Hari ini dalam sejarah dan tak pernah terfikir akan buat semua benda-benda macam ni. Bila dah tak pernah terfikir..bermakna sure akan jadi kecoh bila benda tersebut betul-betul berlaku. Pengalaman jadi bidan terjun ni memang tak pernah di mimpikan langsung, maklumlah..akak ni bukannya berani tengok darah-darah ni.

Tapi hari ni memang saya terpaksa jadi bidan terjun. Bukan pada manusia tapi kepada kucing.

Sebenarnya kucing ni bukan kucing saya tapi dah selalu sangat datang ke rumah saya untuk makan. Saya rasa kucing ni orang buang. Disebabkan saya tiap-tiap hari memberi makan kepada kucing jalanan yang ada diarea rumah saya, jadi kucing ni pun turut ikut serta. Kucing-kucing ni saya ada bagi nama, dan yang ini saya beri nama Girlgirl. Dia ni datang ke rumah saya memang dah mengandung.

Jadi Bidan Terjun

Inilah dia girlgirl si kucing jalanan yang saya tolong dia beranak.

Nak jadi cerita, semalam dia sibuk panggil-panggil saya diluar rumah, ingatkan nak makan so saya bagi makan tapi dia tak nak. Saya tengok dia macam dah tak tentu arah. Saya rasa dah time dia nak beranak. Kesian pulak saya tengok dia, nak biarkan dia beranak di luar rumah tak sampai hati jadi saya bawa dia masuk kerumah saya dan siapkan tempat untuk dia beranak.

Tunggu punya tunggu, sampailah ke pagi tak pulak dia beranak jadi saya tidur sekejap. Dalam tengahari masih belum lagi, lepas anak saya ke sekolah, saya jenguk dia..dah ada 2 anak dekat sebelah dia tapi diatas pasir dengan uri-uri diselaputi pasir.

Jadi Bidan Terjun

Girlgirl bersama anak yang baru dilahirkan. Kesian girlgirl..kepenatan sungguh dia.

Apa lagi jadi kelam kabutlah saya dibuatnya. Dah lah saya tak pernah tengok kucing beranak, kali ni saya kena jadi bidan terjun pada kucing ni.

Terus saya messagelah sesiapa yang saya tahu dan call kawan saya suruh balik cepat..(hehehe…macam nak sambut ornag bersalin pulakkan saya punya gelabah).

Lepas aje saya alihkan yang 2 baby tersebut ke tempat yang bersih, sekali lagi girlgirl nak keluarkan lagi satu baby, masa nilah saya jadi macam nak pitam sebab, girlgirl tiba-tiba tak nak meneran sedangkan baby dia dah separuh keluar, saya tunggu masih tak keluar..tunggu lagi..belum jugak, akhirnya saya nekat tolong tarik anak girlgirl tersebut. Uri pulak melekat so kena tarik pulak uri tersebut keluar.

Yang ke 4 jugak begitu, saya terpaksa tolong girlgirl keluarkan baby dia. Bila semua baby dah keluar girlgirl langsung tak nak bersihkan uri dia, so tergantung-gantunglah uri di pusat ke empat empat baby tersebut.

Sempat lagi saya bermessage tanya sesiapa yang tahu, ada yang sunggest saya potong dan macam-macam…saya jadi blur sekejap, last-last saya terus potong uri tu. Kemudian saya call doctor, doktor suruh ikat baki tali pusat baby tu, bila saya nak ikat tak boleh..saya terpotong pendek. Doktor ada cakap sebelum potong saya kena ikat dulu uri tersebut….huhuhu mana lah saya tahu. Last-last saya menangis sensorang.

Jadi Bidan Terjun

Ke lima lima anak girlgirl stelah 8 jam dilahirkan

Dalam kecoh-kecoh saya seorang menyambut baby girlgirl, akhirnya semua selesai. Bila dah selesai barulah kawan saya datang.

Eh eh..ingatkan dah selesai, dalam satu jam jugak saya berborak dengan kawan saya, bila saya tinjau…tengok tengok dari empat tiba-tiba jadi lima. Laaaa dia beranak lagi kisahnya, tapi kali ni semua dah bersih.

Fuhhh..memang drama sungguh hari ni. Penuh dengan kelam kabut, penuh dengan air mata(saya yang nangis) dan macam-macam lagi. Harap-harap anak-anak dan girl-girl dalam keadaan sihat dan semuanya selamat.

Akhirnya saya yang jadi bidan terjun sementara ini yang pengsan sebab kepenatan. Penggalaman jadi bidan terjun dan pengalaman menolong kucing beranak ini akan saya ingat sampai bila-bila.

*Peringatan untuk diri sendiri, jangan ingat kita sayang dan suka kucing kita tahu serba serbi pasal kucing ni. Banyak benda yang kita tak tahu sebenarnyanya…terutama hal-hal macam ni. Lepas ni nak kena belajar lagi pasal kucing ni.