Percutian ke Phnom Penh Cambodia ni dah beberapa bulan berlalu, baru ni aje berkesempatan untuk menulis. Pening kepala nak mulakan dari mana..hahaha..padan gan muka sendiri, asyik bertangguh aje.

Actually percutian ke Phnom Penh Cambodia ini merupakan percutian yang tidak dirancang dari awal. Jadi kita hanya berpandukan naluri dan buat aje apa yang sepatutnya di sana, dalam erti kata lain main redah aje..hehehe.

Nasib baik sebelum pergi kita dapat buat booking villa dekat sana yang murah, cuma jauh sedikit lah dari town. Nak kata jauh sangat tu tak adalah cuma 20 minit sahaja kalau naik tuk-tuk.

VILLA BORANG KAMPUCHEA

Villa yang kita duduk memang best, layanan yang kita terima memang terbaik. Bilik dia jugak bersih cuma kalau kita bukak aircon sebesar mana pun tetap terasa panas sebab cuaca di Phnom Penh ni memang panas. Terpaksa gunakan kipas jugak walaupun dah pasang aircon, so bersabar aje lah ya!

Phnom Penh, Cambodia, VILLA BORANG KAMPUCHEA, Kampuchea

VILLA BORANG KAMPUCHEA, Cambodia

TUK-TUK SEBAGAI KENDERAAN

Kami disana kemana-mana memang menggunakan tuk-tuk sebagai kenderaan kami. Itu aje kalau nak murah dan nak menggelakkan jem. Jem kat sini pun teruk jugak. Kalau naik tuk-tuk ni pulak, saya nasihatkan anda sediakan topeng muka, sebab abuk disini memang teruk sangat. Silap haribulan hidung dan muka boleh jadi hitam..hahaha.

Percutian Ke Phnom Penh Cambodia, Tuk Tuk Di Cambodia

Percutian Ke Phnom Penh Cambodia, Menaiki Tuk Tuk Di Cambodia

Kalau kita dah dapat tuk-tuk yang bagus baik kita gunakan hikmat dia sahaja untuk kemana-mana, sebab takut tertipu dan satu lagi kata tahu jalan tetapi sebenarnya mereka pun tak tahu. Saya dah terkena, berpusing-pusing pulak kita dibawanya. Sebab tulah saya hanya menggunakan 1 driver tuk-tuk aje kemana-mana selepas terkena.

TEMPAT MENARIK YANG SAYA LAWATI

  • KILLING FIELDS

Killing Fields Cheoung Ek, Cambodia, Phnom Phen Cambodia

Tak banyak yang saya dapat pergi ke tempat-tempat menarik di Phnom Penh ni. Nak pergi dari satu tempat ke satu tempat makan masa yang lama. Jadi kami sepakat pergi kebeberapa tempat yang paling famous sahaja di sana.

Di Phnom Penh ni memang terkenal dengan sejarah kekejaman Pol Pot rejim Khmer Rouge yang sanggup membunuh kaum sendiri disebabkan tamakkan kuasa.

Jadi tempat pertama yang saya pergi adalah ke Killing Fields di desa Cheoung Ek. Killing Fields ini merupakan tempat pembunuhan beramai-ramai rakyat Cambodia dengan kejam dan dikuburkan di kawasan lapang disana. Kejam kan?

Killing Fields Cheoung Ek, Cambodia

Dari hotel nak ke killing Field ambil masa 1 jam perjalanan dengan tuk-tuk. Tuk-tuk yang kami ambil ni merupakan driver yang ambil dari airport jadi memang kami upah dia sepanjang 1 hari kemana kami nak pergi. Jadi dia akan tunggu dan hantar kita sehingga kita balik semula ke hotel.

Sampai sahaja disana, setelah membayar entrance fee kami diberi audio yang mana, sepanjang perjalanan kita mengikut arahan yang diberi dan mengikut tanda-tanda yang ada disana, kita didengarkan tentang kisah pada zaman tersebut serta perjalanan tahanan yang akan dibunuh dan bagaimana mereka dibunuh.

Killing Fields Cheoung Ek

Killing Fields Cheoung Ek

Sambil melihat dan mendengar terasa-rasa keperitan yang dialami oleh mereka disaat-saat terakhir riwayat mereka , sedih sangat sehingga boleh menggalirkan airmata. Disana juga kita boleh melihat cebisan kain-kain dan tulang-tulang yang masih boleh dilihat disebabkan oleh hakisan hujan dan cuaca. Ngeri sungguh.

Killing Fields Cheoung Ek

Terdapat juga 1 pokok dimana tempat pembunuhan kanak-kanak kecil, disini mereka menghayun tubuh kanak-kanak ke pokok tersebut sehingga mati. Ya Allah, kejam sungguh mereka ini.

Killing Fields Cheoung Ek, Killing Tree

Bila melihat semua itu saya bersyukur duduk di Malaysia yang masih belum ada keganasan sebegitu.

  • Tuol Sleng Genocide

Tuol Sleng Genocide

Tuol Sleng Genocide

Muzium ini dahulunya merupakan sekolah kemudian dijadikan penjara untuk tahanan dan siksaan oleh tentera Khmer Rough.

