Pada 3hb June 2015 saya serta beberapa orang blogger dan media di jemput serta di beri kesempatan merasai pengalaman penuh gaya di Quill City Mall. Dah lama juga saya tak merasai pengalaman penuh gaya sebegini dan peluang ” Get Style” ihsan dari pihak Quill City Mall ini merupakan peluang buat saya untuk merasai keseronokkan bershopping dengan penuh gaya.

Sebagai tetamu Quill City Mall kami semua dibawa kebeberapa kedai dan mencuba sendiri pakaian yang ada dikedai tersebut. Kami juga diberi voucher yang mana kami boleh membeli belah barangan apa yang kami suka. Kami juga diberi rawatan rambut dan muka percuma serta dihidangkan makanan yang enak disana.

Quill City Mall, Bersama Blogger Dan Media di Quill City Mall

Bergambar bersama para blogger/media dan Chief Operating Officer Quill City Mall, Mr CK Ng

Sebelum kami dibawa menjelajah ruang kedai yang terpilih kami telah diberi penerangan serba sedikit oleh Mr Ck Ng, Chief Operating Officer of the Quill Group of Companies berkenaan dengan Quill City Mall tersebut.

Disini saya akan bawa anda melawat beberapa kedai yang saya lawati ketika berada di Quill City Mall.

NEXT OUTLET

Next Outlet Quill City Mall, Quill City Mall Kuala Lumpur

Bergambar dengan staff Next setelah membeli belah

Kedai yang pertama kami kunjungi ialah NEXT. Product NEXT merupakan barangan dari United Kingdom dan menawarkan rekaan yang menarik dan direka indah serta berkualiti. Harga juga memang bersesuaian dengan kualiti.

Terdapat berbagai fesyen baju, kasut serta aksesori untuk wanita, lelaki serta kanak-kanak di NEXT Outlet Quill City Mall ini.

Bagi saya memang tak rugi membeli belah di NEXT ini. Saya pun sampai terjebak beli seluar 1 helai dengan menggunakan voucher yang diberi hehehe. Memang selesa dan berbaloi sangat.

ROCKPORT OUTLET

Rockport Outlet Di Quill City Mall

Rockport Outlet

Selesai membeli belah di NEXT kami dibawa pula ke ROCKPORT OUTLET.

Untuk mereka yang inginkan kasut yang mempunyai ciri-ciri keselesaan dan dalam masa yang sama nampak bergaya, saya cadangkan anda pilih ROCKPORT. Dari awal ROCKPORT sentiasa percaya bahawa tidak perlu menjadi pemisah antara kasut yang bergaya dan kasut yang selesa.

Saya ada juga mencuba kasut ROCKPORT ketika di outlet tersebut, kasut dia memang ringan dan selesa. Kami juga di beri tips tentang penjagaan kasut serta pemilihan kasut yang bersesuaian dengan kaki kita.

Owhh ya, ROCKPORT juga telah menyertai ADIDAS dan memanfaatkan teknologi adidas untuk membawa inovasi sukan serta membawa inspirasi untuk kasut pakaian kasual.

DERMA MASTER OUTLET

Derma Master Outlet Quill City Mall

Seterusnya kami di bawa ke DERMA MASTER outlet iaitu pusat dermatologi yang berasal dari Korea. Dilengkapi dengan teknik Korea dan mereka menyediakan doktor yang bertauliah untuk membuat rawatan ke atas wajah anda.

Disini tersedia rawatan anti penuaan, rawatan kecantikkan serta rawatan kesihatan kulit.

Kami diberi penerangan tentang cara-cara rawatan yang mereka sediakan dan berpeluang melihat bagaimana cara rawatan ke atas customer menggunakan kaedah AIRTHRU iaitu memasukkan serum ke wajah.

Yang bestnya kami diberi starter kit bahan pencuci mereka. Lepas ni saya nak cuba gunakan product mereka terutama masker gold mereka.

A-SALOON

A-Saloon Quill City Mall

Sesudah melihat rawatan di Derma Master kami di bawa pula ke A-Saloon. Wahhh…memang best le saya disini. Kami diberi rawatan rambut yang menggunakan product Shisedo.

Di A-Saloon tersedia bilik khas untuk muslimah jadi buat mereka yang berhijab tak perlu risau untuk mendapatkan rawatan rambut disini.

Treatment di A-Saloon

Fuhhh…memang syiok saya disini dengan urutan yang memang best dari pekerja mereka yang berpengalaman. Lepas selesai rawatan, saya dapat rasai rambut saya begitu lembut dan harum.

