Al-Fatihah Buat Arwah Mak Yang Tercinta - Perginya Mak Takkan Kembali

Al-Fatihah Buat Arwah Mak Yang Tercinta – Perginya Mak Takkan Kembali

Al-Fatihah Buat Arwah Mak Yang Tercinta – Perginya Mak Takkan Kembali | Hari ni genap seminggu perginya mak takkan kembali. Allahyarhamah mak saya Kamisah Bt Abd Rahman menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat 19 hb Januari 2018 pada pukul 10.50 malam. Kehilangan mak amat kami rasai, tapi kami semua redha atas pemergian beliau. Allah S.W.T lebih menyayanginya.

Segala urusan perkebumian mak pun mudah dan dipermudahkan ALLAH S.W.T. Ketika mandikan jenazah mak, kesemua anak perempuan mak dapat mandikan mak, anak lelaki dapat jiruskan badan mak. Ketika dikebumikan, semua anak-anak lelaki mak serta cucu-cucu lelaki bekerjasama kebumikan mak. Amat mudah sekali uruskan mak. Dari mak terlantar hinggalah di kebumikan memang mudah segala uruskan mak.

Al-Fatihah Buat Arwah Mak Tercinta

Kehidupnya sungguh mudah semudah mak pergi menghadap Ilahi. AlFatihah.. Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihim wa’fuanha. Moga Allah memberi keampunanNya dan menggolongkan mak di kalangan orang2 yang soleh.. Amin.

Bersyukur sangat kerana Allahyarhamah mak menghembuskan nafas terakhir beliau setelah sempat berjumpa dengan ke semua anak-anak yang seramai 12 orang serta cucu-cucu, cicit-cicit dan menantunya. Kami semua sempat memohon ampun dan maaf sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Allahyarhamah mak saya menghidap sakit kanser paru-paru dan telah merebak hingga ke otak. Hanya dalam masa sebulan sahaja kami semua menggetahui mak menghidap kanser kanser tahap 4. Memang kami semua terkejut sangat sebab selama ni mak tak pernah sakit, hanya selalu mengadu kurang pendengaran dan lenguh-lenguh kaki sahaja. Ada juga bawa ke hospital tapi tak pulak doktor kesan apa-apa masalah yang serius.

Tapi pada pertengahan Dec tahun lepas, mak ada jatuh masa nak ke tandas dan kepala dia terhentak sampai berdarah, bawa ke hospital untuk check kepala sebab risau ada gegaran di kepala dan dari situlah kami semua tahu mak ada ketumbuhan dalam kepala dan dari situ juga kami tahu mak menghidap kanser paru-paru dan dah merebak ke kepala.

Kami semua tak beritahu mak, takut mak terkejut dan susah hati, tapi kita cakap kat mak masukkan mak ke hospital sebab doctor nak buat pemeriksaan dengan lebih lanjut. Bila di masukkan ke hospital mak makin lama makin lemah tapi mak cakap mak tak ada rasa sakit apa2, cuma pening kepala kerap dan mak makin lama makin lemah dan tak boleh bangun. Mak ada cakap “Kenapalah badan ni lemah sangat sampai tak boleh nak bangun sendiri”.

Dalam masa sebulan sahaja semuanya ini terjadi, akhirnya mak meninggalkan kami semua dengan tenang sekali. Perginya mak takkan kembali.

Di kala mak terlantar di hospital, kakak-kakak, abang-abang serta adik beradik yang lain silih berganti menjaga mak tanpa meninggalkan mak walau sesaat. Allah hu…mak bertuah sungguh mendapat anak-anak yang amat menyayangi beliau dan kami semua juga amat bertuah mendapat seorang mak yang sangat-sangat menyayangi ke semua anak-anaknya.

Saya apatah lagi, orang yang teramat bersyukur sekali kerana berkesempatan berada dalam keluarga ini dan sama-sama berpeluang menatap wajah mak serta memohon ampun dan maaf pada mak buat kali terakhirnya. Ketika mak di hospital, saya berpeluang buat pertama kalinya menyuap mak makan, dapat urut-urut tangan mak, dapat urut-urut kepala mak…Ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

Masih terbayang di mata ini, 2 hari sebelum mak pergi, hanya saya bersama mak, saya ambil tangan mak dan letakkan di pipi saya, ketika itulah mak usap-usap wajah saya. Meruntun dan menangis saya dalam dakapan mak, saya katakan saya sayangkan beliau dan tanya beliau “Mak sayang adik tak? Mak jawab…sayanggg…kemudian mak usap-usap lagi pipi saya.” Saya cakap lagi..”Mak cepat baik ya mak, mak kena kuat…bila mak baik, nanti boleh kita macam ni lagi.” Waktu tu mak hanya senyum aje.

