Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Kembara Jepun – Pengalaman Ke Arashiyama Bamboo Groove, Kyoto

Kalau ke Kyoto memang tak sah kalau tak pergi ke Arashiyama Bamboo Groove. Kiranya tempat ni merupakan salah satu tarikan yang ada di Kyoto, memang kebanyakkan pelancong akan datang ke sini untuk berjalan dan melihat keindahan buluh-buluh yang tersusun cantik.

Merupakan satu tempat yang sangat cantik untuk bergambar. Disebabkan tempat ini merupakan tempat paling popular dikalangan pelancong luar negara, maka kawasan ini sentiasa sibuk. Kalau nak bergambar tanpa terlihat orang ramai memang susah sangat, jadi disyorkan ke sini seawal pagi.

Arashiyama Bamboo Groove

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Makcik-makcik buat hal..hehehe

Sesampai aje kami di Bamboo Groove atau dikenali juga dengan Bamboo Forest dan nampak aje pokok-pokok buluh tersebut terus kami berposing ramai-ramai, belum masuk ke dalam lagi dah teruja..hehehe.

Bukan tak pernah tengok pokok buluh di Malaysia, tapi di sini pokok-pokok buluh dia banyak dan tersusun rapi sepanjang jalan. Tak pernah lagi saya lihat pemandangan macam ni, pokok buluh tersusun rapi di kiri kanan jalan dan ditengah-tengah siap ada tempat pejalan kaki.

Disebabkan pemandangan yang cantik juga, maka tempat ini menjadi tempat pasangan yang baru berkahwin mengabdikan gambar-gambar perkahwinan disini. Semasa saya disini bertembung juga lah dengan 4 ke 5 pasangan yang sedang mengabdikan gambar perkahwinan disana.

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Jika anda penat nak berjalan, terdapat juga khidmat pengankutan yang di panggil Rickshaw (yang ni anda kena bayar le). Anda akan dibawa diatas kenderaan tersebut sambil ditarik oleh abang-abang tegap, perghh memang kuat betul mereka ni.

Di sini kalau anda bernasib baik boleh lah tangkap gambar tanpa background orang ramai, memang susah nak tangkap gambar kita sendiri. Memang tempat ni sentiasa sibuk. Satu lagi, kalau sembarangan nak tangkap gambar orang kat sana, sebab orang jepun ni tak suka kita candid, so kena lah hormati.

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Lautan manusia di Arashiyama Bamboo Groove

Sepanjang jalan memang tengok buluh aje lah. Dok terbayang, kalau lah kat Malaysia ada kawasan macam ni kan best. Sure ramai yang datang berposing-posing.

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Kami pantang tengok spot yang cantik-cantik, sure tak lepaskan peluang bergambar. Rugi tau kalau tak bergambar, bila lagi nak datang sini, ya tak? So peluang bergambar tu, tangkap je lah seberapa banyak yang boleh.

Berpeluang Menikmati Pemandang Torokko Dari Udara 

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Perancangan awal untuk ke Bamboo Groove ni, kami nak menaiki Sagano Romantik Train, ramai yang buat review kata kalau menaiki romantik train ni best dan dapat menikmati pemandang yang cantik sepanjang perjalanan nanti, tapi disebabkan kami keluar lewat sampai aje ke Stesen Umahori, nak beli tiket train orang dah beratur panjang maka kami ubah plan menaiki boat pula.

Walaupun hampa tak dapat menaiki Romantik Train, tapi kami cover kehampaan kami dengan menaiki Helikopter sewa yang ada di lapangan sawah padi bersebelahan Stesen Umahori tersebut.

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Kenangan yang sungguh menyeronokkan, maklum tak pernah naik helikopter selama ni, so dapat merasa naik heli memang teruja sesangat. Terpegun tau dapat melihat keindahan alam semulajadi dari udara.

Saya memilih duduk dibahagian depan, senang nak tengok pemandang. Kecut jugak perut, tapi best!

Hozugawa River Cruises Ke Arashiyama

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Untuk menaiki Hozugawa River Cruise ke Arashiyama kami kena ambil bas pula yang ada bersebelahan Stesen Umahori untuk ke pelantar boat di Kameoka dan beli tiket di sana. Agaknya diorang dah tahu ramai yang terlepas nak beli tiket train ni sebab tu ada option lain, pandai kan diorang?

Hozugawa River Cruise ni merupakan boat dari Kameoka ke Arashiyama, boat yang digunakan merupakan boat traditional dan buluh kayu digunakan untuk mengemudi boat tersebut. Setiap boat disediakan 3 orang pergemudi..walaupun badan kecil tapi kuat betul diorang ni.

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Sepanjang perjalanan, kami dapat menikmati pemandangan yang cukup cantik, maklum kami pergi musim autumm so dapatlah tengok daun-daun warna oren, dan sepanjang perjalanan tukang kayuh akan bercerita tentang sejarah sungai tersebut. Kami tak faham pun apa dia cakap, sebab diorang ni memang cakap Jepun je, bila dia tunjuk sesuatu..kami ikut lah pandang..hehehe.

Cara mereka mendayung memang saya respect sangat, penuh tenaga. Bukan calang-calang orang boleh kemudi boat dengan keadaan sungai yang sekejap tenang, sekejap lalu tempat curam dan berbatu, kami yang naik ni pun sekejap jerit sekejap ketawa, macam-macam suasana ada.

Terdapat juga warga tempatan yang menjual makanan dan minuman, tapi saya tak beli pun, nak makan dalam boat macam tak selesa pulak.

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

Rasanya sejam lebih jugak kami dalam boat tu, akhirnya sampai juga kami di Arashiyama. Perut lapar, makan dulu le, banyak juga kedai-kedai jual makanan ditebing sungai tersebut. Sebab lapar sangat tak sempat nak bergambar dengan makanan..hehe. Lepas makan baru lah bertenaga nak menapak ke Bamboo Groove.

Memang seronok pengalaman kami ke Arashiyama Bamboo Groove ni. Macam-macam aktiviti kami boleh buat, dapat naik helicopter, dapat naik boat, boleh tengok Bamboo Groove yang terkenal di dunia. Walaupun penat tapi tak terasa penat bila dapat semua pengalaman yang tak tahu bila akan dapat lagi.

Kembara Jepun, Jepun, Kyoto, Arashiyama Bamboo Groove, Bamboo Forest, Sagano Romantik Train, Stesen Umahori, Pemandangan Torokko Dari Udara, Hozugawa River Cruises, Kameoka, Bamboo Groove

So sesiapa yang akan travel ke Jepun nanti, jangan lupa singgah di Arashiyama Bamboo Groove ni, selain apa yang saya tulis ni, banyak lagi tarikan yang anda boleh buat ketika disana.

Ok ya, saya stop dahulu untuk entry kali ni, jumpa lagi di entry seterusnya! Kalau anda nak tahu macam mana cara nak ke Arashiyama Bamboo Groove ni dari Kyoto, boleh search je kat Google, banyak review cara-cara nak ke tempat ini.

*Kalau nak baca entry kembara jepun sebelum ni boleh KLIK DISINI