ETHNIC SENSE

Ethnic Sense Outlet Quill City Mall

Di sini memang saya suka sangat-sangat. Biasalah perempuan kalau shopping baju memang gila-gila sikit, lebih-lebih lagi kalau harga dia memang berpatutan dan cantik dimata kita.

Sampai 3 baju saya beli disini, tak cukup voucher sampai saya keluarkan duit sendiri lagi hahaha. So kalau datang ke ETHNIC SENSE ni bawak duit lebih-lebih so boleh shopping banyak-banyak. Baju dia memang cantik-cantik.

TOMAZ SHOES

Tomaz Outlet Quill City Mall

Berhadapan dengan Ethnic Sense terdapat pula kedai kasut iaitu TOMAZ SHOES. Kami juga dibawa ke kedai ini.

Disini pun saya jadi rambang mata. Cuba bermacam-macam kasut dan memang selesa bila dipakai, kasut dia pun canti-cantik. Bila saya tengok harga dia, memang terkejut jugak saya dibuatnya, ingatkan mahal kisahnya memang murah gila.

Kisahnya TOMAZ SHOES memang direka untuk pelanggan dengan rekaan yang yang cantik bergaya tetapi dijual dengan harga yang rendah. Best kan!

Harus selepas ini kedai Tomaz Shoes termasuk dalam list tempat membeli belah kasut saya.

FACE SHOP

Face Shop Outlet Quill City Mall

Kedai seterusnya, kami dibawa ke Face Shop outlet. Wahhhh…best best, saya memang ada menggunakan product daripada Face Shop ini. Semasa saya ke Korea memang banyak saya beli barang-barang dari Face Shop. Product dia memang dari Korea, jadi dah tak payah pergi Korea dah, semua ada terjual disini.

Terdiri daripada 1000 product mewah merangkumi barangan penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan badan, product rambut serta aksesori. Product yang berkualiti dan diperbuat daripada 600 bahan-bahan semulajadi seperti beras, ekstrak bunga, buah-buahan dan perbagai herba-herba yang terpilih.

Layanan yang kami dapat sewaktu di sini memang best, dapat massage tangan menggunakan product mereka. Terasa lembut dan wangi tangan saya dibuatnya. Dapat pula free lotion, ummm memang gembira sangatlah dibuatnya.

LOWANNA

Lowanna Outlet

Lowanna merupakan tempat terakhir kami bershopping dengan penuh gaya. Lowanna merupakan kedai aksesori yang menjual barangan silver dan emas merangkumi rantai, gelang dan cincin untuk wanita yang ingin kelihatan elegan.

Merupakan perintis dalam reka bentuk manik, terkenal dengan keunikkan dalam reka bentuk yang menjadi cerita dalam kehidupan seseorang.

Lowanna Outlet

Disana kita boleh memilih manik-manik yang ada dan boleh buat design yang kita inginkan samada gelang atau rantai. Saya minat jugak, tapi nantilah satu hari nanti pasti saya akan beli dan reka sendiri apa yang saya inginkan.

CAFE ROMA

Makanan Sedap Di Caffe Roma

Selepas seharian bershopping dan berjalan, acara penutup kami ialah makan dan minum di Cafe Roma. Selepas penat berjalan memang inilah yang saya nantikan, makan dan minum ditempat yang selesa dan makanan yang sedap.

Masuk-masuk aje kedalam ruang Cafe Roma, kami disambut dan dilayan dengan penuh mesra. Haruman dari bau coffee dan pizza menusuk ke hidung saya. Sungguh harum dan menyelerakan. Serta merta perut terus terasa lapar..hehehe

Pizza Sedap Di Caffe Roma

Pizza dia memang sedap sangat, tak tahu saya nak cerita, anda boleh rasa sendiri kesedapan pizza di Cafe Roma ini.

Pineapple Meringue Tart Di Caffe Roma

Chocolate Lava Moleten Yang Sedap Di Cafe RomaBukan itu sahaja, kami juga dihidangkan dengan pencuci mulut yang begitu sedap. Terasa-rasa lagi dimulut saya sehingga saya pulang ke rumah akan kesedapan dia.

Jika anda membeli belah di Quill City Mall, bolehlah nanti anda singgah ke Cafe Roma dan tempat-tempat yang saya tulis di atas. Pasti anda puas hati dengan suasana di pusat membeli belah ini.

Akhir sekali tengoklah apa yang saya terima dan bawa balik setelah penat bershopping dengan penuh gaya di Quill City Mall. Jangan jealous ok..hehehe.

Barang-barang Shopping Di Quill City Mall