Jungle Jam, Sky Avenue, Resorts World Genting, Cuti Sekolah, Persembahan Jungle Jam, SkySymphony

Jungle Jam Show Di Resorts World Genting Cuti Sekolah Ini

Jika anda masih belum berkesempatan untuk membawa anak-anak anda berjalan ketika cuti sekolah ini, apa kata anda ke tempat yang yang dekat tapi memberi keseronokan kepada anak-anak anda.

Apa kata anda bawa anak anda jalan-jalan ke Resorts World Genting, berseronok bermain permainan baru di sana sambil menyaksikan persembahan animasi Generasi Komputer atau CG yang baru, iaitu Jungle Jam yang telah ditayangkan di SkyAvenue di Resorts World Genting melalui pertunjukan SkySymphony

Jungle Jam, Sky Avenue, Resorts World Genting, Cuti Sekolah, Persembahan Jungle Jam, SkySymphony

Saya pun sempat bawa anak saya jalan-jalan ke Resorts World Genting baru-baru ni dan sempat juga menyaksikan persembahan yang di tayangkan. Ramai juga pengunjung bawa anak-anak menyaksikan persembahan tersebut. Happy aje saya tengok reaksi kanak-kanak yang ada!

Persembahan Jungle Jam Di Resorts World Genting 

Jungle Jam, Sky Avenue, Resorts World Genting, Cuti Sekolah, Persembahan Jungle Jam, SkySymphony

Pertunjukan lima (5) minit ini menampilkan persembahan tarian oleh watak-watak yang dicipta semula yang menampilkan sekumpulan haiwan yang cukup menarik serta penjaga tidak rasmi Resorts World Genting antaranya Tabby the Tiger, Allie the Elephant, Joe the Orangutan, Geno the Dinosaur dan 2 watak baru Benny the Entertainer (a Malaysian Sun Bear) dan Callie the Dragon. Watak yang telah lama diketahui dan dioleh semula menjadi begitu segar dan sudah semestinya menjadi kegemaran kanak-kanak.

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan Highlands Heroes kami. Kami telah mengekalkan persembahan yang berwarna-warni dan menyeronokkan dan hubungan antara semua watak yang berbeza menghantar mesej positif tentang persahabatan. Mudah-mudahan, ia juga akan menarik minat alam sekitar di kalangan mereka menerusi penggambaran haiwan dan hutan, “ujur Dato ‘Edward.

Jungle Jam, Sky Avenue, Resorts World Genting, Cuti Sekolah, Persembahan Jungle Jam, SkySymphony

Jungle Jam akan dipentaskan di SkySymphony, di mana skrin LED tinggi empat tingkat di sekeliling ruang pentas, menjadi ianya kelihatan hidup dengan gabungan muzik yang baru. Penonton pasti akan terpukau menyaksikan 1,001 bola winch state-of-the-art yang berkelipan dan bergerak menjadi bentuk yang berbeza, dari anggur berwarna-warni ke makhluk hutan untuk mencipta pengalaman audio-visual yang sangat mendalam.

Perasmian Jungle Jam telah diadakan di SkySymphony dan berlangsung pada 18 Disember 2018. Jungle Jam akan dipersembahkan setiap dua jam dari jam 10.00 pagi hingga tengah malam.

Pertunjukan lain iaitu Ocean Groove with Maestro Ning, Urban Symphony Forest and The Goddess juga akan mengambil giliran mereka untuk dipersembahkan di SkySymphony sepanjang hari pada putaran 30 minit. 

Untuk info lanjut boleh layari di :

 www.rwgenting.com