Pencinta haiwan macam saya ni, bila ada event berkenaan haiwan-haiwan memang saya suka sangat-sangat. Suka tengok-tengok kucing, anjing atau apa sahaja jenis binatang yang ada. Baru-baru ni saya berkesempatan untuk turut serta memeriahkan event Pets Day Out di Petsmore SS2 Petaling Jaya , memang peluang ini tak saya lepaskan.

Pets Day Out , Petsmore SS2 Petaling Jaya

Terletak di SS2, Petaling Jaya (corner lot), merupakan kedai 4 tingkat yang mana anda boleh menemui semua yang anda perlukan disini. Terdapat section grooming salon, ada pets hotel dan ada bahagian untuk anda membeli keperluan barangan haiwan kesayangan anda.

Semasa event tersebut, ketua pegawai operasi Petsmore iaitu Mr. Sean Saw memberitahu kami semua tentang promosi terkini  dan terhebat Petsmore iaitu grooming services (dandanan perkhidmatan untuk haiwan kesayangan). Sebagai pemilik haiwan anda pasti teruja melihat haiwan kesayangan anda kelihatan bergaya dan cantik selepas melakukan dandanan yang diberi oleh pekerja yang terlatih.

Petsmore SS2 Petaling Jaya, Pets Hotel Di Petsmore

ketua pegawai operasi Petsmore iaitu Mr. Sean Saw

Ketika di Petsmore SS2 Petaling Jaya ini kami juga turut dipersembahkan dengan barisan para pekerja yang membuat demo cara-cara mereka lakukan grooming haiwan yang dihantar kesana.

Petsmore SS2 Petaling Jaya, Grooming Di Petsmore, Petshotel Petsmore

Grooming di Petsmore, Pets hotel di Petsmore, Petsmore SS2 Petaling Jaya

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh melihat-lihat haiwan-haiwan dan barang-barang yang dipamerkan di dalam kedai untuk dijual.

Barang Jualan Di Petsmore, Grooming di Petsmore, Pets Hotel

Haiwan peliharaan untuk dijual di Petsmore, Petsmore SS2 Petaling Jaya

Petsmore SS2 Petaling Jaya

TAWARAN HEBAT YANG DITAWARKAN Di PETSMORE SS2 PETALING JAYA :

  1. RM150 penjimatan untuk percubaan pakej dandanan asas buat kucing pertama. Untuk 5 sesi pula, penjimatan sebanyak RM265 untuk rakan-rakan kucing (kucing yang seterusnya), perkhidmaatan seperti pembersihan telinga, penjagaan kuku, mandi serta penggeringan.
  2. RM100 penjimatan bagi pakej percubaan dandanan asas anjing pertama. Untuk 5 sesi, penjimatan sebanyak RM195 bila rakan-rakan anjing (anjing seterusnya),perkhidmatan seperti pembersihan eye trimming, leg trimming, ear cleaning, ear hair removal, nail care, shaving of paw pad, stomach, private area, cleaning and anal gland, and bathing and blow drying.

Grooming Services di Petsmore, Petsmore SS2 Petaling Jaya

Satu lagi perkhidmatan yang dicari dan Petsmore menyediakan perkhidmatan tersebut iaitu perkhidmatan Grooming Spa – Micro Bubbles Sistem SPA.

Micro Bubbles Sistem Sistem SPA menawarkan perkhidmatan antibakteria dalam proses pembersihan, penyahbauan dan pelembab bulu dan kulit, mengurangkan kegatalan serta memberi kesan ketenangan terhadap haiwan kesayangan anda. Micro Bubbles Sistem SPA adalah hypoallergenic dan meningkatkan kesan terapeutik serta meningkatkan sistem imuniti haiwan peliharaan anda.

Sementara itu, mereka juga turut memperkenalkan Pets Hotel yang baru dilancarkan untuk haiwan peliharaan yang mana kita boleh tinggalkan haiwan peliharaan kita dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan atau ketenangan haiwan peliharaan kita kerana di Petsmore mereka akan menjaga haiwan kesayangan kita dengan baik dan terjamin selesa.

Pets More Pet Hotel, Pets Hotel Di Petsmore

Menurut En Sean Saw, pekerja -pekerja mereka adalah terlatih dan mereka juga merupakan pencinta haiwan. Samalah macam kita tinggalkan anak-anak kecil dibawah jagaan orang yang tidak dikenali, begitu jugalah kerisauan kita apabila meninggalkan haiwan kesayangan ketika ketiadaan kita, jadi mereka yang bekerja disana amat memahami kerisauan kita, jaminan yang diberi mereka akan jaga haiwan peliharaan kita dengan baik sekali.

Pets Hotel di Petsmore menyediakan perkhidmatan yang bertaraf 5 bintang keatas semua haiwan peliharaan kita yang dihantar ke sana. Ini termasuklah sistem pengudaraan persendirian bagi setiap bilik hotel, pembersihan harian dan pembasmian kuman untuk setiap bilik, bekalan makanan dan air yang bersih pada setiap masa dan setiap hari dandanan, mandi kering untuk penjagaan kebersihan dibuat untuk memastikan haiwan dalam keadaan baik.

Harga yang disediakan untuk penginapan di Pets Hotel adalah bermula dari RM42 sehari untuk tempoh maksimum untuk 1 haiwan peliharaan di Suite Superior. Untuk Suite Di Raja pula RM73 sehari untuk tempoh maksimum untuk 2 haiwan peliharaan.

Sebelum ini menurut kata En Sean Saw, 18 daripada 21 cawangan petsmore di Lembah Klang telah ditutup untuk dinaik taraf telah dibuka semula dan menampilkan ruangan yang lebih menarik dan selesa serta penambahan perkhidmatan yang berkualiti. Kini mereka berbangga mempunyai kedai yang luas dan penunjuk seksion yang mudah difahami dan lebih jelas.

Petsmore SS2 Petaling Jaya

Petsmore SS2 Petaling Jaya, Pets Spa Di Petsmore

Kini Petsmore telah menjadi kedai sehenti untuk spa haiwan kesayangan dan dandanan perkhidmatan.

Bloggers Pets Day Out Di Petsmore SS2 Petaling Jaya

Para hari tersebut kami para blogger dan media disambut dengan meriah. Kami juga diberi peluang memegang haiwan yang berada disana. Bergambar bersama mereka, membelai mereka. Sesuatu yang saya suka sangat-sangat.

Petsmore SS2 Petaling Jaya, Blogger Day Out Di Petsmore SS2 Petaling Jaya

Bloggers Pets Day Out Di Petsmore SS2 Petaling Jaya, Petsmore SS2 Petaling Jaya

Bloggers Pets Day Out Di Petsmore SS2 Petaling Jaya, Petsmore SS2 petaling Jaya

Jika anda berada di area SS2 Petaling Jaya, bolehlah hantar haiwan kesayangan anda jika anda perlukan perkhidmatan grooming atau Pets Hotel. Anda juga boleh dapatkan barang-barang keperluan haiwan disini. Bukan itu aje, jika anda ingin membela haiwan untuk jadikan haiwan peliharaan anda, anda juga boleh datang kesini dan pilih haiwan yang mana satu anda suka.

Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari official webpage di : www.petsmore.com.
Atau
Facebook page di http://www.facebook.com/petsmore.
Instagram @Petsmore.