Bayangkan mereka disumbat didalam sel yang begitu kecil. Bayangkan seksaan yang mereka terima ketika berada disana. Penuh dengan kesengsaraan, penuh dengan kesakitan.

Tuol Sleng Genocide

Tuol Sleng Genocide

Melihat segala siksaan dan kekejaman yang dilakukan terhadap tahanan terpampang di dinding dan melihat alatan untuk siksaan yang masih ada disana membuatkan saya senak perut. Melihat kezaliman rejim pol pot menyiksa para tahanan tanpa peri kemanusiaan membuatkan saya bersyukur sangat berada dibumi yang masih dikira aman damai.

Sayang sekali, ketika berada di sini saya tak boleh tangkap gambar sesuka hati. Undang-undang dah ketat pulak, so dapat ambil gambar apa yang patut aje.

Saya tak boleh bertahan lama disana. Melihat gambar-gambar tahanan yang tergantung di dinding dan membaca kisah mereka serta penyeksaan yang dialami buatkan saya ingin segera pulang. Hujan yang turun turut mengerti kesedihan yang saya hadapi ketika itu.

CRUISE DI SUNGAI MEKONG

CRUISE DI SUNGAI MEKONG, percutian ke Phnom Penh Cambodia

Tempat yang saya rasa ramai pelancong akan datang kesini untuk melihat matahari terbenam atau matahari naik, kita juga boleh nikmati makan malam di atas boat.

Sambil bercruise kita dapat melihat mereka yang susah hanya duduk di tebing-tebing sungai beralaskan dan berbumbungkan kotak atau kayu yang usang. Ada yang tinggal di atas sampan kecil bersama keluarga besar. Saya berkesempatan melihat 1 keluarga mandi menggunakan air sungai yang kotor.

CRUISE DI SUNGAI MEKONG, percutian ke Phnom Penh Cambodia

Sedih betul melihat kesusahan penduduk yang betul-betul susah disana. Kalau di Malaysia memang susah kita nak tengok kesusahan sebegini. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

AKTIVITI SHOPPING

Satu pekara di Phnom Phen ni, saya tak gila bershopping. Banyak-banyak negara yang saya pergi, ini lah negara yang saya tidak bershopping beria-ia. Tak ada satu pun yang berkenan di mata saya. Saya tahu ramai yang kata barang-barang emas dan silver murah-murah serta silk pun murah-murah tapi entah lah..memang tak ada yang berkenan dimata saya.

Saya sempat berjalan-jalan di Central Market, Toul Tum Poung Market dan beberapa market lagi disana yang kebanyakkkan pelancong pergi bershopping. Saya pun dah tak berapa ingat nama market-market tersebut. Untuk kemudahan anda yang nak ke market di sana, carilah nama-nama market tersebut di Google terlebih dahulu.

percutian ke Phnom Penh Cambodia, Central Market Cambodia

percutian ke Phnom Penh Cambodia, Shopping Di Cambodia

Pergi ke market mereka tu memang saya pergi jugak lah..keluar-keluar dengan tangan kosong. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya saya dapat melihat dan berjalan-jalan di market mereka.

percutian ke Phnom Penh Cambodia, Market di Cambodia

MAKANAN DI PHNOM PHEN

Di sini makanan halal ada, tapi tak berapa banyak. Tanya orang memang memanjang dia orang tak tahu so better kita kena tahu nama dan jalan awal-awal baru kita gitau orang tuk-tuk kemana kita nak makan.

Restaurant Asmak 81, Cambodia, Phonm Phen

Salah satu restaurant Halal yang ada di Phnom Phen Cambodia

 

percutian ke Phnom Penh Cambodia

Fried Beef Lok Lak. Yang ni memang sedap

percutian ke Phnom Penh Cambodia

Ikan goreng sweet and sour.

 

percutian ke Phnom Penh Cambodia

Ini namanya udang goreng kicap..hehehe. Rasa kicap banyak

Makanan muslim disini tak jauh beza dengan makanan Thailand. Kalau anda boleh makan makanan Thai bermakna bolehlah makan makanan disini. Cuma harga dia mahal sikit dari kita.

percutian ke Phnom Penh Cambodia, Makanan halal di Cambodia

Makanan Cambodia

Satu lagi, seafood dekat sini memang murah dan sedap, so jangan lepaskan peluang untuk merasa seafood disini.

Kalau tanya nama-nama kedai yang saya pergi, minta maaf banyak-banyak memang saya tak ingat. Saya dah tangkap gambar kedai tersebut dan banyak lagi gambar yang saya tangkap dengan kamera tapi entah macam mana semua gambar hilang.

Sebab tulah nama kedai, nama jalan, nama tempat shopping hanya sebahagian aje yang saya dapat masukkan disini. Eshhh…frust sungguh, nasib baik dalam phone ada sedikit gambar ni.

Berakhirlah sudah pengalaman percutian ke Phnom Penh Cambodia ini. Memang penuh dengan kenangan yang tak boleh dilupakan. Lepas ni teringin nak ke Siem Riep pulak, insaallah kalau ada rezeki teringin nak tengok Angkor Wat pulak, Insaallah..