MUNNAR , KERALA INDIA  – Part 1

Hari ni pagi-pagi lagi kita dah bangun untuk breakfast di coffee house Hotel Cortyard Marriot sebab kita kena bertolak ke Munnar, Kerala India dalam pukul 9am.

Hari Ke 2 Di Kerala India

Breakfast Di Cortyard Marriot memang sedap..terbaik

Hari Ke 2 Di Kerala India

Breakfast Di Coffee House Courtyard Marriot Hotel

 

Breakfast di Courtyard Marriot Hotel ni boleh tahan sedap jugak , ada english breakfast dan juga Indian breakfast. Alang-alang dah ada di India , better saya cuba makanan mereka yang belum pernah saya cuba di Malaysia.

Hari Ke 2 Di Kerala India

Jenis-jenis tradisional Indian breakfast di Cortyard Marriot Hotel Kerala

Selesai breakfast dan check-out, driver kita dah sedia menunggu di lobby. Kita kena ambil driver demi keselamatan dan kesenangan untuk kami bergerak di tempat yang belum pernah kita jejaki , lagipun bawak anak senang kalau ada driver. Kereta yang kita sewa ialah Innova, besar dan murah. Kami dah buat booking dari Malaysia so murahlah sedikit.

Perjalanan ke Munnar pula ambil masa 5 jam perjalanan. Keadaan jalan ke Munnar macam jalan ke Genting Higland tapi jalan di sini lagi lah kecik dan bersimpang siur, cara mereka bawak kereta buat kita kecut perut. Jalan yang ada 2 lorong boleh jadi 3 lorong. Cara mereka memotong kereta rasa nak tercabut jantung sebab mereka tak kira di depan ada kereta atau tidak.

Hari Ke 2 Di Kerala India

Jalan nak ke Munna ,kerala memang boleh buat kita kecut perut

Hari Ke 2 Di Kerala India

Stall kecil berada di sepanjang jalan menuju ke Munnar Kerala

Hari Ke 2 Di Kerala India

Ada 2 3 air terjun sepanjang jalan ke Munnar Kerala India

Hari Ke 2 Di Kerala India

Kawasan rehat menuju ke Munnar kerala

 

Separuh perjalanan ke Munnar kita ada juga berhenti berehat di kawasan berehat, berhenti di kawasan air terjun dan berhenti di spices garden. Di Spices garden saya begitu teruja sangat melihat berbagai jenis tanaman spices yang belum pernah dilihat. Yang selalu kita tengok bila dah siap dikeringkan dan dijual di kedai tapi kita tidak mengetahui macam mana rupa bentuk pokok tersebut.

Hari ke 2 Di Kerala India

Di Spices Garden dan membeli rempah ratus yang di jual di sana

Hari Ke 2 Di Kerala India

Pokok-pokok spices yang sering dijadikan rempah ratus

 

Selesai mendengar dan melihat-lihat pokok spices tersebut kita dibawa ke kedai yang menjual bermacam-macam rempah dari tanaman yang kita lihat sebentar tadi , misalnya kulit kayu manis , bunga cengkih , buah pala dan macam-macam lagi. Saya yang suka akan masakan kari apa lagi terus lah saya beli bermacam-macam rempah ratus di sana.

Selesai sahaja di sana kami dibawa ke satu Restaurant untuk berhenti makan tengahari. Di sini saya hanya makan capati dan menjadi vegeterian.

Hari Ke 2 Di Kerala India

Kawasan rehat yang ke 2 untuk lunch ketika menuju ke Munnar

Hari Ke 2 Di Kerala India

Makanan untuk lunch hanya capati dan sayur-sayuran

 

Sepanjang perjalanan ke Munnar , pemandangan cukup menakjubkan. Kiri kanan kelihatan gunung ganang yang menghijau. Pokok-pokok  teh dengan daun-daun yang menghijau tersusun rapi berada di kiri kanan perjalanan. Dalam kepala saya dah terbayang-bayang saya berlari-lari dicelah-celah pokok-pokok teh tersebut..hehehe

Hari Ke 2 Di Kerala India

Ladang-ladang teh yang luas terbentang sepanjang perjalanan ke Munnar Kerala

Hari Ke 2 Di Kerala India

Rumah-rumah para peladang teh Di Munnar kerala

Hari Ke 2 Di Kerala India

Indah nya melihat kehijaun begini

 

Patutlah ramai pelancong jadikan Munnar salah satu tempat yang harus di jejaki bila berada di Kerala India. Jika ingin mencari ketenangan fikiran saya rasa Munnar adalah tempatnya.

Akhirnya sampai juga kami ke homestay yang telah kita booking awal-awal dari Malaysia. Nama homestay yang kita duduki untuk 2 malam ini ialah Olive Brook Homestay.

Sesampai sahaja di Olive Brook Homestay kami disambut dengan penuh mesra dan diberi teh yang sememangnya terkenal disana. Macam biasa yang pertama saya buat ialah survey bilik dan tandas mereka , alhamdulillah semua bersih dan teratur. Oh ya , disini  juga ada kemudahan wifi tapi akan dibuka bila kita minta untuk menggunakan wifi , kira oklah daripada tak ada.

Hari Ke 2 Di Kerala India

Akhirnya sampai juga kita di Munnar dan inilah jalan masuk ke homestay yang kita duduk

Hari Ke 2 Di Kerala India

Akhirnya terlihat Homestay yang akan kita duduki di Munnar kerala

Hari Ke 2 Di Kerala India

Olive Brook Homestay Di Munnar Kerala India

 

Hari ke 2 di Munnar masih belum berakhir lagi kerana ada satu lagi tugas yang harus kita buat pada pukul 5pm. Tugas kami yang dah kami plan nak buat di sana ialah belajar memasak masakan Kerala.

Kami dah tahu mana tempat yang bagus untuk kami belajar masakan tradisional India. Orang yang mengajar memasak ini memang cukup terkenal dikalangan pelancong dan dah buat 2 buah buku masakan.

Nanti saya akan ceritakan di entry selepas ini dengan siapa dan dimana saya belajar masakan tradisional India ketika di Munna.

*Jika belum baca entry Hari Pertama saya Di Kerala , India sila klik disini ya..