Pizza Hut Malaysia Merasmikan Pembukaan Restorannya Yang ke-400 di Central i-City Shah Alam

[From left to right]: Loi Liang Tok -Chief Operating Officer of Pizza Hut Malaysia, Candy Chan -Chief Brand Officer of YUM! Brands (Asia Pacific),Dato Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil -Managing Director of QSR Brands (M) Holdings Bhdand Merrill Pereyra -Chief Executive Officer of Restaurant Division, QSR Brands (M) Holdings Bhdat Pizza Hut’smilestone400thHut launch.

Siapa yang tak suka makan Pizza, rasanya kebanyakkan rakyat Malaysia suka makan Pizza dan tahu akan jenama Pizza Hut. Dengan keju yang banyak, topping yang sedap dan roti crust dia yang lembut, perghhh sekali gigit memang terasa nikmatnya.

Untuk pengetahuan anda semua, Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”) baru-baru ini telah merasmikan pembukaan restorannya yang ke-400 di Central i-City Shah Alam, menandakan pencapaian terbaru bagi rangkaian piza No. 1 di Malaysia. Memiliki hampir dua kali ganda lebih banyak restoran berbanding pesaing terdekatnya, rangkaian piza dengan kekuatan 400 restoran merupakan salah satu daripada dua rangkaian restoran terbesar di Malaysia.

Fuhhh hebat sungguh! Tak sangka dah 400 restoran pizza ni. Dari saya belum khawin sampailah dah bekahwin dan hingga ada anak besar, pizza hut sentiasa ada di mana-mana. Kalau teringin makan pizza, maka pizza hut lah yang kami tuju dahulu.

Pizza Hut Malaysia Merasmikan Pembukaan Restorannya Yang ke-400 di Central i-City Shah Alam

Majlis Perasmian Restoran Pizza Hut Yang ke-400 di Central i-City Shah Alam

Apa yang bestnya, Pizza Hut turut menjadi peneraju utama industri dari segi inovasi digital dengan menduduki tangga pertama di dalam aplikasi pesanan piza.

Pengarah Urusan QSR Brands, Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil ketika berucap di majlis pembukaan rasmi cawangan yang amat bermakna itu berkata, “Hari ini bukan hanya mengenai pembukaan restoran baru sahaja. Ia juga menandakan betapa pesatnya pertumbuhan Pizza Hut selama ini.

Sebagai rangkaian restoran piza yang paling disukai oleh rakyat Malaysia, telah memperlihatkan peningkatan keuntungan menerusi kedua-dua restoran fizikal dan platform digital, terutamanya dalam tempoh dua tahun yang lepas. Ia menjanjikan masa depan yang cerah untuk Pizza Hut dan QSR Brands secara keseluruhannya, memberikan jaminan serta keyakinan bahawa kami di arah yang betul dengan strategi pengembangan kami!”

Turut berkongsi pandangan sama ialah Ketua Pegawai Operasi Restoran Pizza Hut, Loi Liang Tok berkata, “Di dalam setiap perkara yang kami lakukan, Pizza Hut sentiasa berusaha untuk memastikan para pelanggan kami mendapat akses kepada piza terbaik dengan lebih mudah.

Sejajar dengan matlamat itu, sasaran utama adalah untuk mencapai 408 restoran menjelang hujung 2019 dan membuka 60 lagi restoran baru dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Pembukaan restoran baru berkenaan akan memberikan kami peluang untuk ke lokasi yang belum pernah diterokai di Sabah, Sarawak, Perak dan Pulau Pinang. Ia sekaligus akan memperluaskan lagi penawaran kepada semua rakyat di seluruh negara. Langkah strategik ini disasarkan untuk melonjakkan kami ke satu lagi tahap yang lebih tinggi.”

Dengan perkembangan sejajar dengan keperluan dan kesukaan rakyat Malaysia, dan pelancaran restoran format yang terbaru, Fast Casual Delco (FCD) mencerminkan kesungguhannya untuk mencapai matlamat berkenaan. Restoran FCD dibina untuk memenuhi permintaan tinggi dalam perkhidmatan penghantaran makanan dan memberi nafas baru kepada pengalaman makan di restoran; dengan kemudahan yang telah dipertingkatkan beserta perubahan reka bentuk restoran.

Pizza Hut Malaysia, Merasmikan Pembukaan Restorannya, Yang ke-400, di Central i-City Shah Alam, PIZZA HUT, Restoran Pizza Hut Ke-400

Selain daripada pelan pengembangannya, Pizza Hut terus menawarkan pengalaman piza terbaik kepada rakyat Malaysia, dengan menaik taraf lebih 50% rangkaian restorannya yang sedia ada. Pencapaian dalam tempoh dua tahun yang lalu, menjadi bukti kepada komitmen dan tumpuan kukuh untuk sentiasa berada di hadapan dengan menawarkan pengalaman yang terbaik. Lebih lagi, pelancaran Pan Pizzanya yang terkenal dengan resipi yang telah dipertingkatkan pada hujung tahun lalu turut menjadi penyumbang utama kepada pengukuhan jualan piza pan.

“Pizza Hut terus berevolusi mengikut keperluan dan kesukaan rakyat Malaysia dan selari itu juga menyasar untuk memudahkan pelanggan kami mendapat akses kepada piza yang terbaik. Peluasan penawaran menerusi format restoran kami yang terbaru dan penaiktarafan restoran sedia ada membolehkan kami meningkatkan lagi taruhan untuk kekal relevan dan membantu kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sementara menawarkan pengalaman makan di restoran yang bersuasana ceria dan kekal menarik,” tambah Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil.

Bersama para pekerja semasa perasmian restoran Ke-400

Sempena pembukaan cawangannya yang ke-400, di harap dapat mengukir senyuman pada lebih ramai lagi rakyat Malaysia. Ia akan menawarkan piza peribadi pada harga RM4.00 mulai sekarang hingga 30 April 2019. Ia juga akan memberikan 4,000 piza bagi memperingati detik penting ini. Menjelang perayaan berkenaan, ia turut mengambil peluang untuk mengukir lebih senyuman dengan memberikan 400 piza kepada 10 badan kebajikan di Lembah Klang.

Semoga Pizza Hut terus maju lagi dan memberi perkhidmatan yang terbaik serta!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi www.pizzahut.com.my.