jakel textile, jakel barulah raya, JakelStore.MY, Koleksi Baju Raya 2019, Duta Jakel, Ada Jakel Barulah Raya, Jakel Mall Kuala Lumpur, Koleksi Baju Melayu Plus saiz, Koleksi Kurta, Koleksi Baju Kurung, Baju Kanak-Kanak, Koleksi Upin Ipin, Jakel

Jakel Barulah Raya – Pelancaran Baju Raya 2019 Dan JakelStore

Alhamdulillah syukur, masih diberi peluang berjumpa Ramadhan sekali lagi, bulan mulia yang dinanti-nantikan yang penuh keberkatan, bulan yang sangat di rindui oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam meningkatkan amal ibadat dan merebut pahala berlipat kali ganda.

Dalam keterujaan menyambut bulan yang mulia ini, persiapan Syawal tidak di lupakan. Menjadi lumrah mak-mak ni, segala persiapan Aidilfitri memang kena di sediakan awal agar tidaklah kelam kabut bila dah tiba harinya nanti. Lagipun bila beli belah awal ni, dapatlah berjimat cermat sikit, bolehlah survey sana sini mana-mana yang buat jualan murah.

Jakel Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019

Selalunya persiapan Aidifitri more to anak-anak, biar mereka nampak cantik-cantik dan segak di hari raya dan sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara, tapi mak dia pun tetap nak melaram juga walau sehelai dua..hehehe.

jakel textile, jakel barulah raya, JakelStore.MY, Koleksi Baju Raya 2019, Duta Jakel, Ada Jakel Barulah Raya, Jakel Mall Kuala Lumpur, Koleksi Baju Melayu Plus saiz, Koleksi Kurta, Koleksi Baju Kurung, Baju Kanak-Kanak, Koleksi Upin Ipin, Jakel

Sebab tu, tempat yang menjadi pilihan saya adalah di Jakel untuk membeli belah baju raya buat kami anak beranak. Dah berapa tahun saya menggayakan baju raya dari Jakel, memang suka ke Jakel disebabkan pakaian di sini kebanyakkan jenis yang mampu milik tapi tetap mengekalkan elemen yang up to date, berkualiti, tawaran harga yang murah yang ditawarkan ketika musim perayaan murah.

Apa yang penting kebanyakkan baju di jakel menepati citarasa saya. Dengan warna dia, design yang sesuai digayakan tak kira peringkat umur, muda atau tua. Saya yang bersaiz besar ni pun, kalau menggayakan pilihan baju dari jakel yang saya minat, nampak cantik jugak tau..cewahh cewahhh..nak jugak puji diri sendiri.

Jakel Barulah Raya

jakel textile, jakel barulah raya, JakelStore.MY, Koleksi Baju Raya 2019, Duta Jakel, Ada Jakel Barulah Raya, Jakel Mall Kuala Lumpur, Koleksi Baju Melayu Plus saiz, Koleksi Kurta, Koleksi Baju Kurung, Baju Kanak-Kanak, Koleksi Upin Ipin, Jakel

Jakel sentiasa memberi kegembiraan buat para pelanggannya. Dengan tawaran harga yang murah-murah, siap ada lelongan, dan macam-macam lagi kejutan yang di buat oleh JAKEL bila tiba Hari Raya. Sebab tu lah ada yang kata “ADA JAKEL BARULAH RAYA“..hehehe.

Baru-baru ini Jakel telah mengadakan pelancaran koleki Baju Raya yang pertama untuk tahun 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur. Seperti tahun sebelumnya majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh duta-duta Jakel untuk koleksi :-

Baju Melayu

  • Aaron Aziz – Koleksi Aaron Aziz direka khas dan khusus yang memberi kekemasan dan keselesaan. berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna

Koleksi Aaron Aziz, jakel textile, jakel barulah raya, JakelStore.MY, Koleksi Baju Raya 2019, Duta Jakel, Ada Jakel Barulah Raya, Jakel Mall Kuala Lumpur, Koleksi Baju Melayu Plus saiz, Koleksi Kurta, Koleksi Baju Kurung, Baju Kanak-Kanak, Koleksi Upin Ipin, Jakel

  • Nabil Ahmad – special betul koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad ni, di pergelangan tangan (sleeve) terdapat zip dan juga di sisi baju (bahagian pesak), masih mengekalkan moden kontemporari iaitu potongan slim-fit yang menekannkan kekemasan di bahagian leher dan poket.

jakel textile, jakel barulah raya, JakelStore.MY, Koleksi Baju Raya 2019, Duta Jakel, Ada Jakel Barulah Raya, Jakel Mall Kuala Lumpur, Koleksi Baju Melayu Plus saiz, Koleksi Kurta, Koleksi Baju Kurung, Baju Kanak-Kanak, Koleksi Upin Ipin, Jakel

  • Awal Ashaari – Tahun ini koleksi baju melayu Awal Ashaari lebih mengfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik.

