Akhirnya Jalani Pembedahan Laparoskopik Buang Hempedu | Pengalaman serangan sakit disebabkan ada batu dalam hempedu telah saya ceritakan di entry saya sebelum ini. Boleh rujuk di sini > sakit batu hempedu/gallbladder stone

Disebabkan kesakitan yang amat serius dan hempedu saya telah rosak, maka doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan membuang pundi hempedu bersama dengan batu yang ada di dalam pundi hempedu tersebut untuk mengelakkan sakit yang sama berulang kembali.

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

Serius, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Tak boleh nak digambarkan, nak berjalan pun memang tak boleh dah…

Bila doktor dah berkata begitu, anda rasa apa pilihan yang saya ada? Nak tak nak kena buang jugalah, jika disimpan pun tak ada gunanya, nanti bertambah banyak pulak kompilasi yang datang dan saya memang dah tak sanggup nak menanggung kesakitan, maka saya bersetuju untuk menjalani pembedahan pada tarikh yang ditetapkan 14hb Sept 2017.

Selalunya mereka yang dah mempunyai batu hempedu ni mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi atau dah rosak. Ada ketikanya batu hempedu tersebut akan tergelincir dari pundi hempedu. Bila ini terjadi maka serangan kesakitan memang teruk sangat, macam yang saya alami, tak boleh nak gerak, nak jalan..tak tahu nak gambarkan macam mana.

Apa yang saya faham (owhh yang ini baru je saya faham..hehehe) pundi hempedu atau dikenali sebagai gallbladder yang ada dalam badan kita menghasilkan hempedu iaitu cecair coklat kehijauan pekat yang mana ia berfungsi mengumpul lemak dan bahan-bahan kimia lain, kiranya macam penapis lah ni.

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

Bila pundi hempedu tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu, itu yang mengakibatkan ia bertakung dan menjadi padu. Ada yang kecil dan ada yang besar. Haa…ada faham ke idok?

Batu-batu inilah yang mengakibatkan kesakitan sakit perut yang teruk sehingga buatkan kita rasa senak dan rasa macam perut nak meletup pun ada, susah nak bernafas dan rasa mual. Selalunya simpton ini terjadi bila saya terlebih makan makanan berlemak, pedas serta berminyak. Saya tak pasti simpton yang orang lain alami tapi yang saya alami memang begini.

Akhirnya Jalani Pembedahan Laparoskopik Buang Hempedu

Ok berbalik kepada cerita pembedahan, akhirnya confirm 14hb Sept 2017 pukul 3pm saya akan lakukan pembedahan laparoskopik. Doktor ada maklumkan pada saya, kaedah laparaskopik kini semakin banyak digunakan bukan setakat dalam kes batu hempedu sahaja, tapi kes lain juga biasa gunakan kaedah ini.

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

Akhirnya Jalani Pembedahan Laparoskopik Buang Hempedu. Bila saya tengok balik kesan dari laparoskopik, terasa nyilu sampai sekarang. Kredit : Google Image

Pakar perunding perubatan yang akan melakukan pembedahan ke atas saya adalah Doktor Jaya dan di bantu oleh doktor Vijay untuk memastikan pembedahan yang akan dilakukan keatas saya berjalan dengan lancar, manakala doktor Lam pula merupakan pakar bius saya.

Sebelum lakukan pembedahan, doktor Jaya telah datang ke bilik saya dan menerangkan prosedur serta gambaran yang jelas tentang pembedahan laparoskopik yang akan dilakukan. Bertambah seriau saya dengar tapi dah prosedur untuk mereka terangkan kepada pesakit supaya pesakit tahu apa sebenarnya yang akan mereka lakukan. Kemudian saya disuruh sign beberapa borang, saya sign je…yang saya tahu saya nak cepat selesaikan pembedahan ini.

Prosedur yang amat disarankan untuk membuang batu karang hempedu dengan cara pembedahan Laparoskopik, dengan cara menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. 4 tebukan kecil akan dilakukan di perut saya, huwaaa takutnya dengar, tapi kaedah ini doktor kata tak melibatkan parut yang besar macam kita potong perut tu, dan lebih cepat sembuh.

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

Kira-kira mcm ni lah caranya, ambil gambar dari google aje ni sebab dalam bilik bedah tak dapat tangkap gambar

Cuma, apa-apa pembedahan sekali pun, kita kena tanggung risiko yang kita tak tahu apa bakal berlaku, jika nasib baik maka tak ada apa-apa yang serius, jika ada kompilasi dalam pembedahan Laparoskopik maka pembedahan dengan cara potong perut akan dilakukan. Nak buat macam mana, terpaksalah saya setuju.

Kalau perhatikan macam cucuk besi je kan kat perut saya tu..hehehe, ngeri kan tengok? Saya yang alami apatah lagi, bukan ngeri aje…nak pengsan pun ada…huhuhu.

