Pengalaman Menaiki Golden Reel, Studio City Macau, Ferris Wheels Macau, Studio City Macau

Pengalaman Menaiki Golden Reel Di Studio City Macau yang berbentuk angka 8

Lama betul saya tak buat entry pasal travel ni. Sampai terlupa banyak lagi kisah perjalanan saya yang belum saya catitkan di sini berkenaan Macau. Pengalaman menaiki Golden Reel Di Studio City Macau pun saya tak buat, sedangkan itulah pengalaman yang paling menarik ketika saya berada di Macau.

Ok lah, entry kali ni saya tak tulis banyak, hanya berkisar di Studio City Macau sahaja dan gambar-gambar yang sempat saya tangkap ketika disana.

Golden Reel Macau, Studio City Macau, Ferris Wheel Macau

Ketika saya ke Studio City ni, hanya kami bertiga sahaja yang pergi sebab kawan-kawan lain semua ke Hong Kong. Jadi kami bertiga sepakat menaiki bas percuma yang di sediakan khas berdekatan hotel kami untuk ke Studio City.

Pengalaman Menaiki Golden Reel, Studio City Macau, Ferris Wheel Macau

Memang di sini, sesetengah hotel menyediakan kemudahan bas percuma untuk membawa penumpang ke hotel mereka. Salah satu cara untuk menarik pengunjung ke hotel dan casino disana. Pandai sungguh mereka!

Pengalaman Menaiki Golden Reel Di Studio City Macau

Sebelum saya ke Macau, saya memang dah plan nak ke Studio City ni. Tempat baru jadi banyaklah iklan tentang Studio City ni di internet dan majalah/akhbar. Bila dapat peluang ke Macau, seharusnya tempat ini menjadi salah satu tempat yang harus saya jejaki.

Studio City merupakan sebuah resort hotel dan casino, juga terdapat pusat membeli belah serta taman permainan di dalam bangunan ini. Telah di buka secara rasmi pada 27hb Oktober 2015. Kiranya masa saya kesana baru beberapa bulan tempat ini beroperasi.

Memang besar Studio City ni, terdapat banyak butik-butik branded di kawasan The Boulevard dalam ruang legar Studio City. Nak bershopping memang tidaklah, kebanyakkan butik-butik mahal aje di sana.

Golden Reel Di Studio City Macau, The Boulevard Macau, Ferris Wheel Macau

Disebabkan dalam Studio City ni besar, nak sampai ke tempat jual tiket untuk menaiki Golden Reel ferries wheel ni boleh tersesat dibuatnya..hehehe. Tapi tak apa boleh cuci mata gitu. Nak beli tiket senang aje sebab kebetulan masa saya pergi tak lah ramai orang sangat. Harga tiket tak silap saya HK100, nak naik sangat so pejam mata ajelah beli tiket.

Golden Reel Studio City Macau, Ferris Wheel Macau, Tiket Ferris Wheel

Sebelum nak naik ferris wheel ni, terasa seriau jugak, maklumlah dah tahu ketinggian dia macam mana so asyik bayangkan bukan-bukan aje, tapi sebabkan dah nekad nak mencuba so tawakal aje lah.

Yang menariknya terdapat dua menara hotel Studio City iaitu The Star Tower dan Menara Selebriti dihubungkan oleh Golden Reel yang bertemakan Ferris Wheel dalam bentuk angka 8 serta yang pertama seumpamanya di dunia, digantung pada 130 meter antara kedua-dua hotel tersebut. Mempunyai 17 kabin dan boleh menampung 10 penumpang dalam setiap satu kabin.

Pengalaman Menaiki Golden Reel Di Studio City Macau

Kalau tengok dari jauh Studio City ni memang menakjubkan, tapi sayang tak dapat nak tangkap keseluruhan bangunan ni sebab besar sangat, nasib baik ada replika keseluruhan bangunan ini so boleh lah tangkap gambar tersebut. Sama aje dengan bangunan sebenar.

Pengalaman Menaiki Golden Reel Di Studio City Macau

Inilah replika Studio City dan Golden Reel Ferris Wheel. Kalau tengok sebenar-benarnya macam ni lah bentuk dia

Golden Reel Ferris Wheel Macau

Bila dah berada dalam Ferris Wheel ni, perasaan takut, gayat, kecut semua hilang. Timbul rasa seronok dan kagum, yang paling seronok sudah semestinya anak saya lah..hehehe.

Golden Reel Macau, Ferris Wheel Macau, Studio City Macau

Kabin kaca yang membolehkan kita melihat pemandangan luar dari berbagai arah dengan jelas. Yang bagusnya saya pergi masa dah nak gelap jadi dapatlah lihat pemandangan yang begitu cantik dengan lampu yang bergemelapan.

Cuma permandangan yang lain-lain tak banyak sangat untuk dilihat, hanya ternampak Galaxy Hotel, SE sukan asia Stadium dan Daerah Hengqin dimana terletak kampus University Macau.

Keseronokkan berada dalam kabin tersebut sekitar 15 minit sahaja. Ummm…berbaloi ke bayar HK100? Berbaloi atau tidak ia merupakan satu pengalaman menaiki Golden Reel Di Studio City Macau buat sesetengah orang.

Golden Reel Macau, Ferris Wheel Macau, studio City Macau

Golden Reel Macau, Ferris Wheel Macau, Studio City Macau

Actually banyak lagi tarikan yang terdapat dalam Studio City antaranya ialah The House Of Magic, Batman Dark Flight dan beberapa lagi. Tapi saya hanya naik Ferris Wheel sahaja. Tak berminat yang lain-lain. Lagipun tiket bukannya murah..hehehe.

Buat anda yang ingin merasai pengalaman menaiki Golden Reel di Studio City Macau ini, boleh lah datang ke Studio City ini dan merasai sendiri pengalaman menaiki Ferris Wheel yang hanya terdapat di Macau sahaja buat masa sekarang ini.