Percutian ke Bohol Philippines memang percutian yang saya dah rancang dari tahun 2015 lagi. Sebabkan nak tiket murah jadi booked tiket awal-awal dengan Airasia. Plan bulan March 2016 sebab time tu anak cuti sekolah.

Sebabkan kami ambil flight dari KLIA2 terus ke Cebu jadi kami kena mendarat terlebih dahulu di Mactan Cebu International Airport, cumanya kami tidak menginap di Cebu. Plan kami sesampai aje di Cebu terus ke Bohol dengan menaiki Ferry.

Percutian Ke Bohol Philippines, Mactan Cebu International Airport

Mactan Cebu International Airport

 

Setelah berada lebih kurang 4 jam dalam flight dan delay dalam 1 jam, akhirnya kami selamat sampai di Mactan Cebu International Airport. macam biasa cari counter prabayar. Satu kemestian. Kemudian bekejar cari taxi untuk ke Ocean Jet Pier Terminal, Pier 1, Cebu City. Kami kena cepat untuk dapatkan ferry pukul 4.00pm, tapi disebabkan flight delay so kami terlepas ferry tersebut, terpaksa tunggu ferry pukul 6.00pm.

Bermulanya Percutian Ke Bohol Philippines

Ocean Jet Pier Terminal, Cebu City, Percutian Ke Bohol

Ocean Jet Pier Terminal, Pier 1, Cebu City.

 

Ocean Jet Pier Terminal, Pier 1, Cebu City, Percutian Ke Bohol Philippines

Perjalanan menaiki ferry ke terminal Tagbilaran mengambil masa 2 jam. Kalau nak aircon pun ada dan nak ruang tak ber aircon pun boleh juga. Kelebihan yang beraircon boleh tengok tv dan ada orang jual makanan.

Harga ferry satu perjalanan RM40/:(tak ada aircorn) dan yang ber aircon RM50/:.

Ocean Jet Pier Terminal, Pier 1, Cebu City, Ferry To Bohol

Ferry To Bohol

 

Sesampai sahaja kami di Terminal Tagbilaran, Bohol, kami di jemput oleh driver tempat kami menginap, senang sebab kemudahan semua disediakan. Sebelum kami di bawa ke Villa kami menginap, sempat lagi kami suruh driver tu singgah tempat makan.

Kami di bawa ke Bohol Bee Farm, tempat ni memang famous dengan pelancong menginap tapi kami hanya singgah untuk dinner sahaja. Makanan di sini semua organic, bahan-bahan dari farm mereka sendiri. Halal memang tidak so kami hanya ambil seafood dan roti sahaja..huhuhu.

Percutian Ke Bohol Philippines, Bohol Bee Farm

Bohol Bee Farm

 

Sebab sampai malam di Bee Farm ni so nak tengok pemandangan atau survey resort di sini dah gelap, tangkap gambar pun jadi gelap je. Jadinya kami hanya makan lepas tu terus ke Villa kami.

Hari pertama kami sampai di Bohol memang tak ada aktiviti sebab dah malam. Bermakna kami rugi 1 hari bila sampai di Bohol..huhuhu.

Island View Holiday Villa, Panglao Bohol

Island View Holiday Villa, Panglao Bohol, Percutian Ke Bohol Philippines

Island View Holiday Villa, Panglao Bohol

 

Island View Holiday Villa, Panglao Bohol, Percutian Ke Bohol Philippines

Inilah Villa yang kami duduk ketika percutian ke Bohol Philippines. Memang cantik tempat dia dan berdekatan dengan laut. 5 min je jalan kaki dah sampai pantai. Terdapat 2 Villa dan 1 Villa lagi dalam pembinaan.

Villa ini merupakan private property so harga dia kira lebih sikit dari hotel budget tapi still murah jugak bagi saya sebab satu Villa boleh muat 4 ke 5 orang.

Harga 1 villa lebih kurang RM1000/: untuk 4 malam. Kalau pergi group memang berbaloi-baloi sangat.

Sarapan pagi di sediakan. Setiap pagi memang kami ternanti-nanti sarapan pagi dari mereka yang akan di hantar terus ke Villa kita.

Breakfast Di Island View Holiday Villa, Panglao Bohol,

Breakfast di Island View Holiday Villa, Panglao Bohol

 

Island View Holiday Villa, Panglao Bohol

Bilik yang disediakan memang bersih. Ada 2 tingkat. Dibawah ada ruang tamu serta katil queen saiz dan mini kitchen, tingkat atas pula ada katil queen saiz serta almari. Memang selesa sangat.

Disediakan juga air dalam bekas yang ditapis untuk kegunaan tetamu yang menginap. Di ingatkan disini air paip mereka juga masin so nasib baik mereka siapkan air yang telah ditapis. Cuma masa mandi atau gosok gigi tu terasa jugaklah masin dia, rambut pun jadi keras..hehehe.

Island View Holiday Villa, Panglao Bohol

Island View Holiday Villa, Panglao Bohol

Kepunyaan Kelvin (Australian) dan wife Glenda (Philipinoy), ramah dan baik hati sangat. Sentiasa berkerjasama jika kita nak minta bantuan atau nak tanya apa-apa. Nak kemana-mana, cakap aje dengan dia, sure dia boleh hantar atau carikan driver untuk kita.

Owner Island View Holiday Villa, Panglao Bohol

Owner Villa tempat kami menginap

 

Percutian ke Bohol Philippines kali ini nak kata budget tidak nak kata bukan budget pun tidak, so kiranya sedang-sedang sahaja..hehehe. Kami pun ambik private tour untuk Island Hopping yang berharga RM200/: dan Country Site Tour berharga RM250/:

Nanti saya ceritakan tentang pengalaman saya buat Island Hoping dan Country Site Tour di entry selepas ini. Tak baca rugi sebab ada pengalaman yang mencabar yang tak pernah lagi saya buat sebelum ini. Tunggu tau!!