Saya nak cerita sikit ni , sekarang saya ada peraturan baru , peraturan buat tetamu yang tidak menyukai kucing.

Baru-baru ni saya terjumpa satu risalah tentang peraturan kalau nak datang kerumah yang pemiliknya mempunyai kucing. Bila saya baca risalah tersebut , saya amat tertarik untuk dijadikan peraturan buat tetamu yang tidak menyukai kucing. Saya nak print untuk dijadikan poster dan nak lekatkan dekat rumah..hehehe.

Sesiapa yang datang kerumah , jika ternampak poster ni faham-faham ajelah ya. Anda akan tahu saya orangnya yang bagaimana.

Buat tetamu yang nak datang kerumah saya peraturan ini diharuskan baca ni dulu..

Peraturan Buat Tetamu Yang Tidak Menyukai Kucing , Peraturan Buat Tetamu Yang Ingin Datang Kerumah , Peraturan , Kucing

Peraturan Baru Buat Sesiapa Yang Tak Suka Kucing Dan Nak Berkunjung Kerumah Saya..

Peraturan buat tetamu yang tidak menyukai kucing ini saya buat bukan sekadar main-main , saya serious dengan benda ni jadi peraturan ini harus diikuti , kalau tak nak ikut lebih baik tak payah datang. Kalau datang tapi tak suka salah satu daripada keluarga saya..ummm lebih baik rasanya tak payah datang.

Untuk pengetahuan anda semua , saya ni ada 3 ekor kucing tapi dirumah saya tidak semestinya ada 3 ekor ini sahaja. Saya ada buat boarding services untuk kucing ( Tuty’s Guest House ). Kadang-kadang ada 10 ekor , kadang-kadang 8 ekor , tak tentu jumlah satu-satu masa..semua ini bergantung jumlah orang yang hantar boarding kerumah saya.

Jadi bila ada tetamu yang datang tengok banyak kucing dirumah saya kemudian dok mengomel-ngomel belakang saya , saya boleh jadi marah dan sakit hati. Saya cukup menyampah kalau orang geli dengan kucing , geli dengan bulu , takut kucing gigit dan bla bla bla… Bagi saya orang sebegini cukup mengada-ngada. Daripada saya menyampah tengok gelagat masing-masing lebih baik saya buat peraturan buat tetamu yang tidak menyukai kucing macam ni.

Kalau nak sangat atau ada hal penting nak berjumpa saya, saya lebih rela jumpa diluar dengan orang-orang sebegini. Bagi pencinta kucing , saya no problem sebab saya tahu kita semua tidak akan buat yang bukan-bukan atau mengata belakang pada tuan yang mempunyai kucing.