Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat| Assalamualaikum semua. Sebelum saya mulakan dengan cerita pasal pertandingan anjuran Pusat Pungutan Zakat yang saya hadiri, saya nak tanya dulu dengan anda semua, sudahkah anda membayar ZAKAT? Kalau belum bayar zakat, bayar lah sebab zakat merupakan kewajipan atas setiap orang Islam dan perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Sekarang ni pun tak susah dah nak bayar zakat, melalui online pun dah boleh bayar. Semua ini adalah usaha PPZ-MAIWP untuk memberi kemudahan kepada masyarakat menjalankan tanggungjawab membayar Zakat.

PPZ (Pusat Pungutan Zakat)- MAIWP turut mengadakan perbagai medium hebahan termasuk dalam media sosial untuk menyebarkan maklumat berkenaan Zakat. Turut diadakan siri program khas seperti ceramah dan juga turut menganjurkan petandingan-pertandingan yang berkonsep Islamik dalam usaha menyebarkan luaskan dakwah zakat seterusnya meningkatkan kepercayaan umum terhadap institusi zakat khususnya PPZ-MAIWP.

Ok, berbalik pasal cerita pertandingan, baru-baru ni sekali lagi PPZ telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF dengan tujuan memberi kefahaman tentang nikmat berzakat serta memberi peluang kepada masyarakat berkreatif mencipta video dengan menggunakan konsep islamik yang bertajuk “Mencari Rezeki Yang Berkat”.

Anugerah video pilihan ramai, Coudre Kuala Lumpur, JOM KREATIF, Majlis Penyampaian Hadiah, Mencari Rezeki Yang Berkat, Mencipta Video Jom Kreatif, Mencipta Video Kreatif,  Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif, Penaja Rasmi Pertandingan, Pertandingan mencipta video, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat

Pertandingan ini telah dijalankan dari 15 Ogos hingga 30 September 2017. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun keatas. Para peserta hendaklah mencipta video kreatif yang berdurasi 3 minit.

Syarat pertandingan :

  1. “Like” page “Pusat Pungutan Zakat“.
  2. Video di rakam hanya dengan menggunakan telefon pintar dan bebas menggunakan sebarang perisian untuk tujuan penyuntingan.
  3. Montaj video hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur.
  4. Semua peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Hanya yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
  5. PPZ-MAIWP akan memuatnaik video penyertaan terpilih di FB Pusat Pungutan Zakat untuk mendapatkan Like dan Share tertinggi untuk Anugerah Video Pilihan Ramai. Pemilik penyertaan yang terpilih berhak mempromosikan video masing-masing.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Akhirnya pada 10hb Nov 2017, hari yang ditunggu-tunggu oleh bakal pemenang iaitu pengumuman pemenang telah diadakan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF untuk memberi penghargaan dan juga hadiah kepada para pemenang yang sudi menyertai pertandingan ini.

Saya amat bertuah kerana telah dijemput ke majlis tersebut untuk sama-sama menyaksikan acara penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya, Saya juga bertuah dapat menyaksikan video-video yang berjaya dalam pertandingan ini. Apa yang saya perhatikan, peserta yang berjaya memang betul-betul kreatif menghasilkan video-video tersebut.

Anugerah video pilihan ramai, Coudre Kuala Lumpur, JOM KREATIF, Majlis Penyampaian Hadiah, Mencari Rezeki Yang Berkat, Mencipta Video Jom Kreatif, Mencipta Video Kreatif,  Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif, Penaja Rasmi Pertandingan, Pertandingan mencipta video, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat

Majlis pada hari tersebut telah di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif  PPZ-MAIWP. Turut serta, Yang Berbahagia Tuan Hj Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

Anugerah video pilihan ramai, Coudre Kuala Lumpur, JOM KREATIF, Majlis Penyampaian Hadiah, Mencari Rezeki Yang Berkat, Mencipta Video Jom Kreatif, Mencipta Video Kreatif,  Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif, Penaja Rasmi Pertandingan, Pertandingan mencipta video, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat

Dari Kiri : Yang Berbahagia Tuan Hj Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Tengah : Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif  PPZ-MAIWP. Kanan : Puan Emi Inani Binti Mohd Arifin iaitu pemilik boutique Coudre Kuala Lumpur

Yang Berbahagia Puan Emi Inani Binti Mohd Arifin iaitu pemilik boutique Coudre Kuala Lumpur yang juga penaja rasmi pertandingan video Jom Kreatif  turut hadir memeriahkan majlis penyampaian hadiah tersebut.