Sejak dari pukul 12 malam saya kena berpuasa untuk persediaan pembedahaan. Awal pagi, sekali lagi darah di ambil untuk pastikan saya benar-benar tidak ada apa-apa masalah untuk pembedahan tersebut. Kali ni memang saya dah tak banyak berkata apa, dalam hati hanya berzikir sahaja, berdoa moga dipermudahkan segalanya.

Tepat pukul 3.00pm saya di bawa ke bilik pembedahan. Sepanjang dari bilik dan ditolak diatas katil, memang saya hanya berdoa sahaja agar segalanya dipermudahkan. Aeysha teman saya sehingga ke bilik pembedahan tapi dia tak dapat masuk. Menangis jugak lah saya tengok dia pergi.

Ingatkan terus ke bilik bedah, tapi kisahnya saya ditempatkan terlebih dahulu di bilik penenangan diri, kisahnya sebelum lakukan pembedahan kita kena tenang dahulu, bp kena stabil barulah kita boleh dibedah.

Kemudian Doktor Lam, pakar bius datang jumpa saya. Sempat berchit chat sekejap, tapi terus terang cakap, apa yang doktor kata dan nurse yang datang nak bercerita dengan saya, saya tak tahu apa langsung, otak saya jadi blur dan kosong. Dalam berborak, doktor sempat menyuntik saya. Ingat suntikan tersebut merupakan ubat buis, kisahnya ubat penenang aje.

Patutlah bila saya tanya “Doc, kenapa doktor dah cucuk saya tapi saya tak pengsan lagi doktor?”. Doktor layan kan aje saya, dia kata nanti dia akan bagi injection lain pulak masa dalam dewan bedah, dia kata jangan risau, saya akan pastikan you tak akan rasa apa-apa, you sedar aje you dah ada dibilik. Dua tiga kali jugak saya tanya doktor benda yang sama, hahaha kesian doktor Lam layan saya. Rasanya dah berapa ramailah dia melayan pesakit seperti saya yang gabra dan kecoh ni..hehehe. Tapi lega bila ada doktor Lam pada waktu itu.

Kemudian bila mereka rasa saya dah tenang, mereka sorong pulak saya ke dewan bedah. Time ni mulalah saya gabra semula. Bila dah gabra, start lah saya pot pet, pot pet tanya doktor bila dia nak pengsankan saya. Dalam bilik bedah, saya lihat ada beberapa nurse dalam bilik tersebut, tapi saya tak nampak pulak doktor Jaya dan doktor Vijay hinggalah dah habis operation.

Dalam bilik bedah saya dipindahkan ke katil besi. Atas kepala lampu-lampu terang dan besar macam yang pernah saya lihat dalam tv. Lihat sekeliling, lihat kiri kanan ada lah peralatan pembedahan dan macam-macam alat. Terasa tengah shooting drama pulak dah.

Doktor Lam datang pada saya dan beritahu yang dia dah nak lakukan suntikan bius pada saya, masa dia suntik terasa sejuk tapi sakit bila ubat tu mengalir. Sempat lagi dalam masa ubat bius berjalan saya tanya doktor lagi, “kenapa saya tak tidur lagi ni doktor”…hahaha. Doktor kata “tak apa, nanti saya akan suntik lagi di tangan sebelah kanan pula ya”.

Bila suntikan di sebelah tangan kanan dilakukan, saya sempat lagi tengok sekeliling, dalam hati tertanya-tanya kenapa lah aku tak pengsan-pengsan ni. Masa tu saya sempat lagi berfikir nak tanya doktor lagi kenapa saya tak pengsan tapi saya tak sempat tanya pun…tetiba dah berada di dunia lain sebelum niat nak bertanya keluar dari mulut.

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

Waktu ni tak tahulah berada di alam mana dah, nyenyak sungguh tidur selepas di hantar ke bilik dari bilik pembedahan

Prosedur pembedahan Laparoskopik mengambil masa selama lebih kurang sejam, sedar-sedar bila saya di tolak ke bilik, masa saya sedar tu…haaa mula lah saya merapu meraban, anak dan jen cakap saya asyik mengerang cakap sakit sakit…lepas tu tidur semula. Bangun tidur merengek cakap sakit then tidur, itu lah kerja saya selepas pembedahan. Uishhh manja dan mengada ngada sungguh kisahnya saya ni…hahaha.

Bila tengah malam terbangun baru terasa sakit di bahagian perut macam di toreh toreh pisau. Pernah saya rasa sebegini ketika saya bersalin CSZER dahulu, now saya alami sekali lagi sakit yang sama.

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

The next day selepas pembedahan, memang susah nak bangun nak angkat tangan ataupun badan, so tengoklah apa anak saya buat bila minta dia ikatkan rambut….hehehe

Seksa betul saya, dah lah sakit bahagian pembedahan bila nak bangun ke tandas punya lah siksa, terpaksa lah Aeysha bangunkan saya, pimpin saya ke tandas. Kesian kat dia, siang malam jaga saya di wad.

