Kisah yang ingin saya ceritakan ini memang kisah yang terjadi pada diri saya sendiri. Kisah ini memang saya tidak pernah ceritakan pada sesiapa pun, hanya yang terapat dengan sahaja yang tahu apa yang pernah saya alami ketika itu. Pengalaman menyeramkan badan di tumpang SESUATU terjadi kira-kira 11 tahun yang lalu.

Pengalaman Menyeramkan Badan Di Tumpang SESUATU

Gambar sekadar hiasan

Selama ini saya malas nak bercerita kerana saya pasti ramai yang tak akan percaya. Saya dulu-dulu pun kalau orang bercerita kisah kena sihir ke, kisah nampak hantu ke..memang saya tak akan percaya punya. Bila terjadi pada saya sendiri, barulah saya percaya yang bukan kita sahaja yang menumpang di dunia ini tetapi ada juga makhuk lain selain kita.

Pengalaman Menyeramkan Badan Di Tumpang SESUATU

Kisah saya ini terjadi kira-kira 11 tahun yang lepas. Sampai sekarang saya masih tidak dapat lupakan kisah yang terjadi pada saya, yang diluar pemikiran saya.

Bermula kisah yang mana saya sering mengalami sakit dan sentiasa moody. Sesiapa yang berjumpa saya ketika itu akan tegur keadaan saya yang nampak pucat dan tak bermaya. Bagi saya mungkin saya tidak cukup tidur atau terlalu stress. Lama juga keadaan saya sebegitu, makin lama makin teruk jadinya.

Saya sering berasa penat dan sakit dibahagian tengkuk saya, terasa macam saya memikul sesuatu benda yang berat sehingga jadi lenguh dibahagian tengkuk. Malam saya tidak dapat tidur dan saya asyik nak marah sahaja, benda yang kecil pun saya akan marah-marah. Tak nak berjumpa orang dan hanya tidur sepanjang masa.

Lama juga saya berkeadaan macam tu. Sampailah rakan yang terapat datang kerumah melawat saya dan melihat keadaan saya yang semakin teruk, saya cerita akan kesakitan yang saya alami.

Salah seorang sahabat saya ajak saya berubat kampung. Mula-mula memang susah saya nak ikut sebab mana saya nak percaya semua ini,tapi mereka paksa juga saya pergi kerana mereka kesihan melihat keadaan saya yang begitu teruk ketika itu.

Berubat Dengan Ustaz

Bila asyik dipaksa dan sebab tak tahan dengan kesakitan yang semakin teruk, akhirnya saya pasrah dan ikut sahaja mana sahabat saya nak bawa saya berubat.

Saya dibawa kerumah Ustaz tersebut dalam pukul 10 malam. Semasa dalam perubatan tersebut, bila ustaz tersebut membaca ayat-ayat al-quran keatas saya, saya masih sedar lagi dan saya masih terasa waktu itu badan saya panas. Entah macam mana, keluar dari mulut saya, saya suruh dia berhenti baca ayat-ayat al-quran tersebut, saya kata yang saya panas. Saya pun tak tahu kenapa saya suruh ustaz itu berhenti membaca, dan apa yang saya ingat lepas tu saya maki-maki ustaz tu.

Saya sedar bila ustaz itu memegang tengkuk saya, dan saya juga sedar yang saya menjerit kesakitan. Lepas tu memang saya dah tak sedar apa-apa.

Pengalaman Menyeramkan Badan Di Tumpang SESUATU

Gambar sekadar hiasan

Kejadian selepas saya pengsan ini diceritakan semula oleh rakan-rakan yang terapat yang menemani saya berubat ketika itu.

Mereka cerita, bila saya pengsan, saya meronta-ronta ingin melepaskan diri. Apa yang diberitahu 4 orang lelaki telah memegang saya yang mana ketika itu saya cuba untuk berlari keluar dari rumah tersebut sambil menjerit-jerit “nak balik..nak balik..”. Saya mengilai, saya menangis, saya memaki hamun semua yang ada di sana. Saya siap cakar dan meludah ustaz tersebut.

Waktu itu, mereka yang melihat saya kata saya seperti orang kena histeria. Suasana ketika itu memang menyeramkan, tiba-tiba atap rumah bunyi bising seakan ditiup angin kuat, sedangkan tiada angin ribut ketika itu.

Ketika itu ustaz ada bertanya pada saya,” Siapa yang hantar kau?”. Mula-mula saya tak nak jawab, macam-macam helah saya berikan pada Ustaz tersebut, tapi setelah bermacam-macam Ustaz itu soal saya dan memegang tengkuk saya, saya akhirnya bersuara memujuk rayu agar saya di lepaskan.

“Tolong lah…saya janji saya akan pulang ke tempat asal saya, saya janji tak akan kacau dia lagi”, saya bersuara dengan suara yang begitu garau, wajah saya mereka kata dah tak serupa muka saya, teruk sangat, macam orang tua katanya.