Pemenang Mencipta Video JOM KREATIF – Mencari Rezeki Yang Berkat

Anugerah video pilihan ramai, Coudre Kuala Lumpur, JOM KREATIF, Majlis Penyampaian Hadiah, Mencari Rezeki Yang Berkat, Mencipta Video Jom Kreatif, Mencipta Video Kreatif,  Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif, Penaja Rasmi Pertandingan, Pertandingan mencipta video, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat

Pertandingan mencipta video JOM KREATIF ini telah menerima sebanyak 52 penyertaan yang terdiri daripada perbagai lapisan masyarakat khususnya golongan muda, 20 terpilih ke peringkat akhir, manakala 13 pemenang diumumkan pada 10hb Nov 2017 ini.

Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu :

  1. Video terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga dan 9 saguhati)
  2. Anugerah video pilihan ramai.

Para peserta telah berusaha dengan sebaiknya untuk mencipta video JOM KREATIF dan merebut gelaran Juara. Dibawah ini merupakan pemenang-pemenang yang berjaya menghasilkan video yang begitu kreatif.

Tempat Pertama akhirnya jatuh ketangan Muhammad Hanif Bin Ngarisan dan dinobatkan sebagai juara pertandingan mencipta Video JOM KREATIF. Selaku juara pertandingan anjuran PPZ dengan kerjasama Coudre Kuala Lumpur, Muhammad Hanis menerima hadiah sebanyak RM2000.00.

Tempat ke dua pula dimenangi oleh Syahidah Binti Baharudin dengan membawa pulang wang tunai sebanyak  RM1500.00.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Nurhidayah Binti Atmin dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00.

Tidak lupa kepada pemenang hadiah saguhati sebanyak RM500.00 seorang dimenangi oleh :

  1. Nurmanisya Binti Shahrudin.
  2. Muhammad Adam Bin Ibrahim.
  3. Muhammad Fairullah Bin Hamran.
  4. Mohd Amirul Ashraf Bin Abdul Aziz.
  5. Nik Puteri Nur Anis Binti Noor Azmi.
  6. Nabeel Fakrur Razy Bin Jufri.
  7. Anis Asyikin Bin Alias.
  8. Muhammad Zuhaily Bin Razali.
  9. Muhammad Norazi Nazreel Bin Mohd Yazid.

Anugerah video pilihan ramai, Coudre Kuala Lumpur, JOM KREATIF, Majlis Penyampaian Hadiah, Mencari Rezeki Yang Berkat, Mencipta Video Jom Kreatif, Mencipta Video Kreatif,  Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif, Penaja Rasmi Pertandingan, Pertandingan mencipta video, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat

Selain video pilihan juri, terdapat juga hadiah untuk anugerah video pilihan ramai yang berpeluang membawa balik wang tunai sebanyak RM1000. Ianya turut dimenangi oleh Muhammad Hanif Bin Ngarisan. Nampaknya kemenangan berganda buat Muhammad Hanis.

Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang yang menyertai pertandingan mencipta video JOM KREATIF ini. Terima kasih juga kepada Penaja Rasmi Coudre Kuala Lumpur kerana sudi menaja wang tunai kepada 13 pemenang-pemenang.

Buat peserta yang tidak bernasib baik, jangan berputus harapan, boleh lagi masuk mana-mana pertandingan yang PPZ-MAIWP adakan untuk terus membantu PPZ-MAIWP menyebarkan dakwah Zakat di kalangan umat Islam, bukan semata-mata untuk mendapat hadiah sahaja.

Untuk info lanjut mengenai zakat, boleh layari :-

Website | Twitter  |Youtube | Facebook 

PUSAT PUNGUTAN ZAKAT 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
No.Telefon: 03-92895758