Al-Fatihah Buat Arwah Mak Yang Tercinta, Perginya Mak Takkan Kembali, Al-Fatihah, Buat Arwah Mak, Mak

Al-Fatihah Buat Arwah Mak Yang Tercinta – Perginya Mak Takkan

Sekian lama, itulah saat-saat yang saya nanti-nantikan. Selama ini, terdapat jurang di antara kami berdua, tapi hati sentiasa meronta-ronta meminta di belai, belaian seorang mak, dan saya tahu mak juga begitu, ingin belai dan memeluk saya, saya tahu mak sayang kan saya sepenuh jiwa dan raga hingga nafas beliau yang terakhir. Tapi kami terpisah di sebabkan oleh keadaan. Disebabkan orang yang memisahkan kita, memisahkan anak dari mak ini dengan adik beradik yang lain.

Saya tidak dapat bersama-sama arwah ayah dan tak pernah memanggil arwah ayah “AYAH”, tidak dapat menatap wajah arwah ayah buat kali terakhir, tapi dapat belaian terakhir dari mak itulah yang membuatkan saya akan kenang hingga ke hujung nyawa saya. Kenangan abadi yang terindah.

Al-Fatihah Buat Arwah Mak Yang Tercinta - Perginya Mak Takkan Kembali

Al-Fatihah Buat Arwah Mak Yang Tercinta – Perginya Mak Takkan Kembali

Walaupun saya tidak dibesarkan oleh mak dan ayah kerana terpisah dengan mak dan ayah sedari di lahirkan, walaupun tidak ada memori zaman kanak-kanak bersama keluarga ini, tapi 8 tahun kebelakangan ini saya dapat bersama-sama mak dan adik beradik yang lain, dapat bermaaf-maafan dikala Hari Raya, dapat pulang ke rumah mak dan berkumpul bersama-sama setiap kali teringatkan mak yang melahirkan amat di kenang sepanjang hidup saya ini. Mak yang bersusah payah melahirkan saya ke dunia ini, jika tiada mak tiadalah saya.

Perginya Mak Takkan Kembali

Walaupun terkesan sangat dengan permergian mak, kerana baru 8 tahun ini sahaja saya memanggil mak dengan panggilan “MAK”, tapi saya redha atas semua ketentuan Yang Maha Esa telah tentukan. Dapat bersama mak kembali yang terpisah lama, dapat bersama adik beradik yang lain, syukur sangat-sangat.

Terima kasih Allah memberi kesempatan ini untuk rapat bersama mak yang melahirkan dan dapat bersama adik-adik kandung yang lainnya. Bersyukur kerana tergolong dalam keluarga yang mempunyai sifat lemah lembut, pemaaf, tidak banyak cakap serta kuat tersenyum. Moga saya juga ada sedikit mewarisi sifat-sifat tersebut. Moga kami adik beradik bersatu hati walaupun mak dan ayah sudah tiada di dunia ini.

Terima kasih mak, terima kasih kerana telah melahirkan anak mak kedunia ini, tidak sempat nak membalas jasa mak yang melahirkan, hanya Al-Fatihah dan doa yang dapat anak mak ini sedekahkan setiap kali sembahyang dan bila teringatkan mak agar mak tenang di sana.

Al-Fatihah Buat Arwah Mak Yang Tercinta, Perginya Mak Takkan Kembali, Al-Fatihah, Buat Arwah Mak, Mak

Anak-anak mak seramai 12 orang

Bagi pihak adik beradik yang seramai 12 orang serta cucu cicit dan ipar duai, kami ingin ucapkan terima kasih atas ucapan takziah dan doa sahabat-sahabat semua.

Buat mereka yang datang menziarahi mak di hospital hingga datang ketika masjils tahlil serta memberi sumbangan, terima kasih tak terhingga buat anda semua. ‘Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’ (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) yang bermaksud “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”

Mohon pada semua, luangkan seminit dua untuk lafazkan Al-Fatihah buat mak saya, semoga Allahyarhamah mak tenang bersemadi dan memperolehi syurga Firdausi Allah. Semoga arwah mak digolongkan dalam hamba-hambanya yang solehah dan ditempatkan bersama mereka yang diberi kenikmatan dan kegembiraan di kalangan para nabi, para siddiqin, para syuhada’, dan para solehin, Aamiiin!