Pameran Pengantin Di Jom Rewang 2018 | Lama betul tak dengar perkataan REWANG ni. Zaman dulu-dulu selalu jugak lah dengar perkataan rewang ni ketika ada yang membuat kenduri perkahwinan. Rewang ni bermaksud seluruh jiran tetangga atau sanak saudara di jemput untuk sama-sama bergotong royong menguruskan persiapan perkahwinan.

Puspawangi Event Management, Pameran Pengantin, Jom Rewang 2108, Kerja Kahwin, Kahwin, Tunang, Pertunangan

Bila di adakan rewang ni memang seronok sangat, ada yang sibuk di bahagian dapur, ada yang di bahagian pelamin, ada yang menyiapkan gubahan dan macam-macam lagi. Kemeriahan memang terasa bila ramai-ramai sebegini.

Itu zaman dahulu, tapi zaman dah berubah dan mengikut peredaran semasa. Sekarang ni ramai yang sibuk dan tak sempat nak merewang, jadi pihak pengantin ramai yang mencari altanatif lain dengan mencari perancang perkahwinan atau mencari sendiri tempat-tempat yang menyediakan catering, pelamin dan sebagainya.

Pameran Pengantin Di Jom Rewang 2018

Puspawangi Event Management, Pameran Pengantin, Jom Rewang 2108, Kerja Kahwin, Kahwin, Tunang, Pertunangan

Buat bakal pengantin yang merancang melangsungkan perkahwinan tapi masih tercari-cari service perkahwinan atau pertunangan yang boleh menguruskan persiapan perkahwinan mengikut kehendak yang anda inginkan, anda bolehlah ke event JOM REWANG 2018.

Syarikat Puspawangi Event Management kini sedang bekerjasama dengan Kerja Kahwin untuk menganjurkan event JOM REWANG 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26hb hingga 28hb Januari 2018.

Di Jom Rewang 2018 ini nanti, akan terdapat nama-nama dan syarikat-syarikat perkahwinan yang terbaik dalam industri perkahwinan. Sesiapa yang nak berkahwin atau yang nak bertunang, masa inilah nanti anda boleh pilih yang mana satu anda berkenan untuk menguruskan perkahwinan anda.

Antara tarikan utama event JOM REWANG 2018:

Puspawangi Event Management, Pameran Pengantin, Jom Rewang 2108, Kerja Kahwin, Kahwin, Tunang, Pertunangan

  • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
  • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral
  • Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.

Bukan itu sahaja, penganjur juga menjemput kepada vendor yang berminat untuk menyertai pameran ini juga kepada usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka, JOM REWANG 2018 adalah platform yang sesuai untuk anda menemui ramai pelanggan yang berpotensi.

Untuk sebarang maklumat boleh email Ayuni Rafilah di yunfila@gmail.com untuk mendapatkan details harga, pelan layout booth, dan borang dengan kod khas masing-masing.

Puspawangi Event Management, Pameran Pengantin, Jom Rewang 2108, Kerja Kahwin, Kahwin, Tunang, Pertunangan

Buat mereka yang sedang menjalankan perniagaan perkhidmatan yang berkaitan dengan majlis persandingan memang sangat dialu-alukan untuk menyertai event ini sebagai vendor.

FACEBOOK | INSTAGRAM