Malam hari Jen pulak datang hantar makanan dan jaga saya sekejap, dia tak boleh lama-lama sebab dengan kerja lagi, dengan nak bagi kucing makan kat rumah lagi, so memang berharapkan Aeysha jaga saya dan terpaksa dia ponteng sekolah sehingga saya keluar hospital pada 18hb Sept 2017.

Di rumah pun dia terpaksa jaga saya jugak sebab memang tak boleh nak bangun bila dah duduk atau baring. Tu lah yang susah kalau operate di perut ni. Bila time nak dressing…huwaaaa..tu yang tak sanggup tu.

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

Tapi tak apa lah, janji dah selesai masalah batu hempedu dan buang pundi hempedu, terkejut jugak saya bila doktor tunjukkan batu hempedu yang dah bersarang lama dalam pundi hempedu saya, sehingga kan terpaksa buang pundi hempedu sekali.

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

Inilah pundi hempedu saya yang telah berjaya dikeluarkan dengan kaedah Laparoskopik

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

Batu hempedu / gallbladder stone yang ada dalam pundi hempedu saya selama ini

Simptom-simptom Gallbaldder Stone 

Jika anda punyai simpton-simpton seperti dibawah ini, cepatlah buat pemeriksaan doktor, jangan ambil pekara sambil lewa sahaja. Tanda-tanda mungkin berlainan dari orang lain tapi tanda-tanda yang saya alami adalah seperti :

  • simptom seakan sama dengan gastrik, sebab saya ada gastrik so selama ini saya ingatkan saya kena gastrik sebab selalu senak di bahagian abdomen.
  • adakalanya saya mual dan muntah-muntah bila silap makan (makan pedas/makanan berangin/berlemak atau makan berlebihan)
  • Terasa sakit di ulu hati, macam makanan tersekat disana. Dada terasa ketat sangat.
  • Kerap sakit di bahagian tulang belakang atau rusuk.
  • Biasanya serangan kerap berlaku pada saya di waktu malam bila tidur, tapi sejak akhir-akhir ini kerap sakit tak kira siang atau malam dan sakit menyerang selepas dalam setengah jam makan makanan yang seperti saya katakan diatas.
  • Rasa sakit yang sedikit, kemudian beransur-ansur senak yang dashyat pada perut dan ulu hati. Selalunya berjam jugaklah kalau sakit ni serang.

Disebabkan tanda-tanda di atas, saya bersangka selama ini saya ingat saya hanya mempunyai sakit  gastrik yang kronik, kisahnya…disebalik gastik tersebut tersembunyi penyakit yang dashyat sehingga kena lakukan pembedahan Laparoskopik.

Selama ni tak pernah pun ambik kisah tentang pundi hempedu, yang selalu kita pikir dan risaukan adalah tentang jantung kita, paru-paru dan juga hati kita.

Sebenarnya kita silap, setiap organ amatlah penting dan harus dijaga, hempedu juga memainkan peranan yang penting dalam tubuh kita tau. Saya ni dah terkena baru nak ambik tahu..hehehe, rasanya dah terlambat tapi tak apalah, saja nak kongsi dengan anda semua agar jangan pula terjadi macam saya ni.

Alhamdulillah akhirnya selesai pembedahan laparoskopik buang batu hempedu dan pundi hempedu yang menjadi punca saya sakit perut teruk. Cuma ada sedikit masalah selepas pembedahan yang telah dilakukan, saya ingat dah selesai tapi…haaa ada tapi lagi tau, ada kisah pula selepas pembedahan, yang mana pendarahan masih belum berhenti.

Batu dalam hempedu, Batu Hempedu, Doktor Bedah, Gallbladder, Gallbladder Stone, Hospital Assunta, Pakar bius, Pakar perubatan, Pembedahan Buang Hempedu, pembedahan laparoskopik, Pundi Hempedu, Risiko pembedahan laparoskopik, batu karang hempedu

Masa nak balik, tak sempat pulak berphoto dengan nurse-nurse ward Melati yang baik serta ramah tamah. Dapat tangkap dengan sorang nurse pun jadi lah…hehehe

Kenapa masih mengalami pendarahan selepas pembedahan Laparoskopik? Apa masalahnya? Nanti saya akan ceritakan bila saya free dan tenang dari kerisauan. Macam-macam hal sungguh terjadi dekat saya lately ni, susah hati betul dibuatnya.

Apa-apa pun, harap anda juga beringat sebelum terjadi macam saya ini. Jaga kesihatan dan jaga pemakanan anda. Orang kata, mencegah lebih baik dari merawat.

Sebelum berakhir entry ini, saya nak ucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada staff wad Melati, Assunta Hospital kerana menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan penuh dengan senyuman walaupun pesakit macam-macam kerenah.