Jakel Dengan Koleksi Awal Ashaari

  • Hairul Azreen – Koleksi Baju Melayu Hairul diperkemaskan dengan perincian jahitan tangan dan juga kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu teluk belanga iaitu leher bulat.

Jakel Dengan Koleksi Hairul Azreen

  • Abam  – Abam merupakan duta terbaru untuk Koleksi Baju Melayu Plus saiz. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa.

Abam Bersama Dengan Koleksi Baju Melayu Plus saiz

Koleksi Kurta

Masih mengekalkan koleksi Kurta yang berkualiti dan mementingkan keselesaan buat si pemakai. Berkonsep mesra wuduk di mana dibahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Terdapat pelbagai design dan puluhan warna bagi setiap rekaan.

Koleksi Kurta

Baju Kurung

Tahun ini, sekali lagi Jakel mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung di bawah koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsep kurung moden, sangat bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan mesra Instagram di musim lebaran.

Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini.

Jakel Barulh Raya

Pemilihan fabrik juga turut diutamakan demi memberi keselesaan berpanjangan pemakai, dan warna juga amat dititik beratkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.

Koleksi Kanak-Kanak

koleksi Baju Raya Kanak-Kanak

Pakaian kanak-kanak pula masih kekal di bawah koleksi Upin Ipin, tapi telah diolah kepada rekaan yang terkini. Setiap koleksi Upin Ipin turut didatangkan percuma dengan kain samping dan butang baju melayu.

Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di Aidilfitri. Mesti nampak comel-comel aje mereka bergaya dengan koleksi pakaian kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.

Majlis Sosial Korporat (CSR) Membantu Golongan Asnaf Dan OKU Penglihatan

Majlis sosial Korporat (CSR) anjuran Jakel

Majlis yang diadakan lebih bererti lagi apabila Jakel menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan dan juga golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan, merupakan satu platform untuk pihak Jakel mendekati golongan ini disamping meraikan mereka.

Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) di anjurkan untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti, malah Jakel juga turut memberi sumbangan duit raya kepada penerima dalam usaha Jakel membantu mereka yang memerlukan.

Majlis yang di adakan cukup santai tapi meriah, turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohammed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel.

Selain mendekati golongan OKU dan Asnaf, majlis juga turut di meriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosikan dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.

Kemeriahan Membeli Belah Di Jakel Mall

Bukan senang tau nak tengok artis kesayangan anda menjual baju, inilah peluang tengok mereka beraksi menjual koleksi baju mereka sendiri. Kalau ada peluang baik, dapat bergambar sekali dengan mereka. Kali ni saya tak sempat pula nak bergambar dengan duta-duta tersebut, bergambar dengan patung mannequin diorang pun jadilah..hahaha.

Jakel Online Store – JAKELSTORE.MY

Jakel Online Store - JAKELSTORE.MY

Zaman sekarang ni merupakan zaman di hujung jari, nak beli apa-apa pun dah senang dengan membeli secara online. Apa yang menariknya, atas permintaan ramai, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian untuk memudahkan dan memberi kesenangan kepada orang ramai membeli belah barangan Jakel hanya di hujung jari sahaja. Kesemua produk boleh didapati menerusi JAKELSTORE.MY.

Lagi lah mudah akak akak, makcik dan abang-abang berbelanja kali ni. Tak ada alasan dah tak ada baju raya sebab tak sempat nak pergi beli. Haa…bukak aje lah Jakelstore.my, pilih-pilih dan klik mana yang berkenan di hati. Dah bayar, tunggu aje barang sampai, kan ke mudah!

jakel textile, jakel barulah raya, JakelStore.MY, Koleksi Baju Raya 2019, Duta Jakel, Ada Jakel Barulah Raya, Jakel Mall Kuala Lumpur, Koleksi Baju Melayu Plus saiz, Koleksi Kurta, Koleksi Baju Kurung, Baju Kanak-Kanak, Koleksi Upin Ipin, Jakel

Kesemua produk Jakel kini dah boleh di beli menerusi laman jualan online di

www.jakelstore.my

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jakel Barulah Raya, anda boleh ikuti info terkini Jakel di :

INSTAGRAM | FACEBOOK

JANGAN LUPA SERTAI KEMPEN JAKEL BARULAH RAYA DI MEDIA SOSIAL JAKEL DENGAN HASTAG #jakelbarulahraya #seronoknyarayajakel