Pore Purifying Serum Cleanser, Althea, Althea Korea, Althea Angels, Menanggalkan Solekan, Pencuci Muka, Kombinasi 2 Dalam 1

Pore Purifying Serum Cleanser Membersih Solekan Dan Kotoran Degil Tanpa Mengeringkan Kulit

Untuk mendapatkan kulit yang bersih selepas seharian mengenakan alat solek, sudah semestinya kita perlukan pembersih yang bagus yang mampu menggeluarkan segala solekan juga kotoran yang telah lama di wajah tanpa membuatkan kulit wajah kita kering dan merekah.

Baru-baru ni saya telah mencuba satu produk pembersih terbaru dari Althea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser yang mampu menghilangkan solekan, kotoran dan minyak yang ada di wajah tanpa mengeringkan wajah kita kerana ianya mempunyai ekstrak pudina sambil memastikan kulit tetap sejuk, lembab dan terhidrat selepas dicuci.

Produk ini juga membantu mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia berfungsi sempurna keatas wajah kita! Paling penting, ia lembut di muka dan sesuai walaupun bagi kita yang mempunyai kulit sensitif.

Pore Purifying Serum Cleanser

Pore Purifying Serum Cleanser, Althea, Althea Korea, Althea Angels, Menanggalkan Solekan, Pencuci Muka, Kombinasi 2 Dalam 1

Apa yang bagusnya Pore Purifying Serum Cleanser ini, ianya merupakan kombinasi 2 dalam 1 iaitu mampu menanggalkan solekan di wajah seperti “makeup remover” dan ia juga turut bertindak sebagai pembersih wajah.

Jimat betulkan? 1 botol 2 kegunaan. Bagi saya, senang untuk di bawa kemana-mana terutama kalau nak travel jauh. Tak payah dah nak bawa sabun pencuci muka dan bawa mekaup remover, hanya bawa Pore Purifying Serum Cleanser ni sahaja dah mencukupi.

Pore Purifying Serum Cleanser, Althea, Althea Korea, Althea Angels, Menanggalkan Solekan, Pencuci Muka, Kombinasi 2 Dalam 1

  • Menanggalkan Solekan 

Langkah 1: Tuang jumlah produk yang mencukupi ke tapak tangan anda.
Langkah 2: Urut produk seluruh kulit anda dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan kotoran dan solek.
Langkah 3: Bilaskan residu dengan air. Anda juga boleh menggunakan pembersih kedua untuk membuang sepenuhnya residu.

  • Pencuci Muka

Langkah 1: Kurangkan kulit dan gunakan jumlah produk yang mencukupi pada tapak tangan anda.
Langkah 2: Urut secara perlahan-lahan produk seluruh kulit anda dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum membasuhnya dengan air.

Pore Purifying Serum Cleanser, Althea, Althea Korea, Althea Angels, Menanggalkan Solekan, Pencuci Muka, Kombinasi 2 Dalam 1

Anda tidak perlu merasa was-was untuk menggunakan produk ini kerana kandungan yang ada didalam produk ini merupakan kandungan semulajadi. Antara bahan utama yang terdapat dalam produk ini ialah :

  • Ekstrak daun pudina – Menyejukkan kulit dan melegakan kerengsaan
  • Minyak benih Jojoba – Melembapkan kulit yang kering tanpa merasakan berat
  • Tea tree leaf extract – Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit

Untuk info lanjut, anda boleh layari :

WEBSITE