Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Pelancaran Buku The Three Village Boys Hasil Karya Dr Liza Mydin

Buku The Three Village Boys merupakan sebuah buku cerita kanak-kanak hasil karya Dr Liza Mydin yang baru sahaja di lancarkan secara rasminya pada 12 hb Nov 2017 di Pusat Kreatif Tuanku Bainun, Taman Tun Dr Ismail.

Majlis pelancaran telah di disempurnakan oleh tetamu kehormat, Prof Abbas mirakhor, pakar ekonomi dan cendiakawan tersohor dan seorang yang sangat mementingkan hak keadilan sosial.

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Prof Abbas mirakhor, pakar ekonomi dan cendiakawan tersohor.

Saya amat bertuah di jemput menyaksikan majlis pelancaran hasil karya penulis yang amat berbakat ini. Dapat bertemu dengan tetamu terhormat yang merupakan cendiakawan tersohor serta dapat bersua muka dengan penulis yang hebat ini (nak beramah mesra sangat tu tak lah sebab segan nak berborak..hanya saling berbalas senyuman aje dari kejauhan…hehehe)

Majlis yang diadakan juga amat meriah dengan perbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak turut diadakan semasa pelancaran buku tersebut. Terdapat aktiviti bercerita, seni pasir, tiup belon dan juga dekorasi topi tarbus. Kanak-kanak juga turut seronok melakukan aktiviti yang diadakan pada hari tersebut.

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Kami juga turut di hiburkan dengan persembahan bercerita oleh Shena sambil diiringi alunan gambus dn seruling dari kumpulan Awan Buskers. Penceritaan berdasarkan buku cerita The Three Village Boys berjaya mencuit hati kami yang mendengarnya. Jika kita yang dewasa ini terhibur, apatah lagi kanak-kanak.

Buku The Three Village Boys Hasil Karya Dr Liza Mydin

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Berlatar belakang dan berpengetahuan luas dalam bidang kewangan dan perbankan. Dr Liza Mydin juga turut menulis beberapa artikel dan jurnal ilmiah tentang keadilan ekonomi, tadbir urus dan tingkah laku beretika. Beliau menerima Doktor Falsafahnya dalam Kewangan Islam dari Inceif, Malaysia pada tahun 2016 dan merupakan cendekiawan di George Washington University of Washington, DC.

Kesedaran bahawa adab-adab dan etika yang baik sepatutnya bermula seawal usia muda menyebabkan beliau mendapat ilham menulis buku ini. Keluaran pertama buku ini diterbitkan pada tahun 2012 dan telah dijual di seluruh dunia di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Asia Tenggara melalui kedai Barnes dan Noble dan Amazon bagi memenuhi permintan pasaran antarabangsa.

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Dengan hasrat untuk memberi ingatan kepada generasi muda bahawa hidup ini punyai misi yang lebih besar, Dr Liza Mydin, ibu kepada 3 orang anak ini berharap agar buku ini menjadi wadah perbualan di antara ibu dan anak, untuk mendidik dan melatih anak-anak tentang nilai murni, prinsip keadilan sosial berkenaan agihan pendapatan antara golongan masyarakat terutamanya pada yang kurang berkemampuan dan juga etika dalam kehidupan.

Beliau percaya pentingnya memupuk nilai-nilai murni anak-anak sejak mereka kecil agar dapat melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang. Ibu-ibu yang membaca bersama anak-anak sebelum mereka tidur, akan membuatkan anak-anak ini merasai keseronokan serta mudah untuk memahami moral serta teladan yang cuba disampaikan di dalam setiap buku cerita tersebut.

Dr Liza Mydin turut berkata bahawa buku tersebut ditulis dengan dua tujuan utama iaitu :

  1. Meningkatkan daya imiginasi kanak-kanak bagi mengasah minda kritis semasa mereka mengembara bersama karakter 3 kanak-kanak lelaki kampung bernama Youssef, Zayyed dan Omar.
  2. Bagi menyingkap persoalan perbezaan dalam masyarakat di mana terdapat jurang agihan pendapatan yang tidak sama rata dan juga ketidakadilan yang berlaku di setiap negara.

The Three Village Boys

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Buku The Three Village Boys mengisahkan penggembaraan 3 kanak-kanak iaitu Youssef, Zayyed dan Omar yang berumur 9 tahun, merupakan kawan baik dan duduk berjiran. Ketiga-tiga kanak-kanak ini tidak pernah mengembara di luar komuniti kecil mereka Al Haidar, jadi Youssef mencadangkan penggembaraan ke kampung yang berdekatan, rakan-rakan yang lain dengan pantas bersetuju.

Masing-masing berniat untuk melawat kampung berdekatan untuk melihat kehidupan masyarakat di kampung-kampung lain, namun apa yang ditemui oleh mereka, terdapat perbezaan taraf hidup dari satu kampung dengan kampung yang lain. Ada yang sangat susah kehidupannya dan ada yang senang.

Sifat ingin tahu kanak-kanak tersebut membuatkan mereka telah mempelajari sesuatu iaitu tentang keadilan dalam masyarakat dan kebaikkan. Bermacam pelajaran yang mereka perolehi dalam penggembaraan ini. Kalau anda nak tahu kisah penggembaraan 3 kanak-kanak ini, anda kena lah beli buku ni, bagi anak-anak anda baca, atau jika belum tahu membaca, anda boleh sama-sama baca bersama mereka.

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Dr Liza Mydin juga berharap, dengan adanya buku ini, dapat membantu ibu bapa memberikan pendedahan kepada anak-anak mereka mengenai nilai moral yang baik, keadilan sosial dan kepelbagaian. Supaya ibu bapa lebih memahami akan situasi ini dan dapat melakukan perubahan positif kepada minda dan tingkah laku anak-anak.

Buku The Three Village Boys ini mempunyai 26 halaman ke semuanya, dipaparkan dengan ilustrasi bewarna untuk menjadikan kisah penggembaraan tersebut lebih menarik dan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Buku Cerita Kanak-Kanak, Dr Liza Mydin, Hasil Karya, Kisah Penggembaraan 3 Kanak-Kanak, Nilai Murni, Pelancaran Buku The Three Village Boys, Penulis Buku, The Three Village Boys

Bagi edisi terkini, ianya didatangkan dengan versi kulit tebal dan boleh di beli secara online di :

www.thetvb.com