Majlis Pengagihan Produk Fonterra Dan Bubur Lambuk Di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi

Majlis Pengagihan Produk Fonterra Dan Bubur Lambuk Di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi

Bersempena bulan Ramadhan 2017 yang penuh keberkatan, dan juga sempena menyambut Hari Susu Sedunia (World Milk Day) yang jatuh pada 1 Jun 2017, pihak Fonterra Brands Malaysia serta kumpulan pengurusan Fonterra telah mengambil inisiatif dan keperihatinan memenuhi tanggungjawab sosial khusus kepada komuniti Pantai Dalam yang menyambut Ramadhan.

Fonterra Brands Malaysia, Hari Susu Sedunia, Kampung Kerinchi, komuniti Pantai Dalam, Majlis Pengagihan Produk Fonterra, Masjid Al-Ikhlasiah, pek berbuka puasa, pengagihan bubur lambuk, Produk Ternusu Dari Fonterra, World Milk Day, Produk Fonterra

Manakala hari susu sedunia(World Milk Day) merupakan satu inisiatif oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), ia adalah terkenal dan mengetahui tentang kepentingan susu dan produk ternusu sebagai sumber nutrisi untuk berjuta-juta penduduk di seluruh dunia.

Majlis Pengagihan Produk Fonterra Dan Bubur Lambuk Di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi

Fonterra Brands Malaysia iaitu syarikat ternusu dari New Zeland telah membuat pengagihan bubur lambuk yang telah diperkaya dengan susu Fernleaf dan pek berbuka puasa yang terdiri daripada makanan, Fernleaf CalciYum, Fernleaf Family milk powder dan Anlene Concentrate di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi.

Fonterra Brands Malaysia, Hari Susu Sedunia, Kampung Kerinchi, komuniti Pantai Dalam, Majlis Pengagihan Produk Fonterra, Masjid Al-Ikhlasiah, pek berbuka puasa, pengagihan bubur lambuk, Produk Ternusu Dari Fonterra, World Milk Day, Produk Fonterra

Kebanyakkan kita sudah maklum yang susu merupakan satu sumber makanan yang paling berkhasiat dan lengkap yang boleh didapati dan mengandungi zat nutrisi penting termasuk protein, calcium, potassium, vitamins D dan B yang boleh membantu menyokong zat nutrisi yang hilang semasa berpuasa.

Mr Jose Miguel Porraz Lando, Managing Director of Fonterra Brands Malaysia and Singapore turut berkata :

“Syarikat amat berbangga dalam membawa produk ternusu yang terbaik dari New Zeland demi untuk menyokong kesihatan dan pemakanan rakyat Malaysia.

Kami berasa sangat bernasib baik mempunyai peluang berada di sini untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia serta hari susu sedunia dengan masyarakat di Kampung Kerinchi ini.

Sebagai salah satu pembekal terkemuka produk ternusu di Malaysia, kami amat percaya dalam pengambilan produk ternusu pada bulan Ramadhan adalah sangat penting untuk menyokong badan yang sihat”, kata Mr Porraz Lando sewaktu pengagihan pek Iftar pada hari tersebut.

Pada majlis Pengagihan Produk Fonterra Dan Bubur Lambuk Di Masjid Al-Ikhlasiah, turut menyaksikan Mr Porraz Lando menyampaikan pek berbuka puasa dan bubur lambuk kepada mereka yang datang serta sama-sama mengacau bubur lambuk di dalam periuk di hadapan masjid tersebut.

Selama ini saya selalu saya makan bubur lambuk dicampur santan, tapi kali ini saya dapat merasa bubur lambuk yang dicampur dengan susu Fernleaf, sedap jugak rasa dia dan yang penting ianya juga berkhasiat.

Fonterra Brands Malaysia, Hari Susu Sedunia, Kampung Kerinchi, komuniti Pantai Dalam, Majlis Pengagihan Produk Fonterra, Masjid Al-Ikhlasiah, pek berbuka puasa, pengagihan bubur lambuk, Produk Ternusu Dari Fonterra, World Milk Day, Produk Fonterra

Kemeriahan juga turut dapat dirasai ketika sesi pengagihan produk fonterra dan bubur lambuk kepada komuniti Pantai Dalam yang telah datang beramai-ramai memenuhi perkarangan masjid. Di harap dengan pengagihan Produk Fonterra dan bubur lambuk ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya produk ternusu kepada tubuh badan manusia.

Fonterra Brands Malaysia, Hari Susu Sedunia, Kampung Kerinchi, komuniti Pantai Dalam, Majlis Pengagihan Produk Fonterra, Masjid Al-Ikhlasiah, pek berbuka puasa, pengagihan bubur lambuk, Produk Ternusu Dari Fonterra, World Milk Day, Produk Fonterra

Sebelum ini saya ada buat entry tentang penggambilan produk Fonterra ketika Ramadhan di >> keseimbangan nutrisi ketika Ramadan atau nak tahu lebih lanjut boleh layari FB :  Fonterra Brands Malaysia