Chef Gan Chee Keong Bersama Kuih Bulan Perisa Baru Untuk Perayaan Kuih Bulan Di Resorts World Genting

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Perayaan Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut meriah dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.

Resorts World Genting tidak ketinggalan menyambut kedatangan Perayaan Pertengahan Musim Luruh  dengan menyediakan pelbagai pilihan kuih bulan dan perhiasan tanglung bagi meraikan sambutan tersebut.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada Perayaan Kuih Bulan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.

Ketika ini sudah menjadi satu kemestian bagi setiap pusat beli-belah, restoran dan juga gerai-gerai bersaing sesama sendiri bagi menyediakan resepi baru kuih tradisional itu.

Pelbagai Pilihan Kuih Bulan Bagi Meraikan Perayaan Kuih Bulan di Resorts World Genting

Sehubungan itu Resorts World Genting turut menawarkan pelbagai pilihan kuih bulan buat para pengunjung bersempena Perayaan Kuih Bulan.

Bermula 19 Ogos ini sehingga 4 Oktober nanti, penggemar kuih bulan boleh membelinya di Garden Courtyard (Tingkat 1, pusat beli-belah SkyAvenue), antara pukul 12 tengah hari hingga 8 malam.

Terdapat juga kios khas di Wisma Genting yang menjual kuih tradisional ini iaitu di OneHub (bersebelahan kaunter tiket Resort World Tours) dengan pelbagai pilihan yang pasti membuka selera anda.

Pembelian boleh dilakukan bermula 11 sehingga 29 September (kecuali pada hujung minggu dan cuti umum) dari pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Kuih Bulan Berperisa Baru Yang Pasti Menaikkan Selera Anda

Perayaan Kuih Bulan, Resorts World Genting, Kuih Bulan Perisa Baru, Perayaan Kuih Bulan di Resorts World Genting, kuih tradisional, pelbagai pilihan kuih bulan, Perayaan Pertengahan Musim Luruh

Kuih Bulan Perisa Baru Di Resorts World Genting

Pada tahun ini terdapat Kuih Bulan berperisa baru yang pasti akan menaikkan selera anda, antaranya :

TOP   : (From Left to Right)

普洱陈皮蛋沙 (NEW) 
RM 19.00 nett per no
Pu Er Lotus Paste with Dry Mandarin Orange Jingsa
(Pes teratai berperisa teh pu er dengan jingsa oren mandarin kering)
单黄金蜀蓉 (NEW)
RM 19.00 nett per no
Sweet Corn  Paste with Single Yolk
(pes jagung manis dengan satu telur kuning)
龍果椰皇金沙 (NEW)
RM 19.00 nett per no
Dragon Fruit Lotus Paste With Coconut Jingsa
(pes buah naga bersama kelapa jingsa)

BOTTOM  : (From Left to Right)

白玉奶皇金翡翠 (NEW)
RM 19.00 nett per no
White Pandan Jade With Buttermilk Custard
(pes jed pandan putih kastad susu mentega)
黑芝麻绿茶蓉 (NEW)
RM 19.00 nett per
Green Tea  Paste with Black Sesame Jingsa
(pes teh hijau dengan bijan hitam jingsa)
冰皮果仁蓝莓蓉 (NEW),
RM 19.00 nett
Snow Skin Blueberry Paste
(kuih bulan putih dengan pes beri biru)

 

Tidak dilupakan juga beberapa jenis kuih bulan perisa tradisi yang menjadi kegemaran ramai iaitu pes teratai putih kurang manis, pes teratai dengan satu kuning telur atau dua kuning telur, pes kacang merah, pes teratai teh hijau, pes jed emas dengan satu kuning telur, pes teratai durian, pes kacang “Ng Yan”, pes teratai putih dengan telur kuning bijan hitam serta pes pu er teratai bersama satu telur kuning.

Kuih Bulan Dewa Kekayaan pula boleh didapati dua biji dalam satu paket. Lagi banyak anda beli lebih untung kerana setiap pembelian 50 kotak (satu kotak mengandungi empat biji) diskaun sebanyak 30% akan diberikan. Setiap pembelian empat biji kuih bulan pula, pengunjung akan menerima kotak perhiasan secara percuma.

Buat mereka yang meminati Kuih Bulan, bolehlah dapatkan maklumat lanjut, hubungi +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com.