Ustaz tanya lagi, “Siapa yang hantar kau? Kau berasal dari mana? Kenapa kau nak kacau sangat dia?

Ketika itu yang keluar dari mulut saya ” Tuan saya (dengan menyebut nama orang tersebut) yang hantar saya, untuk rosakkan kebahagiaan dia, tuan saya nak kan “sesuatu” yang dia miliki. Saya berasal dari hutan…..

Puas Ustaz pujuk agar yang menumpang saya ketika itu pulang ketempat asalnya.

Memang susah katanya benda tu nak tinggalkan badan saya dan pulang kepada tempat asalnya, macam-macam alasan dan helah dia beri pada ustaz. Lebih kurang 15 ke 20 minit, akhirnya ustaz berjaya buat dia keluar dari badan saya. Masa nak keluar itulah mereka kata saya menghalakan diri saya kearah pintu dan seakan-akan nak terbang sambil mengilai gilai.

Bila semua selesai dan saya sedar, memang saya tak tahu apa yang terjadi pada saya, yang saya tahu saya teramat letih seakan berlari laju, sehinggalah mereka yang melihat kejadian ketika itu ceritakan semuanya apa yang terjadi pada saya semasa saya pengsan.

Alhamdulillah, selepas beberapa kali berubat dengan ustaz tersebut, lama kelamaan saya semakin pulih dan sakit serta lenguh dibahu saya dah tak ada lagi.

Ustaz ada beritahu saya, selama saya sakit “sesuatu” tersebut telah menumpang dan berpaut di bahu saya. Mata kasar manusia biasa tak nampak, tapi ustaz tersebut sebenarnya nampak bila saya mula datang kerumah dia. Mengikut kata Ustaz tersebut, “SESUATU” yang menumpang badan saya tersebut adalah “HANTU RAYA“.

Saya tidak mahu menuduh sesiapa, walaupun waktu dalam tidak sedar itu “SESUATU” itu menyebut nama tuanya tapi saya tidak mahu berdendam.

Bila saya tahu kenapa saya jadi begitu, saya lepaskan apa yang penghantar “SESUATU” itu inginkan. Saya malas nak berebut dan bergaduh. Bagi saya, selagi saya tak lepaskan apa yang dihajatkan, selagi itu dia akan kacau hidup saya. Apa yang dia lakukan terhadap saya, dia jawablah di Akhirat kelak.

Walau macam mana pun selepas kejadian badan di tumpang SESUATU, saya amat berhati-hati. Ramai yang ingin mengambil kesempatan atas kesenangan dan kebahagian kita.

Kini, bila saya dah lepaskan apa yang dihajati, kehidupan saya makin tenang dan bahagia, Alhamdulillah.

Kejadian yang menimpa saya ini mungkin sesuatu yang mustahil buat sesetengah orang, tapi inilah kejadian yang sebenar yang telah menimpa saya dan saya alami sendiri. Memang seram jugak lah bila pikir-pikirkan balik dan kita ketahui sebenarnya selama ini ada sesuatu yang menumpang dalam badan kita.

Pengalaman badan di Tumpang SESUATU ini adalah satu pengalaman dan pengajaran buat saya, supaya kita berhati-hati. Manusia ini tak tentu sikapnya, dalam diam tersimpan seribu dendam.

Filem Volkswagen Kuning

volkswagen kuning , Filem Volkswagen Kuning, Filem Seram

Pengalaman Menyeramkan Badan Di Tumpang SESUATU yang saya alami diatas tidak ada kena mengena dengan filem Volkswagen Kuning ini, cuma saya selitkan sedikit intro pasal filem ini sebab nak ajak anda sama-sama saksikan filem yang akan keudara di Pawagam pada 22 hb September 2016.

Kadang-kadang bila kita lihat filem sebegini, kita rasa semua adalah imiginasi seseorang, tapi sebenarnya ada juga kisah-kisah yang sebegini terjadi pada sesetengah diantara kita, sebagaimana yang terjadi kepada saya.

Setiap apa yang terjadi boleh dijadikan pengajaran dan ikhtibar buat kita di dunia ini.

Sinopsis Volkswagen Kuning

volkswagen kuning , Filem Volkswagen Kuning, Filem Seram

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

 

“Blogger Contest” – Filem Volkswagen Kuning

Entry ini merupakan “Blogger Contest” – Filem Volkswagen Kuning anjuran Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd. Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning.

Pada yang berminat untuk turut serta dalam blogger contest yang akan berakhir 14hb Sept ini, boleh layari :   >>Blogger Contest – Filem Volkswagen Kuning<<

Blogger Contest Filem Volkswagen Kuning, OppoF1s , SelfieExpert

Tajaan :

#OppoF1s #SelfieExpert