memerlukan tidak kira waktu perayaan atau pun tidak, agar dapat meringankan beban anak-anak yatim, fakir dan mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan ini.

Berkat Dirasa Bersama

Untuk info lanjut atau ingin menyumbang ke Teratak Nur Barakah boleh layari :

Website : http://terataknurbarakah.com/v3/

Atau hubungi talian :

03 55433323 | 03 55421313